innity

pages

Monday, September 11, 2017

Tun Mahathir: Bertaubatlah wahai pemimpin, ahli PAS


ULASAN l Sejak ia ditubuh PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, untuk menjadi kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri. Adakala PAS menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi.
PAS hanya dapat berada dalam kerajaan pusat apabila ia menyertai BN.
Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, “tahaluf siyasi” baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali. Tetapi gabungan yang disertai oleh PAS tidak dapat mendiri kerajaan pusat.
Bahasa Arab tidak menjadi sesuatu perbuatan itu halal dan Islam semata-mata kerana disebut dalam bahasa Arab.
Dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PAS, peranannya hanyalah sebagai pengacau iaitu pemecah undi pembangkang. PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang.
Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.
Apabila dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti yang menentang Najib dalam PRU 14, PAS meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan. Syarat PAS sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN.
PAS tentu tahu kemenangannya di pantai barat dalam PRU-12 dan 13 disebabkan sokongan oleh DAP dan kaum Cina. Tanpa sokongan DAP, PAS biasanya kalah di pantai barat di mana jumlah pengundi Melayu tidak sebesar di pantai timur.
PAS juga tentu tahu jika perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN di pantai barat dalam PRU-14, PAS akan kalah kerana tidak akan dapat undi orang Cina dan India dari penyokong Pakatan Harapan.
Yang jelas ialah jika PAS bertanding dalam PRU-14 berlawan dengan BN dan Pakatan Harapan maka undi orang Melayu akan terbahagi tiga.
Dalam keadaan ini undi bagi PAS, walau pun kecil tetapi berkesan mengurangkan undi kepada HARAPAN sehingga kemenangan tetap akan diperolehi oleh Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Dengan perkataan lain dalam pertandingan tiga penjuru yang disebabkan oleh PAS meletak calon yang akan menang ialah Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Najib, bukan PAS.
PAS mendakwa akan bertanding di semua 60 kawasan yang PAS bertanding dalam PRU 13, sama ada PAS menang atau kalah. Dengan itu besar kemungkinan PAS akan kalah lebih banyak dari PRU-13.
Mengundi PAS sama mengundi BN
Dalam PRU-14 PAS akan bertanding tiga penjuru dan undi DAP, Cina dan India tidak akan diperolehi oleh calon PAS.
Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran kerajaan kleptokrat Najib.
Bagi PAS yang penting ialah permusuhannya dengan AMANAH dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.
Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad, penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara.
Tiada ada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana kelainan politik. Hentilah sembahyang dua imam yang masih dilakukan di Terengganu.
Sesungguhnya mengundi PAS adalah sama dengan mengundi BN dan mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN pimpinan Najib.
Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah. Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.
Tulisan ini kali pertama dimuat-naik di blog http://chedet.cc dengan tajuk 'Undi PAS = Undi BN’. Ia adalah pandangan peribadi penulis

40 comments:

  1. Undi madey = undi kit siang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi madey = undi kit siang LAKNATULLAH...

      Delete
    2. Kenapa kau kata kit siang LAKNATULLAH?? Dia ada bunuh orang Islam atau meruntuhkan masjid ke???

      Baik kau kata juga Hadi pun LAKNATULLAH sebab berpeluk dengan perogol dan pembunuh umat Islam Syiah laknatullah dan menyokong mereka!!!

      Sebab tu lah PAS bergelar PIGS@PAS+IKATAN=GAGASAN SEJAHTERA

      Delete
  2. aku membesar 70, 80, 90an aku merasa sendiri akibat pas kafirkan umno, solat 2 imam, suami isteri bercerai, anak ayah putus silaturrahim, pulau kenduri, sembelihan umno tidak sah macam makan bangkal, selagi haji hadi dan pas tidak mahu mintaa maaf atas dosa2 besar tu, aku tidak akan terima pas sampai bila2, mereka mmg gunakan agama sama ada sedar atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dah sudah tu sudah la .... muktamar pas tagun dah ckp tiada lagi isunkafir mrngkafir dah... apa lagi yg nak di ungkit.. ungkit lagi... yang isu pluralisma murtad.. syiah.. lgbt.. gay.. liberalisme sekarang ko nak campak kemana...? Ajaran pkiralisma murtad ni ada mopti maza ambil port tak.?
      mopti ni la yg suka mengungkit ungkit apa yg dah berlalu... ancaman pluralisma murtad wat donno jer....bisu.. pekak wat bodo... hampehhh...!!

      Delete
    2. ko gi jumpa ayah ko pastu ko cakap ayah kafir.. bila dah gaduh ko belah dari rumah, dh beberapa lama ko balik buat selamba je, satu ayat maaf pon ko tak ckp, ko ingat Allah akan ampun ke dosa sesama manusia jika org yang dikafirkan tu tak maafkan

      Delete
    3. hey bodoh, ingat dosa boleh ampun dengan muktamar ke?

      Delete
    4. Klu dah lupa kan apa yg brlaku simbolik dah mintak maaf ka tu..... bahasa politik la tu bodoo.... yg ko nk ungkit2 lelebih wat apa..?

