innity

pages

Thursday, September 14, 2017

[PULANGANNYA DAPAT MASUK WHITE HOUSE SAJA] Trump Got Billion, We Got Nothing


Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai faedah dan kebaikan yang diterima oleh rakyat Malaysia mengenai pelaburan ke Amerka Syarikat.

"Kalau kita tanya apabila Donald Trump dapat bilion (pelaburan), berapakah dan apakah Malaysia dapat."Malaysia menderita dengan ini kita bayar bilion dan tak dapat apa-apa" kata Dzulkifli ketika sidang media Pakatan Harapan di Petaling Jaya pagi tadi.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin dan Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.

Dalam kenyataan Najib sebaik bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih dua hari lalu, Najib berkata Khazanah akan meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat manakala KWSP akan menggandakannya.

13 comments:

  1. Dapat dividen..nnt kata macai jebon...

    ReplyDelete
  2. Kalau pembangkang ada buat kapal terbang tentu najib pi beli kat hangpa kan, tak payah lah susah2 nak pi beli kat us kan, bodoh betui, tu pun pambangkang tak faham2 kan3, kik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara org pun ada kapal terbang tp untung bilion2...kita? Hampir bangrap..lg ngok

      Delete
  3. pembangkang dimalaysia, otak letak kat lutut...

    ReplyDelete
  4. nak kata bodoh ke bingai tak tahu la. maaf cakap la kan, kalau dah melabur dan buat pelaburan mestilah mengharapkan pulangan dan keuntungan. kalau duit kwsp yang dilaburkan maka pulangan akan diterima oleh kwsp dan pencarum akan menikmati dividen daripada keuntungan. apa pelik sangat dengan pelaburan ni. sebelum ini kwsp dah melabur berbilion di luar negara, kenapa pembangkang tak bising. ni baru nak tambah pelaburan dah bising, macam orang tak pernah tengok pekedai runcit boleh kaya. wahai macai2 yang kesuntukan fikiran, korang fikir kwsp hanya boleh untung tiap2 tahun dengan melaburkan duit dalam negara sahaja ke? please jangan teruk sangat membodohkan diri boleh tak. simpan sikit bodoh tu untuk tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit KWAP apa citer? Dah pulang lum?

      Delete
    2. Wahai macai najib yg bodoh, dalam ucapan beliau (seperti merayu rayu manakala trump maharaja berpeluk tubuh) kepada trump, najib akan memperkukuhkan ekonomi amerika.

      Bahasa mudah adalah Kalau tanya budak tadika, mereka akan tanya ; "kenapa nak tolong orang lebih kuat dari kita?"

      Delete
  5. Bila kwsp labur billions kat uk, untung share back dividen dgn pencarum.. harap2 labur kat us pun dapat dividen tinggi, kalau labur kat pembangkang dapat taik la jawabnya.... Itu lah standard pembangkang kat mesia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang kwsp milik pekerja atau najib? Sila jawab ini dulu?

      Delete
  6. Pelaburan luar negara tak salah. Mmg akan ada keuntungan. Tapi isunya skrg...pelaburan hanya akan meningkatkan ekonomi AS. Kita hanya mengaut keuntungan. Tapi bagaimana dgn anak2 muda kita. Berapa ribu peluang kerja yg dpt diwujudkan. Sekiranya kwsp melabur dlm negara, mungkin ribuan pemuda dpt kerja. Ahli kwsp akan bertambah dan caruman akan bertambah. Kwsp akan makin kukuh.

    ReplyDelete
  7. Ada skandal yang Cuba dibuat najib
    Rakyatlah bangkit protest pecat najib sebelum lambat

    ReplyDelete
  8. Trump dapat berbilion. Rakyat Malaysia dapat Kos sara hidup yang tinggi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com