innity

pages

Thursday, September 7, 2017

Rafizi: Bila KJ mahu ambil tindakan ke atas Pemuda UMNO terlibat Skandal MARA?


BILA KHAIRY JAMALUDDIN MAHU AMBIL TINDAKAN KE ATAS PEMUDA UMNO YANG TERLIBAT DI DALAM SKANDAL MARA DI AUSTRALIA?

Minggu lalu, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang sebelum ini kalah dalam saman beliau berhubung skandal MARA yang saya dedahkan dalam tahun 2015.

Saya telah menyenaraikan individu-individu yang nama mereka telah disebut di dalam dokumen perbicaraan kes yang sama di Mahkamah Australia, yang merupakan pimpinan Pemuda Umno atau individu yang ada hubungan dengan pimpinan Pemuda Umno seperti berikut:

1. Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd. Selain beliau, pengarah dan pemegang saham Optimus Capital Sdn Bhd yang lain adalah seorang yang bernama Mazrul Haizad Maarof. Individu ini (Mazrul Haizad Maarof) adalah abang ipar kepada Dazma Shah Daud, EXCO Pemuda Umno. Dokumen-dokumen di Mahkamah Australia menunjukkan senarai syarikat-syarikat yang menerima komisen hasil dari penjualan bangunan-bangunan kepada MARA pada harga yang berlipat ganda yang ada kaitan dengan Dazma Shah Daud, EXCO Pemuda Umno Malaysia dan abang iparnya Mazrul Haizad Maarof.

2. Erwan Azizi juga adalah pengarah bukan eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Semasa perbicaraan, peguam saya William Leong telah menunjukkan kepada mahkamah bagaimana Erwan Azizi dan Khairul Azwan Harun adalah rakan kongsi perniagaan. Mereka (dan seorang lagi kenalan Khairul Azwan Harun) mengawal sehingga 30.5% saham di dalam Biosis Group Berhad.
(Untuk maklumat penuh individu-individu yang dinamakan terlibat di dalam skandal MARA, semak http://rafiziramli.com/…/individu-terbabit-di-dalam-urusni…/)

Khairul Azwan Harun sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia menyaman saya apabila saya mendedahkan perkara ini atas alasan saya telah memfitnah beliau.

Dalam kenyataan asal saya yang disaman kerana kononnya memfitnah, saya sebenarnya menuntut supaya pimpinan Pemuda Umno yang dinamakan atau yang ada kaitan perniagaan dengan individu yang dinamakan sebagai dalang kepada urusniaga yang menipu MARA itu tampil memberi penjelasan.

Saya juga menuntut supaya Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin menjawab apakah tindakan yang akan diambil oleh beliau ke atas pimpinan Pemuda Umno yang dinamakan terlibat dengan skandal MARA. Pada ketika itu, beliau menepis begitu sahaja isu ini dengan mendakwa saya hanya mengaitkan Pemuda Umno sedangkan tidak ada bukti mereka terlibat.

Setelah kes penyelewengan (yang menyaksikan MARA ditipu di dalam urusniaga membeli asrama-asrama pelajar sehingga terlebih bayar sekitar RM129 juta berbanding dengan harga sebenar) telah melalui proses mahkamah di Australia dan Malaysia, sudah sampai masanya YB Khairy Jamaluddin dan YB Senator Khairul Azwan Harun menyatakan apakah tindakan yang akan diambil ke atas Dazma Shah Daud, EXCO Pemuda Umno yang tidak pernah sekali pun menafikan keterlibatan beliau di dalam skandal MARA ini.

Saya juga berminat untuk mengetahui apakah YB Senator Khairul Azwan Harun kini akan membuat penjelasan mengenai hubungan perniagaan beliau dengan Erwan Aziz yang dinamakan sebagai individu yang terbabit di dalam urusniaga-urusniaga hartanah yang merugikan MARA itu, setelah saman beliau ditolak di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan?

Saya akan menumpukan kembali kepada prestasi dan kedudukan semasa MARA bersempena perlantikan pengerusi MARA yang baru iaitu Tan Sri Awang Adek Hussin. Oleh itu, saya mencadangkan adalah lebih baik kedua-dua pimpinan Pemuda Umno ini menyatakan apakah mereka akan mengambil tindakan ke atas Dazma Shah Daud, EXCO Pemuda Umno dan Khairul Azwan Harun sendiri setelah keputusan mahkamah bersetuju bahawa kenyataan-kenyataan saya adalah bersifat kepentingan awam dan bukannya fitnah.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

2 comments:

  1. Rasuah n umgo berpisah tiada..

    ReplyDelete
  2. Kj ..azwan bro ke atau azizi ..mana nak tau. Mungkin semua pakat menyamun. Ketua pemuda takkan nak amik tindakan. Buat taktau jelah. Ikutlah perangai presiden parti. Samun je. Pedulilah rakyat nak kata apa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com