innity

pages

Sunday, September 10, 2017

PRU14 hanya medan untuk PH lawan BN - Mat Sabu


AMPANG - PRU akan datang akan menjadi medan pertemuan antara Pakatan Harapan dengan BN sahaja.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti lain sebaliknya dijangka kehilangan deposit di awal perebutan kerusi.  

Mohammad, yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau yakin parti lain tidak akan mendapat sokongan rakyat.

"Saya yakin (calon) bekas parti saya, Pas, akan kehilangan simpanan mereka di semenanjung barat.

"Kami hanya peroleh kemenangan di kawasan di mana kami berkempen dengan DAP dan PKR (dengan Semangat 46) terdahulu," katanya menerusi ucapan di Konvensyen Amanah Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Selepas ucapannya, Mat Sabu memberitahu wartawan yang kenyataannya itu berdasarkan pengalamannya dalam Pas, ketika parti Islam itu berkempen sendirian di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Kebanyakan daripada kami kehilangan deposit kami.

"Bila Pas berkempen sendirian, hanya penyokong setia Pas akan mengundi parti itu," katanya lagi.

Mat Sabu turut menyangkal dakwaan BN akan mendapat manfaat paling banyak dalam pertarungan tiga penjuru.

"Terdapat tempat di mana pertembungan tiga penjuru akan dimanfaatkan oleh Pakatan.

"Undi Melayu dipecah, tetapi undi bukan Melayu kekal di belakang Pakatan," jelasnya. - SH


DS Najib Kata Pas Parti Asyik Serabut!


Ceramah DS Najib di Kuala Ketil, Kedah. DS Najib menyuarakan bahawa Pas sememangnya parti yang berserabut dan pendirian yang tak pernah tetap! 

2 comments:

  1. Mat sabu nnt tanding kat mana eik?

    ReplyDelete
  2. Rekod buruk mat sabu kena tangkap khalwat dgn bini orang...tak payah tanding kat mana2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com