innity

pages

Saturday, September 9, 2017

[TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin


Pertembungan pada pilihan raya umum akan datang merupakan pertempuran antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, tiada istilah parti yang 'duduk di tengah-tengah’ kerana menurutnya, parti berkenaan akan hanyut ke dalam Laut China Selatan.
“Sebenarnya pilihan rakyat dua sahaja. Sama ada BN atau HARAPAN. Tak ada yang duduk tengah-tengah.
“Tengah-tengah akan hanyut ke dalam Laut China Selatan,” katanya kepada wartawan semasa menghadiri Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor di Muar.
Menurut Muhyiddin lagi, strategi HARAPAN kini adalah untuk meningkatkan sokongan orang Melayu dan pada masa sama tidak akan mengambil mudah terhadap penyokong Cina dan India.
“Strateginya adalah untuk tingkatkan (sokongan) Melayu dan ini saya kira paling utama.
“(Tetapi) tidak akan mengambil mudah (sokongan) Cina dan India. Tetapi sokongan Melayu agak penting,” katanya lagi.
Selain itu, Muhyiddin yang merupakan anggota parlimen Pagoh turut menyamakan mereka yang meninggalkan PAS dan Umno serta memilih untuk bersama HARAPAN umpama kaum muhajirin iaitu pengikut Nabi Muhammad yang berhijrah meninggalkan Mekah.
“Kita ini (umpama) kumpulan muhajirin kerana menghadapi tentangan puak jahiliah yang nampak cerdik, tapi bodoh, yang membawa kerosakan besar kepada institusi negara,” kata bekas timbalan presiden Umno itu lagi.
BERSATU dan AMANAH- kedua-dua parti itu mempunyai majoriti Melayu dalam parti berkenaan.
PAS pula yang menubuhkan blok pembangkang- Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan NGO-NGO lain berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak bekerjasama dengan BN.
Kepimpinan pusat HARAPAN pula pada 29 Ogos lalu mengisytiharkan bahawa gabungan pembangkang berkenaan tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14. - MK

1 comment:

  1. Tapi muhajirin diaorg berhijrah xdela sampai bersatu dengan musuh islam menentang pihak islam kan datuk seri..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com