      Delete
    5. Itu klu ko kafir kan dng bapak ko .. ko la yg pi mintak maaf apasal plak PAS nak mintak maaf bagi pihak ko dan bapak ko.... muktamar PAS mintak lupa kan tu maksud politik dah mintak maap la tu.... bahasa politik pun bengap....!!!

      Delete
    6. masa kafirkan umno ko hari2 dok ulang dlm ceramah bertahun2, masa nak minta maaf guna basa politik, ko ni belajar agama tak, apa hukum kafirkan orang islam

      Delete
    7. DOSA BESAR KAFIRKAN ORANG ISLAM, BUKAN MAIN2, BERTAUBATLAH PAS

      Delete
    8. AnonymousSeptember 11, 2017 at 9:03 PM
      KO NI MMG BUTA MCM CAI NAJIB JUGA.PAS DAH KAFIRKAN ORANG SAMPAI BERCERAI BERAI, PASTU SENANG2 JE KO KATA PAS DAH MINTA MAAP DALAM 'BAHASA POLITIK'.KO INGAT KAFIRKAN ORANG TU PUN DALAM 'BAHASA POLITIK' JUGA KE?ORANG2 YG BERCERAI LAKI BINI TU PUN BERCERAI DALAM 'BAHASA POLITIK' JE LA,BUKAN BERCERAI SECARA SYARIE?KALO ADA 10 ORANG LAGI MACAM KO, BUKAN PAS JE ROSAK, ISLAM PUN ROSAK.

      Delete
  3. Apa lagi yg iskundur kutty merepek meraban tu.. dah tak nak yang sibuk sibuk pasal PAS apasal... lantak la PAS nak buat apa sekali pun... iskundurr iskundurr tak paham demokrasi... tadi pergi kedai buku ternampak buku Malay Dilemma.. selak sikit sikit baca nak.muntah baca buku tu... iskundur tulis lain buat lain sekarang ni..yg dilemma iskundur bukan orang melayu..... hampehhh punya buku....!!! Baling buku tu kat pala iskundur lagi bagus.... puiiiii...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas diperbodohkan umno, hubungan hadi-najib adalh hunungan terlarang yg ditentang oleh ahli2 pas, bagi najib hubungan ni sama ada jadi nikah ke tak umno tk kesah, yg penting nikmat dah dapat, kesian pas, kelapa ditebuk tupai

      Delete
    2. Betul juga tu. Kenapa nak sibuk parti yang bila cakap jahanam pan Allah sendiri jahanamkan majlis dia.

      Bila cakap Dapigs Allah perdayakan hati pemimpin2 Pas pilih nama PIGS@BABI@Pas+Ikatan=Gagasan Sejahtera. Perangai pun menyondol macam babi!!!

      Fitnah LGBT negeri Kelantan bertambah pesakit AIDS sebab gay.

      Tanda2 Allah dah tunjuk. Yang bodoh macam kau je tak nampak. Maklumlah bodoh. Sekolah dulu tak pandai!!!

      Agama pun tak tahu. Itu yang fanatik bodoh macam tu hahaha!!!

      Delete
  4. Malaysia masih aman utk mencari rezeki.. so kekalkan lah keamanan demi periuk rezeki masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang amannya kalau berbanding zaman dulu???

      Sekarang pegawai kerajaan dibunuh masuk dalam tong simen, perempuan mati kena bom c4, pengasas bank pun mati kena bunuh, penyokong PAS mari bunuh diri terjun jambatan akibat tekanan hidup, ragut hari2.

      Itu yang kau kata masih aman???

      Delete
  5. TUN SURUH PEMIMPIN BERTOBAT TAPI DIA LUPA BERTOBAT..DULU CACI MAKI DAP, HARI NI JILAT PUJI DAP BAIK...SURUH TUN BERTOBAT DULU

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ko tahu tun m tak bertaubat, sebab bertaubat lah dia nak betul kan negara yang rosak, dia dah 92 tahun , dia pon tahu bakal pergi meninggalkan dunia

      Delete
  6. Madey kena tobat dulu atas segala kesalahan dosa semasa jdi pm dulu. Jgn nak suruh org lain tobat sbb kepentingan politik kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suruh sama2 tobat, semua orang islam kena tobat, ko ingat PAS tu maksum ke tak payah tobat

      Delete
  7. DOSA BESAR KAFIRKAN UMNO, PAS MESTI TAUBAT NASUHA, DAN SECARA TERBUKA HAJI HADI MESTI TARIK BALIK AMANAT HJ HADI DAN MINTA MAAF ATAS DIRI DIA DAN MEWAKILI PAS SECARA TERBUKA DALAM MEDIA DAN DIULANG DI CERAMAH2 PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org kata kau kafir....mesti ada Sebab.Dan kaki Sebab itu..jika betul maka bertaubat la balik...Maka Islam la kita.Kalau kita buat lagi.... mungkin kafir semua kita.Check Sebab jadi kafir.

