innity

pages

Thursday, September 7, 2017

Transaksi berbilion dolar ATAS ARAHAN Nor Mohamed, kata saksi

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM), diberitahu berlakunya transaksi wang yang besar menerusi urusniaga mata wang asing (forex).
Perkara itu didedahkan bekas pentadbir pertukaran asing BNM, Azman Mat Ali dan memaklumkan terdapat satu transaksi yang pernah dibuat beliau mencecah berbilion dolar Amerika Syarikat (AS).
“Tidak ada had bagi setiap transaksi. (Saya) tidak ingat transaksi yang saya buat tapi jumlah boleh mencecah bilion dolar dalam sehari.
“Saya tidak berani berurus niaga melainkan arahan dari (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop mahupun ketua pedagang,” katanya ketika prosiding keterangan di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
Azman juga menjawab “beliau tidak pernah” kepada soalan oleh peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdullah, sama ada bekas perdana menteri itu pernah memasuki bilik urus niaga forex.
Menurut Azman, beliau mendapat arahan terus daripada bekas penolong gabenor BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku pedagang yang melakukan urus niaga forex oleh BNM.
“Saya menjalankan tugas menerusi pedagang iaitu Nor Mohamed.
“Semua urusan dilaksanakan di Jabatan Akaun BNM,” kata saksi ke-18 itu.
Tambah Azman, transaksi dilakukan dalam tempoh 24 jam sehari dan dibantu 2 pekerja BNM yang bekerja secara “shif”.
Azman berkata tugasnya sebagai pentadbir pertukaran asing BNM hanya melaporkan setiap aktiviti urus niaga kepada ketua pedagang ketika itu, Lim Tan Mee (1988-1989), Selvaraj (1989-1990), dan Chua Tiong Chin (1990-1994) serta Nor Mohamed yang merupakan penasihat BNM ketika itu.
Ditanya mengenai sama ada urus niaga berbilion ringgit itu dilakukan untuk pertukaran atau rezab, Azman menjawab: “Saya tidak tahu sama ada itu pertukaran atau rezab. Ia tidak disahkan dalam urusniaga.”
Katanya, setiap transaksi dilakukan secara manual dan tiada unsur “check and balance” yang dilakukan oleh BNM dari 1990 hingga 1994.
Antara mata wang asing yang diperdagangkan beliau ketika itu adalah matawang AS, Jerman, Jepun, Britain, Perancis dan Switzerland.
Jumlah mata wang yang didagangkan oleh beliau selaku pentadbir pertukaran asing adalah tidak lebih AS$5 hingga AS$10 juta seorang.
Bagaimanapun had urus niaga bagi ketua pedagang pula lebih tinggi daripada itu.
Semalam, Nor Mohamed dalam keterangannya kepada RCI turut mengakui beliau perlu mengambil sebahagian daripada tanggungjawab mengendalikan urus niaga forex yang dijalankan BNM sejak 1986.
Prosiding hari ini merupakan sesi ke-6 RCI bagi menyiasat kes kerugian BNM melalui kegiatan perdagangan Forex sekitar 1990-an.
Kerugian itu berlaku pada 1990-an di bawah pentadbiran Dr Mahathir, sementara Anwar merupakan menteri kewangan ketika itu.
Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail. - FMT

4 comments:

  1. Pada pengamatan penulis.... sebenarnya Tun secara sengaja menjadikan isu ini isu terhangat sehari dua ni.... ya memang benar mereka pernah berseteru...dan kononnya sekarang berbaik di bawah payung HARAPAN..... tapi lihat tujuan sebenarnya... tidak lain dan tidak bukan untuk menyelamatkan tengkuknya... Bermula hari ini ...Tun tidak pasti apa yang bakal Anwar ungkit dalam RCI.... SEKIRANYA ANWAR MEMILIH UNTUK MENUDUH TUN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KERUGIAN FOREX.... MAKA.DENGAN SEGERA TUN AKAN MENUDUH BAHAWA ANWAR CUBA MEMBALAS TERHADAP TUN KERANA SECARA TERANG MENOLAK DAN MEMBELAKANGKAN KEHENDAK ANWAR MENERUSKAN PERBINCANGAN PKR-PAS.... hal ini sudah bermula dari pendengaran RCI semalam terhadap Nor Yaakob.... usaha untuk menafikan keterlibatan TUN telahpun bermula... asalkan Tun ada merit untuk menang PRU14.... pimai2... Anwar jugak yang kena....hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia..ali rop muncul kembali....!!!!

      "sebenarnya Tun secara sengaja menjadikan isu ini isu terhangat sehari dua ni" first ayat kau dah tak betul..so tak payah bacalah yg lain2 kat bawah tu...

      yg jadikan isu sampai kena buat RCI ni siapa ali rop oiii??? Tun kaa???

      kecewa betul aku dgn komen kau..setelah lama kau bertapa tp sekali kau muncul komen yg kau buat amat bangang sekali..

      Delete
    2. hehehe...tak payah la nak kecewa....ada takde sama je...
      pandir dulu dgn sekarang sama je...

      Delete
    3. MASROP,KO NI X BACA KE PENGAKUAN TAN SRI NOR MOHAMED?DIA AMBIL SEPENUH TANGGUNG JAWAB DALAM KES FOREX( TAN SRI NOR MOHAMED MEMANG SEORANG YANG GENTLEMAN DAN BERANI ).SO SINI JE DAH JELAS TIADA MASALAH DI PIHAK TUN DAN XDE SEBARANG FAKTOR YANG BOLEH DIGUNA OLEH ANWAR UNTUK SALAHKAN TUN DAN TUN PUN XDE FAKTOR UNTUK SALAHKAN ANWAR (KALAU IKUT TEORI SI MASROP LA).TEORI SI MASROP NI JUST NAK TIPU KONONNYA NAK TUNJUKKAN TIADA KESEFAHAMAN DALAM PAKATAN DAN TUN & ANWAR MASING TAK PERCAYA ANTARA SATU SAMA LAIN.NI TAKTIK LAPUK DANSI MASROP NI MAKIN LAMA MAKIN DANGKAL HUJAHNYA.JANGAN GELOJOH SANGAT NAK MENGHINA TUN,NANTI ORANG KATA KO BODOH..JANGAN GELOJOH SANGAT NAK MAKAN DEDAK, NANTI TERSEDAK.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com