pages

Saturday, October 21, 2017

[BAKAL MB SEMULA?] Mukhriz terajui Pakatan Harapan Kedah


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diumum sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, malam semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ceramah Selamatkan Malaysia, di Dataran Stargate.




Tiga pengerusi PKR, Amanah dan DAP Kedah pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, iaitu Dr Azman Ismail, Datuk Dr Ismail Salleh dan Tan Kok Yew.

Dr Abdul Rahman Ahmad selaku Ketua Sekretariat, manakala Datuk Abdul Aziz Mahmud sebagai Bendahari.
Ketua Pemuda Amanah, Mohd Asmirul Anuar Aris dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah.
Manakala Ketua Wanita disandang Nurin Aina Abdullah dari PKR.

Mejar (B) Anuar Abdul Hamid merupakan Pengarah Penerangan, manakala Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya.

Senarai Jawatankuasa Pakatan Harapan Negeri Kedah

Pengerusi
- YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir

Timbalan Pengerusi
- YB Dr. Azman Bin Ismail
- Dato' Dr Ismail Bin Salleh
- YB Tan Kok Yew

Ketua Sekretariat
- Dr. Abdul Rahman Bin Ahmad

Bendahari
- Dato' Abdul Aziz Bin Mahmud

Ketua Pemuda
- Encik Mohd Asmirul Anuar

Ketua Wanita
- Puan Nurin Aina Binti Abdullah

Pengarah Penerangan
- Mejar (B) Anuar Abdul Hamid

Pengarah Pilihanraya
- YB Dato' IR Phahrolrazi Bin Hj Zawawi

Ahli Jawatankuasa
- YB Gooi Hsiao Leung
- Encik Karunagaran
- YB Dr. Krishnamoorty
- Encik Aris Bin Awang
- Encik Beh Poh Kheng

9 comments:

  1. Pakai main lantik2 saja, tiada mesyuarat pun.... Senangnya korang!!!... Suka ati laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesyuarat dengan mb kaki tidur? Lambattttt...

      Delete
    2. Apa pulak nak sakit hati? Pergi cari dan tangkap MO1 dan Jho Low laknatullah itu daripada kau duduk meroyan di blog ini.

      Delete


    3. Nak komen tu gunakan otak la.
      Jangan pakai hentam saja.

      Delete
  2. Hancussss! Boboyboi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut nampak... Boboyboi lawan robot tidur... Siapa menang ye....

      Delete
  3. Umno lagi terok pdnyamun dayus pun gi bela...yeoala penyamun kawan dgn penyagak jer

    ReplyDelete
  4. Bila buat pemilihan parti peringkat bagaguan cap bonga..? Ahli cukup ke..?

    ReplyDelete
  5. Jangan takut sbb pakatan tak kuat mana pun......MOI lagi kuattttt...... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com