innity

pages

Sunday, October 8, 2017

Calon BN bertanding PRU perlu DISARING AKIDAH – veteran UMNO


KUALA LUMPUR – Calon-calon parti Barisan Nasional (BN) beragama Islam yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang perlu disaring akidahnya agar tidak terpesong daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perkara itu ditegaskan veteran UMNO apabila mendesak pucuk pimpinan parti agar tidak meremehkan perkara tersebut.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, calon yang tidak berpegang dengan Sunnah Wal Jamaah khususnya berfahaman Wahabi dan Syiah tidak harus diberi peluang bertanding atas tiket BN.
“Ia juga bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak menggunakan pengaruh politik untuk mengembang dan menyebarkan fahaman wahabi, syiah atau apa juga fahaman yang bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan pucuk pimpinan UMNO-BN yang bersedia menyaring bakal calon-calon BN dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mustapha berkata, kesucian agama Islam perlu dipelihara agar umat Islam tidak terpengaruh dengan fahaman bertentangan.
Dalam pada itu, Mustapha juga mahu saringan membabitkan SPRM perlu dibuat ke atas semua calon sama ada yang baharu atau lama.
“Ia bagi memastikan mereka bersih daripada sebarang rekod rasuah yang boleh menjejaskan kredibiliti sebagai calon BN,” tambahnya. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com