innity

pages

Thursday, September 7, 2017

Polis: Kes Saman Pasang 'Sun Shade' Viral itu Gambar PALSU


KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH SERDANG

PENJELASAN KES SAMAN TRAFIK ‘TAMPAL SESUATU PADA CERMIN’ KENDERAAN YANG TELAH TULAR DI MEDIA SOSIAL PADA 07.09.2017.

1. Polis Daerah Serdang telah terkesan satu viral di laman media sosial _facebook_ yang telah menyatakan ketidakpuasan hati tindakan saman ke atas beliau oleh anggota Polis Trafik, IPD Serdang atas kesalahan ‘Tampal Sesuatu Pada Cermin’.

2. Pada 06.09.2017 jam lebih kurang 3.00 petang, semasa sepasukan anggota Trafik, IPD Serdang sedang menjalankan Operasi Sekatan Jalan Raya di Jalan Serdang Perdana telah menahan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux Nombor Pendaftaran AJJ 681 warna putih yang di pandu oleh seorang lelaki Cina : Lee How Kim. 
Kenderaan tersebut telah di tahan kerana kesalahan cermin gelap. Saman telah dikeluarkan oleh anggota trafik di bawah Seksyen 4(B) PU(A) 039/91 dalam Akta Kaedah- Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis- Jenis Kaca Tertentu). Gambar _'sun shade'_ yang ditularkan itu adalah gambar yang di ambil dari laman web _google_ dan bukanlah gambar sebenar kenderaan tersebut.

3. Pihak polis memandang serius aduan tersebut dan akan menjalankan siasatan terhadap mana – mana pihak yang menyebarkan (viral) ini kerana perbuatan ini sengaja dilakukan dengan maksud untuk memburuk-burukkan imej dan kredibiliti PDRM. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh di ambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15). Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh menjejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh :
ACP Megat Mohd Aminuddin bin Megat Alias
Ketua Polis Daerah Serdang
Bertarikh : 07.09.2017



sumber: Polis Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com