innity

pages

Thursday, September 7, 2017

[SELESAI] PH akan hentikan rundingan PAS-PKR, kata Dr Mahathir



Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gabungan itu akan menghentikan rundingan PKR dan PAS, selepas ketua umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menggesa partinya berpakat dengan parti Islam itu.
“Kita telah memutuskan sebagai satu gabungan, tidak ada rundingan lagi dengan PAS.
“Kenyataan yang dibuat oleh Anwar bahawa dia yang menggesa mereka untuk cuba dan berbincang dengan rakan lama. Kita akan hentikan itu. Saya harap kami dapat lakukannya,” katanya pada sesi pertemuan bersama pengundi di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata PKR mahu berpakat dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya nanti. Anwar dari dalam penjara berkata beliau menyokong usaha tersebut.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata gabungan mungkin tidak akan dapat menerima PAS kerana persetujuan mengenai kerusi pilihan raya dengan PAS akan menjejaskan Amanah dan PPBM – 2 lagi parti komponen dalam Pakatan Harapan, selain DAP dan PKR.
“Jika kita menerima PAS di dalam gabungan, akan ada 5 parti kongsi (kerusi),” kata Dr Mahathir, menjelaskan pendiriannya.
“PAS akan berkeras mahukan semua kerusi yang ditandinginya dan ia dianggarkan berjumlah hampir 60 kerusi. Jika mereka ambil semua itu, apa yang tinggal untuk Amanah dan kami yang hanya ada 1 kerusi sahaja di Pagoh?”
Selepas Azmin mendedahkan rundingan dengan PAS itu dilakukan dengan mandat parti, Pakatan Harapan bermesyuarat dan memutuskan tiada kerjasama dengan PAS, dan akan menyediakan strategi menghadapi pertandingan 3 penjuru.
Sementara itu, mengulas mengenai “pergaduhan” DAP dan PSM mengenai kerusi di Sungai Siput, Dr Mahathir berkata perkara berkenaan akan diselesaikan secara tertutup.
“Perkara itu kita akan selesaikan antara kita, kita bukan selesaikan dengan awam,” katanya. - FMT

2 comments:

  1. Pembahagian kerusi sama rata, berkongsi kuasa pentadbiran adalah konsep Pakatan Harapan.

    Tidak seperti umno najib hari ini dimana najib (dengan sokongan rosmah) mempunyai kuasa mutlak! beliau boleh melakukan sesuka hatinya.

    Inilah antara faktor skandal 1mdb disebut rompakan terbesar pada abad ini.

    Selain 1mdb, pelbagai faktor lain seperti penjualan aset harta negara, felda fgv, skandal rasuah, bala malapetaka menyelubungi negara hari ini.

    Kesan dan akibatnya adalah rakyat dihimpit pelbagai bebanan dan masalah dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

    Oleh yg demikian, jika parti PAS mahu melihat umno najib ditumbangkan, bersama samalah berkongsi kuasa dengan Pakatan Harapan.

    Bukankah ini salah satu tujuan dan matlamat parti PAS?

    ReplyDelete
  2. BN/UMNO dah terbaik buat apa nak ditumbangkan, bodoh betui kan3, kik3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com