innity

pages

Thursday, October 5, 2017

#DBI Direman Semula Selama Dua Hari

PELAKON berstatus Datuk direman semula selama dua hari, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan penjualan rumah rumah berharga rendah. - Foto Adi Safri
MUAR: Pelakon berstatus Datuk direman semula selama dua hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan penjualan rumah rumah berharga rendah.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor'iza Mohamed terhadap suspek terbabit yang berusia 37 tahun pagi ini.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Semalam akhbar ini melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, memaklumkan pihak polis akan mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan reman terhadap suspek terbabit hari ini.
Ia berikutan tempoh reman suspek yang ditahan pada 3 Oktober lalu berakhir semalam.
Pelakon terbabit seorang daripada tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes yang penipuan berkenaan membabitkan kerugian sebanyak RM6.2 juta dengan sebanyak 201 laporan polis diterima sehingga semalam.
Selain pelakon terbabit, pihak polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas dua lagi suspek di Nilai, Negeri Sembilan bagi kes yang sama hari ini. Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kes sama di Nilai dan Muar.
Pada 3 Oktober lalu, pelakon berkenaan dan dua yang lain ditahan susulan daripada 188 laporan polis oleh individu yang mendakwa ditipu dua syarikat yang menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo yang berkeluasan 1,650 kaki persegi.
Bagaimanapun, selepas pembeli melunaskan bayaran, syarikat berkenaan tidak menjalankan pembinaan rumah seperti yang dijanjikan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com