pages

Saturday, October 21, 2017

4 pemimpin Pas hadir Konvensyen AMANAH di Kedah pagi ini


Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara (AMANAH) pagi ini menyaksikan kehadiran empat pemimpin Pas.
Mereka ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan).
Selain itu, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman juga diumumkan hadir dalam konvensyen parti Islam itu.
Mereka ini sejak akhir-akhir ini dilihat mesra AMANAH dan sering menghadiri program anjuran Pakatan Harapan (PH).
Bertemakan ‘Menjunjung Amanah Rakyat’ acara tahunan kali kedua itu diadakan di Hotel Royale Signature, Alor Setar.
Kesemua pemimpin utama PH turut hadir antaranya Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha DAP Lim Guan Eng.
Turut hadir wakil Ikram Malaysia, ABIM, Parti Keadilan Sejahtera dan wakil ahli parlimen Sri Lanka.
Konvensyen disertai seramai 898 perwakilan dari seluruh negara. - malaysiadateline

7 comments:

  1. Hmmm...berita ni buat sensasi. Yg empat tu tak wakili PAS, tapi wakili puak yg tidak lg dikehendaki oleh PAS.
    Kenapa pemberita dan penulis blog tidak jujur?cmna kita nak ubah negara ke arah lbh bagus dlm semua perkara termasuk kewartawanan atau penulisan yg berkualiti. Jgn tiru penulis akhbar politik, jgn tiru akhbar sekular hiburan.
    Jadilah masyarakt yg mahu bawa perubahan. Saya sebelum ni bangga dapat screenshot atau link laporan blog ni kpd rakan kerana sifat nutral dan beyond bad politics. Tapi sejak kebelakangan ni mcm dah ke arah menyokong satu pihak la pulak. Kena fhm parti politik yg wujud sekarang semua tu tak bersikap islamik. Boleh berubah ubah dlm hal prinsip islam dan menyebabkan msyrkt makin celaru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Kena fhm parti politik yg wujud sekarang semua tu tak bersikap islamik. Boleh berubah ubah dlm hal prinsip islam dan menyebabkan msyrkt makin celaru."

      Kisah celaru ni dah wujud sejak 1964 lagi apabila org politik kafirkan pesaingnya. Pada mereka form lebih penting drpd substance. Tu sekarang, ada kes mencuri susu tutup aurat sbb pakai tudung dibudayakan tanpa pemahaman.

      Delete
  2. Hehehehehe....hehehehehe...hehehehehe...hehehehehe..... adehhhh...sakit perut..... ingatkan apa tadi.... heheheheh... hehehehe....

    ReplyDelete
  3. ABIM PUN DAH SOKONG COMANGO... PLURALIST MURTAD.. SYIAH.. G25.. LIBERALIST....

    KIKIKIKIKIKIKI.... BODOSSS

    ReplyDelete
  4. Amanat karut Hady bila agaknya nak tarik balik....????

    ReplyDelete
  5. SECARA TEKNIKAL DALAM MUKTAMAR.PAS DULU DAH DI NYATAKAN TIADA LAGI OSI KAFIR MENGKAFIR... ISU BESAR SEKARANG IALAH ANCAMAN G25.. COMANGO.. LIBERALIST.. SYIAH DAN.PLURALISMA MURTAD .... SUMA SENYAP BILA ISU INI DI KETENGAHKAN.APA LAGI NAK DI HUKUM....

    TIAP JALI SOAL JAWAB AGAMA MOPTI .. MEK D... DLL ASYIK SOAL JAWAB HUKUM MELANCAP DLM ISLAM AJER....



    ..... NAK SOAL JAWAB PUN KENA PILIH PILIH SOALAN....

    ReplyDelete
  6. 4 penjuru le tunggu apa lagi, BN PAS Amanah Bebas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com