innity

pages

Thursday, September 7, 2017

Rafizi: Hutang Felda diunjurkan Cecah RM12.6 BILION


HUTANG FELDA DIUNJURKAN CECAH RM12.6 BILION BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017

Untuk pengetahuan umum, sehingga sekarang Felda masih lagi belum mematuhi kehendak akta agar penyata kewangannya dihantar ke Dewan Rakyat bagi tahun-tahun selepas 2014. Penyata kewangan Felda yang telah diaudit yang masih tertunggak sehingga kini ialah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016.

Perkara ini telah ditimbulkan oleh pihak media sejak awal tahun 2017 setelah isu kedudukan kewangan Felda mula mendapat perhatian orang ramai.

Semakan saya ke atas laporan-laporan berita mendapati setakat 11 Februari 2017, penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 belum lagi dibentangkan kepada Lembaga Pengarah (seperti laporan NST https://sg.news.yahoo.com/feldas-delayed-2015-financial-sta…)

Menurut laporan NST itu juga, Tan Sri Shahrir Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Felda ketika itu berjanji untuk membentangkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 itu pada sesi parlimen Mac 2017.

Saya membangkit perkara ini sekali lagi dalam satu kenyataan media pada 24 Ogos 2017 yang lalu untuk mendapat pengesahan dari pihak Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Shahrir Samad bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 akan dibentangkan di sidang parlimen Oktober ini.

Sehingga kini masih tiada jawapan.

Saya tahu Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengambil pendekatan mendiamkan diri dengan harapan perkara ini akan mati begitu sahaja. Saya juga faham bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun 2015, 2016 dan 2017, jika dibentangkan, akan mendatangkan masalah politik kepada Dato’ Seri Najib.

Oleh kerana mereka memilih untuk tidak menjawab, maka saya mengambil jalan baru iaitu membuat analisa kewangan mengenai kedudukan kewangan terkini Felda (berdasarkan penyata kewangan diaudit yang terakhir iaitu 31 Disember 2014 dan pelbagai laporan media dan jawapan menteri di Parlimen). Daripada analisa kewangan ini, saya boleh mengunjurkan beberapa penunjuk kewangan penting seperti jumlah hutang terkini, jumlah keuntungan dan lain-lain.

Sila rujuk lampiran yang disertakan bersama.

Berdasarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan maklumat-maklumat lain mengenai jumlah hutang yang diambil oleh Felda dan anak syarikatnya dalam tahun 2015 hingga 2017 (rujuk laporan Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/393696 dan laporan berita perniagaan Indonesia http://m.kontan.co.id/…/felda-dikabarkan-incar-porsi-mayori… ), saya mengunjurkan bahawa hutang terkumpul Felda dan anak syarikatnya akan mencecah RM12.6 bilion menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Ini mengambil kira kedudukan kewangan Felda dan anak syarikatnya yang mengalami kerugian sejak tahun 2012 dan pendapatan kumpulannya dijangka tidak melebihi RM1 bilion setiap tahun. Dalam keadaan ini, saya mengunjurkan Felda dan anak syarikatnya tidak berkemampuan untuk membayar hutang pokok dan hanya membayar faedah tahunan di antara tahun 2015 hingga 2017.

Oleh itu, jumlah hutang terkini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 boleh diunjurkan dengan mengambil baki hutang terakhir yang diaudit setakat 31 Disember 2014 dan dicampur dengan hutang-hutang baru yang diambil selepas ini.

Dalam tempoh seminggu akan datang, saya akan menghuraikan setiap hari analisa kewangan yang mengunjurkan kedudukan tunai, prestasi untung rugi dan hal-hal lain bagi kumpulan Felda sehinga tahun kewangan 31 Disember 2017 yang akan memberi gambaran jelas bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan janji-janji beliau kepada peneroka Felda yang diumumkan beberapa bulan lalu.

Selagi Felda dan Kerajaan Persekutuan tidak mengeluarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 dan 2016, analisa kewangan saya ini akan menjadi rujukan majoriti rakyat dan menyukarkan Dato’ Seri Najib untuk berdepan dengan kemarahan rakyat terutamanya peneroka Felda.

Oleh itu, cara terbaik untuk Dato’ Seri Najib mempertahankan janji-janji yang dibuat kepada peneroka Felda ialah dengan memastikan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2015 dan 2016 dibentangkan dengan segera di sesi Parlimen akan datang yang bermula pertengahan Oktober 2017.

Saya jemput orang ramai dan pihak media untuk terus mengikuti sidang media saya yang akan datang selama seminggu untuk mengikuti analisa unjuran kedudukan kewangan Felda yang terkini sehingga 31 Disember 2017.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

2 comments:

  1. Kalau ada blogger-blogger UMNO nak bantah pendedahan Rafizi ni,
    sila umumkan penyata kewangan FELDA sebagai bahan bukti. Tak guna
    cakap sisotong penipu, ini cuma AIR LIUR BASI.
    Dedahkanlah penyata tu, tunjukkan RAFIZI PENIPU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu cik Minah..saya sokong..!

      but sadly depa mmg pandai pusing ckp...tgk isu 1MDB sudah laa..berapa byk negara kat luar dah buat prosiding undang2 n ada negara yg dah jatuhkan hukuman pon kpd org yg involve dlm salah laku transaksi 1MDB..yg hairan bin ajaib nyaaa kat negara ni seorg pon tak kena dakwa..abg JL pon langsung tak kena soal siasat..terbaekkss....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com