innity

pages

Saturday, October 7, 2017

[ITU TANAH PERSEKUTUAN] Noh Omar patut telefon HENTI KERJA ROBOH bukan saya, kata Azmin

PUCHONG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang balik Tan Sri Noh Omar yang mendakwa menteri besar Selangor itu boleh menghentikan perobohan beberapa rumah dan kedai di pekarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAA), Subang baru-baru ini dengan hanya membuat panggilan telefon.
Beliau berkata, sepatutnya menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu yang membuat panggilan telefon untuk menghentikannya kerana tanah berkenaan milik kerajaan persekutuan.
“Suruh dia patuh undang-undang. Tanah itu tanah kerajaan persekutuan. Patutnya dia lah yang buat panggilan itu,” kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Skim Smart Sewa di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh yang menyatakan beliau boleh menghentikan perobohan 3 rumah dan 2 kedai di pekarangan masjid LTSAA di Subang dengan hanya panggilan telefon.
Rumah dan kedai tersebut sebelum ini didiami bekas ahli jawatankuasa masjid LTSAA dan tindakan merobohkannya dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam yang mahu meletakkan S Arutchelvam dan Nik Aziz Afiq untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Azmin berkata perkara itu merupakan hak parti berkenaan untuk menamakan kawasan dan calon mereka.
“Tapi saya juga dimaklumkan mereka ada peruntukan yang mengatakan mereka sedia untuk berbincang. Jadi saya anjurkan, elok kita adakan perbincangan untuk menjamin prinsip 1 lawan 1,” katanya.
Azmin yang juga merupakan naib presiden Pakatan Harapan berkata, gabungan parti itu mengambil sikap terbuka untuk berbincang dengan semua parti yang berpegang pada prinsip reformasi.
“Sama ada PSM atau mana-mana parti politik lain yang berpegang pada prinsip reformasi untuk perubahan. Bukan Umno, kita sedia untuk berbincang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com