innity

pages

Tuesday, October 10, 2017

2 Pemimpin UMNO DITAHAN SPRM


KOTA KINABALU - Dua pemimpin kanan Pemuda Umno dan seorang lagi merupakan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberikan keterangan di Pejabat Kota Kinabalu dan Tawau, petang tadi.

Ketiga yang ditahan adalah Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar dan Exco Pemuda Umno, Ariffin Kassim.

Seorang lagi yang ditahan, Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman.
Tindakan tersebut diambil bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan RM1.5 bilion.

Jamawi adalah Ketua Pemuda Umno Tenom, manakala Ariffin, Ketua Pemuda Umno Tawau.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Penahanan ini dipercayai berkaitan dengan beberapa siri tahanan sebelum ini termasuklah bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Naib Presiden Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dan seorang ahli perniagaan.

Azis dan Jamawi ditahan di Kota Kinabalu manakala Ariffin ditahan di SPRM Tawau.
Ketiga mereka ditahan sebaik sahaja selesai memberikan keterangan kepada SPRM pada jam 5 petang.

Kesemua mereka akan direman di Kota Kinabalu hari ini.

Sebelum ini, lebih RM179 juta wang tunai dan aset dibekukan dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 buah lokasi di Sabah.

- Sinar Harian, 9 Okt 2017

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com