      Delete
    2. Org kata kau kafir....mesti ada Sebab.Dan kaki Sebab itu..jika betul maka bertaubat la balik...Maka Islam la kita.Kalau kita buat lagi.... mungkin kafir semua kita.Check Sebab jadi kafir.

      Delete
    3. Org kata kau kafir....mesti ada Sebab.Dan kaji Sebab itu..jika betul maka bertaubat la balik...Maka Islam la kita.Kalau kita buat lagi.... mungkin kafir semua kita.Check Sebab jadi kafir.

      Delete
    4. Ko tak faham agama patut taksub dgn pas..dlm islam tak boleh kafirkn org islam yg lain...klu ko kafirkn org maka ko yg jd kafir..sama ada ko ckp tu bersebab atau tidak

      Delete
    5. AnonymousSeptember 12, 2017 at 3:53 AM

      ADA ORANG SUKA KAFIRKAN ORANG LAIN TANPA SEBAB..

      Delete
    6. Samalah macam kau kata ajk PAS pusat Norazli Musa Taliban kata kalau tak ada no keahlian PAS masuk neraka mesti ada sebab!!!

      Dah macam tu punya bongok nak buat apa???

      Sejak bila Islam kata sebab menghalalkan cara??

      Pas menyalahi Islam buat kerja khurafat macam tu kau ingat Allah terima ke maksiat macam tu???

      Akal taruk kat mana???

      Delete
  8. Yang penting gerakan pluralisma murtad... lgbt.. gay.. liberalisma yg meremehkan hukum hakam Islam oleh puak Pakatan Harapan yg barua DAP itu lah agenda utama umat islam sekarang ini... full stop....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tunjukkan bukti kaitan gerakan pluralisma murtad... lgbt... gay... liberalisme oleh puak Pakatan Harapan???

      Yang aku tahu kalau tak ada bukti memang sah laknat Allah kepada pemfitnah sebagai PIGS hahaha!!!

      Umno dan Pas Babi Jho low buat filem lucah the wolf of the wall street hahaha!!!

      Babi rupanya. Patutlah dilaknat sebagai PIGS!!!

      Delete
  9. Tun tobat ka tak tobat lantak la.... tapi klu ko jumpa tun hang pi baling buku malay dilemma tu kat pala dia kuat kuat nooo.. hang cakap baca buku dia tulis ni rasa nak keluar muntah hijau.. cakap lain buat lain tulis lain buat lain.... hang jumpa jaaa mamak kutty hang trussss baling kuat kuat nooo...hampeh punya buku....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apasal nak baling buku Malay Dilemma kepada Tun??? Aku pun tak nampak apa salah buku tu!!

      Baik kau baling kitab syiah kepada hadi jugak. Dia dah beberapa kali keluar ajaran bertentangan akidah.

      Maklumlah Hadi tu masa kecil tak pandai, tak layak sekolah orang puteh, dah bodoh terpaksa belajar sekolah agama. Tu yang terbawa-bawa perangai bodoh lagi sesat sampai ke tua tu!!

      Delete
  10. sepatutnya Madey yg wajib bertaubat... dah 92 thn umur perbanyakkan la ibadah... jgn sibuk berpolitik dan menjaga kepentingan kroni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya PAS wajib bertaubat. Ibadah tu sembahyang je ke??? Politik bukan ibadat??? Berkata benar kepada pemimpin yang zalim bukan ibadat???

      PAS mengasingkan dunia dengan agama bukan sekular ke???

      Patutlah dilaknat sebagai PIGS!!!

      Delete
  11. Cuba semak balik amanat hj hadi...betol ke dia kata Umno kapir.Yg Hk Hadi kata jadi kafir jika kata politik suku Dan agama suku.Betul la tu...sbb Islam adlh agama yg menyeluruh.Tapi jika dia dah sedar..dia tK kata politik dulu Dan agama dulu.. bertaubat maka Islam lah dia.Kafir bukan selamanya kafir...

    ReplyDelete
  12. Cuba semak balik amanat hj hadi...betol ke dia kata Umno kapir.Yg Hk Hadi kata jadi kafir jika kata politik suku Dan agama suku.Betul la tu...sbb Islam adlh agama yg menyeluruh.Tapi jika dia dah sedar..dia tK kata politik dulu Dan agama dulu.. bertaubat maka Islam lah dia.Kafir bukan selamanya kafir...

    ReplyDelete
  13. Aku dh semak bertahun, kita menentang umno bukan kerana nama umno tp kerana kekalkn undang2 penjajah,lawan puak ni jihad, klu kita mati lawan puak2 ni, mati kita syahid.. perang nak mati syahid mesti dgn kafir la bodoh

    ReplyDelete
  14. Kalau mati melawan sesama Islam, itu dikira syahid ke??? Tersiratnya dah tentu amanat hadi kafirkan orang kalau tak macam mana boleh mati syahid???

    Tak ke bodoh hujah tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk jenis Syahid...ko pergi Masjid / kau dengar kuliah agama & lps tu ..ko Tanya Ustaz.Bljr dgn Akal & H/p tak kemana.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com