innity

pages

Wednesday, September 13, 2017

Rupa2nya Pas letak syarat, PKR keluar PH jika ingin bersamanya


Tindakan Pas meletakkan syarat supaya PKR keluar daripada Pakatan Harapan sekiranya ingin kedua-dua parti itu terus menjalinkan kerjasama politik, dianggap tidak wajar.

Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata desakan itu dilihat tidak selari dengan matlamat PKR yang bersikap terbuka dengan semua parti pembangkang selain mahu setiap parti pembangkang membentuk kesatuan yang utuh terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"PKR masih berpegang kepada pandangan bahawa semua parti pembangkang perlu ada kesatuan dan kita juga sedang berusaha ke arah itu.

"Semua orang boleh beri cadangan termasuk Pas, namun kami konsisten dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sebelum ini bahawa kesatuan semua pembangkang itu menjadi keutamaan kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat Belanjawan Selangor 2018 di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari semalam bahawa parti Islam itu hanya akan membuka pintu rundingan dengan PKR sekiranya PKR meninggalkan Harapan yang turut dianggotai DAP,  iaitu parti yang Pas bertegas menolak menjalin sebarang hubungan politik lagi.

Sebelum  ini, Anwar dalam suratnya mengakui bahawa beliau telah mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak memutuskan hubungan dengan Pas selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.

Surat itu dilapor dikeluarkan susulan Majlis Presiden Harapan pada awal bulan lepas bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pas termasuk membabitkan PRU14. - Bernama

3 comments:

  1. So which is which now????? PAS TELAN RM90 JUTA UMNO BAGI.... atauuu..... mereka letak syarat PKR keluar harapan neh?... korang kena decide sekarang.... nampaknya korang mmg betul mengharap PAS sama ngan koeang yek..... de.i bak tumbangkan UMNO..... ni bukan oerjuangan namanya.... menipu untuk kuasa namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS the bessssstttt.....UMNO mau pas jadikan 3 penjuru......dan pakatan mau PAS join depa...... PAS hebattttt..... syurga didunia dan akhirot

      Delete
    2. ala ali rop..lu kecoh apa..jawab la isu 1MDB ya Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadz ajukan kat Parlimen tu..kalau kao org yg jujur n bukan partai sarkis..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com