innity

pages

Thursday, September 7, 2017

[VIDEO] Tun M JAWAB Teguran Azmin Ali [Jawapannya Sungguh MATANG]




Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya berhubung warkah dari penjara oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu kerjasama dengan PAS.

"Orang tanya saya, semua dah baca surat Anwar.

"Surat itu timbulkan soalan lain. Ini boleh diselasaikan oleh kita
" kata Tun Mahathir di Istana Kehakiman selepas hadir mendengar perbicaraan Siasatan Suruhanjaya DiRaja berkenaan kerugian mata wang asing Bank Negara.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataannya menegur Tun Mahathir berkenaan surat terbabit.

“Saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir (Mohamad), Anwar Ibrahim adalah ketua umum kepada Pakatan Harapan.

“Beliau bukan sekadar ketua umum PKR.”
kata Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR dan juga HARAPAN selepas melancarkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa 2017 di Setia Alam hari ini.

“Sebagai ketua umum (HARAPAN) beliau (Anwar) juga berhak beri cadangan,” kata Azmin ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa surat daripada Anwar menyebabkan masalah kepada gabungan itu kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS. - MK

3 comments:

  1. pemimpin hebat, bukan mcm bru jd MB, dia dah PM 22 tahun bukan mcm azmin ali

    ReplyDelete
  2. Dalam sistem demokrasi semua berhak bersuara mengeluarkam pendapat.Tapi saya sangat bersetuju dengan kenyataan Tun. Rasanya tak payahlah berunding lagi dengan Pas. Telah kita semua ketahui PPBM sebelum ini pernah berunding dengan pas untuk bersama membuat Pakatan tapi ditolak dengan pelbagai kata2 permitaan tak masuk akal. Pkr tak payahlah nak terus berunding lagi dgn Pas kerana meraka juga telah nyata membuat penolakan. Rundingan dgn pas akan membuatkan pakatan harapan leka berserabut dalam menghadpi pru14 dgn pelbagai pertelagahan sesama sendiri disebabkan hendak mengajak pas bersama dalam harapan. Rakyat sekarang sudah cerdik dan bijak mana yang hendak diundi dalam pru 14 nanti. Lupakan pas teruskan berjuang memberikan kesedaran kepada rakyat berkenaan masalah semasa yang berlaku dalam negara pada masa ini.

    ReplyDelete
  3. MB Selangor takut kalah.... hahaha....baru depa tau kuasa pas.....pas join ngn UMNO takluk Selangor...bagi pas jd MB.....Azmin bole masuk jamban....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com