innity

pages

Thursday, October 12, 2017

[APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan

Seorang wakil rakyat DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Zamihan Mat Zin kerana melabel seorang peguam sebagai murtad, menggunakan istilah “kafir” terhadap penganut agama Kristian, dan mengatakan orang Cina Malaysia tidak bersih.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kenyataan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) terhadap orang bukan Islam “boleh memudaratkan perpaduan kaum dan penghinaan kepada bukan Islam”.
Beliau membuat laporan polis itu berdasarkan kepada laporan The Star, “Zamihan has a history of targeting Christian, moderate Muslims” hari ini.
“Seksyen 298A Kanun Keseksaan kata adalah satu kesalahan kalau seseorang menggunakan alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci, niat jahat, memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Laporan The Star itu merujuk kepada video kenyataan Zamihan yang dimuatnaik di Youtube.
Menurut The Star, Zamihan dalam satu video pada April melabel peguam Siti Kasim sebagai “murtad”, dan pada Disember menggelar orang Kristian “kafir” ketika membantah orang Islam mengucapkan “Merry Christmas”.
Manakala kenyataan Cina tidak bersih itu merujuk kepada video kuliahnya yang disampaikan minggu lalu di Shah Alam, berkenaan kontroversi kedai dobi “mesra Muslim” di Muar, Johor.
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan.
Beliau berkata demikian selepas menyelar pendirian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerana membidas pengusaha sebuah kedai dobi yang enggan menerima pelanggan bukan Islam.
Lim hari ini meminta polis menyiasat kenyataan Zamihan itu dibawah Kanun Keseksaan, khususnya Seksyen 298A, yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 2 tahun jika sabit kesalahan.
“Perbuatan Zamihan merupakan kesalahan berat,” katanya.
Terbaharu, Zamihan direman 2 hari bermula hari ini, sehari selepas ditangkap polis berhubung kenyataan beliau Sabtu lalu terhadap Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam.
Perintah reman dibuat majistret di Ibu Pejabat Pejabat Polis Dang Wangi.
Zamihan disiasat dibawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.

2 comments:

  1. Hehehe..DAP nak dipanggil suci? Dalam ceramah agama sekarang kita tak boleh lg bercakap secara terbuka pasal hukum, istilah kafir dan musyrik, najis, semua kena cakap dlm senyap2? Inilah akibat bila kita manjakan dan mneyebelahi mrk, naik minyak, dah bg betis nak peha. Ingat mrk akan berenti tuntut ini dan itu? Kita akan tgk org melayu yg akan jadi macai DAP bela dia.
    DAP ni komunis yg kurang ajar.

    ReplyDelete
  2. Kan dah terang2 dlm quran kata org kristian kafir..xkan org islam xfaham lagi.. (لقد كفر الذين قالوا ان الله ثالث ثلاثة)(لقد كفر الذين قالوا ان الله هو المسيح ابن مريم) surah maidah ayat 72 & 73.. padam lah artikel ni kalau kalau tujuannya nk back up puak2 kristian ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com