innity

pages

Thursday, September 7, 2017

'Senjata' PAS kini memakan diri

Anak kepada Tuan Guru Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi sedang berkeris dengan timbalannya di Pemuda PAS kini, Khairil Nizam Khirudin. Khairil menampan serangan dengan hanya telapak tangan
Kenyataan dibuat pemimpin Pemuda PAS mengenai Pakatan Harapan (HARAPAN) menunjukkan pergerakan itu kini panik apabila mereka dipinggirkan rakyat, kata seorang pemimpin PKR.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan kecenderungan pemimpin PAS cuba bekerjasama - sama ada secara langsung atau tidak - dengan rejim yang ada, rakyat tidak lagi menyokong mereka.
"Kepimpinan PAS sekarang mula nampak strategi yang mereka gunakan memakan diri sendiri," katanya kepada Malaysiakini.
Saifuddin mengulas dakwaan dibuat Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mengaitkan undi kepada HARAPAN adalah tanda sokongan buat DAP.
DAP adalah salah satu parti komponen dalam HARAPAN dan pernah menjadi rakan PAS semasa era Pakatan Rakyat dulu. Bagaimanapun kedua-dua parti menjadi seteru selepas itu.
Pada keadaan tertentu pula pemerhati dan ahli politik melihat kemarahan PAS kepada DAP melebihi kesungguhan mereka melawan BN.
Kata Saifuddin PAS kini seperti sedang menekan butang panik apabila menyedari sokongan yang diterima mereka semakin merosot.
Bersatu jatuhkan BN
PAS juga, katanya, sedang mencontohi strategi Umno dengan menakut-nakutkan orang Melayu serta Muslim negara ini kepada DAP.
"Nampak macam PAS sedang menyertai flotila untuk membawa rakyat menyokong rejim sedia ada," katanya.
Sebelum ini Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut menempelak Pemuda PAS yang dianggapnya kini bersuara seperti Pemuda Umno.
Terdahulu salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Rais Hussin mendakwa setiap undi yang diberikan kepada PAS adalah tanda sokongan buat Umno.
Menurut Saifuddin sebelum ini DAP serta parti pembangkang lain - termasuk PAS - bersetuju untuk mendukung prinsip penting yang terkandung dalam perlembagaan negara.
Persefahaman itu, katanya, terbukti apabila DAP, PAS dan PKR menandatangani manifesto bersama di Shah Alam pada 2009.
Antara prinsip penting yang setuju dipertahankan ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak keistimewaan bumiputera, hak kesaksamaan ekonomi dan perpaduan kaum.
Kata Saifuddin manifesto itu ditandatangani oleh bapa Muhammad Khalil sendiri, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut bekas anggota parlimen Machang itu, DAP menyertai HARAPAN kerana gabungan itu bersetuju dengan prinsip untuk menjatuhkan kerajaan BN.
"Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju sentiasa menjadi pengikat antara parti dalam HARAPAN kerana matlamat utamanya ialah menggantikan BN sebagai kerajaan," katanya. -MK

5 comments:

  1. Apa hal nak sibuk sgt pasal PAS. PKR banyak kali khianati PAS jd jgn meracau la apa yg PAS sedang buat. PAS tak hilang sokongan. Ahli PAS nak sokkng parti liberal? Parti sekular? Parti bekas ahli UMNO dan parti BEKAS AHLI PAS? Jauh panggang dari api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN KAH DULU PAS DOK DUDUK SEBANGKU DAN TIDOR SEBANTAL DGN DAP DAN PKR YG DINAMAKAN TAHALUF SIYASI?AWAT LA NI BARU NAK CITE PARTI TU PARTI SEKULAR, PARTI NI PARTI LIBERAL ETC. SEDANGKAN DARI DULU LAGI MEMANG ITU 'NATURE'NYA PARTI2 YG PAS DOK BERTAHALUF TU?CERMIN MATA KELABU SANGAT KE SAMPAI X BOLEH NAMPAK PERKARA NI DARI DULU LAGI?LA NI BARU SIBUK KATA MACAM2 KAT PARTI PEMBANGKANG X LAIN X BUKAN, SEBABNYA IALAH NAK SELAMATKAN NAJIBUN..PANGGANG X JAUH DARI API TAPI PARTI LEBAI NI YG X TAU NAK BEZA TANG MANA PANGGANG DAN TANG MANA API.

      Delete
    2. Setujuuuuuu......maka lebih baik sokong UMNO secara tak langsung dengan pertandingan tiga penjuru.....pas dh buat keputusan....sepatutnya pakatan sedia maklum....titik...

      Delete
  2. Setiap satu undi kepada PAS adalah pernyataan reda dan rela kepada persekongkolan terhadap rompakan berbilion ringgit terkait 1MDB.

    ReplyDelete
  3. Dalam ucapan hj hadi sudah menjelaskan, terengganu, kelantan, kedah, perak dan selangor PAS ambil.

    Manakala lain2 negeri Malaysia, umno najib ambil...

    Adakah hj hadi dan najib sudah bersepakat dan mencapai kata persefahaman?

    Kenapa rakyat tidak dimaklumkan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com