innity

pages

Wednesday, September 13, 2017

'Pelaburan memang tak salah tetapi kenapa babitkan KWSP'


Pengumuman perdana menteri di Amerika Syarikat (AS) untuk melaburkan berbilion dolar lagi dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara itu mengundang kesangsian dari dalam negeri.
Aktivis pendesak Melayu, Irwan Fahmi mempersoalkan kenapa wang pencen rakyat Malaysia harus digunakan untuk pelaburan besar itu.
“Saya tidak kata pelaburan yang dibuat adalah salah tetapi mengapa KWSP terlibat?
“Adakah pada ketika ini kita hanya bergantung kepada sumber kewangan KWSP untuk membuat pelaburan?” soal bekas ketua pemuda PERKASA itu.
Dalam pertemuan dengan Donald Trump di Rumah Putih, hari ini, Najib memberitahu presiden AS bahawa Malaysia berminat melabur tiga atau empat bilion dolar lagi untuk mendukung kemudahan pembangunan semula negara itu.
Katanya, Malaysia mempunyai modal besar melalui KWSP untuk dieksport dan telah pun melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti.
Pelaburan KWSP itu antara tiga cadangan yang dikemukakan Najib kepada Trump selain pembelian puluhan pesawat AS dan pelaburan syarikat pelaburan negara Khazanah dalam bidang teknologi tinggi di Silicon Valley.
Dalam kenyataan hari ini, Irwan berkata KWSP tidak sepatutnya dilihat modal utama kerajaan untuk membuat pelaburan yang besar sebegitu.
Katanya, dana KWSP adalah simpanan rakyat Malaysia untuk hari tua dan tidak harus berdepan risiko.
“Adakah ada jaminan yang pasti pelaburan ini tidak gagal?
“Sekiranya terkandas di tengah jalan adakah pihak kerajaan dapat menjamin bahawa pelaburan wang tersebut dapat dikembalikan kepada pencarum?
“Ingatlah, setiap pelaburan pasti ada risiko. Cuma adakah kita dapat mengatasi risiko tersebut,” katanya.

Gadai negara?
Berkaitan pembelian pesawat Malaysia Airlines (MAS) pula, Irwan membangkitkan persoalan sama ada ia demi pengukuhan kewangan MAS sendiri.
“Sedangkan CEO Malaysia Airlines telah membuat penjadualan perjalanan penerbangan syarikat tersebut disebabkan ingin menjimatkan kos operasi syarikat,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Pelaburan untung atau menggadaikan negara?”

10 comments:

  1. Melihat video perbincangan diantara najib dan donald trump di white house teringat sewaktu presiden suharto indonesia dan Pengarah urusan IMF Michel Camdessus menandatangani perjanjian sambil berpeluk tubuh.

    Gambaran pada waktu itu menunjukkan indonesia terpaksa akur, tunduk dan menyembah kepada IMF untuk memohon pinjaman.

    Aksi yang sama berlaku di rumah putih dengan aksi trump berpeluk tubuh sambil najib berucap seolah olah najib akur, tunduk dan menyembah "membayar ufti" kepada donald trump.

    Kami rakyat malaysia berasa amat malu diatas perbuatan najib ini seolah olah negara kami adalah "pariah state" dan "sick man of asia".

    Tidak menghairankan juga kerana seluruh dunia sudah mengetahui najib adalah mo1 berhubung skandal 1mdb, skandal terbesar didunia.

    Segala maruah dan nama baik malaysia yg dibina sekian lama, hancur musnah dan dilacurkan begitu sahaja oleh pemimpin kleptokrat ini.


    ReplyDelete
  2. Dah kenapa terhegeh2 nak pi tolong amerika pulak? Nampak sangat laa ni ekonomi kita x kukuh. Kalau US cuit skit ja duit yg depa labur, bergoncang ekonomi kita. China bukannya nak tolong pun. Dia nak buat duit kat sini ja. Kita yg duk berhutang dgn depa. Lu manyak sombong ha jibby. Sikalang baru lu tau. Lu tau rakyat akan marah, tapi lu sudah talak pilihan. Samada lu letak jawatan atau lu terus habiskan duit rakyat. Lu pilih kasi habis. Cash is king.

    ReplyDelete
  3. Bodoh tak boleh diajar..ni yg susah.

    ReplyDelete
  4. https://www.bharian.com.my/node/34085

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah la nak melabur kat luar negara tp byk lg negara timur tengah atau negara Islam lain yg boleh dilabur..


      kita tak suruh benci US tp kurangkan pergantungan ekonomi dgn negara pelobi yahudi tu..got it?

      so tak payah lah nak sibuk2 perjuangkan hak rakyat palestin bagai..tp kat blkg dok buat deal dgn org yg menyokong penindasan ke atas org palestin....

      Delete
  5. Lebih baik labur dari 'bail out'

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa ajaq hg? bailout la lebih baik pasal dlm company tu ada berpa ribu rakyat malaysia yg berkeja..kalau company tutup depa semua nak mkn apa?

      yg labur kat US pakai KWSP tu buat apa? kat nagara Islam lain bole ja melabur n tak payah pakai duit kwsp..

      Delete
  6. Duit KWAP dah lebur 4b...ni duit KWSP lak..mmg jilaka

    ReplyDelete
  7. KWSP punya dana yang besar. Sudah tidak ada ruang untuk melabur dalam negeri untuk mendapat peluangan yang baik. Apa salahnya KWSP melabur di Silicon Valley yang banyak tech company yang akan memberi pulangan yang baik. Pendeposit KWSP sentiasa mengharap sekurang-kurangnya 6% dividen. Jika diletak dalam fixed deposit pulangannya hanya 4-4% sahaja. Cuba berfikiran terbuka sikit. Saya percaya KWSP ada orang2 profesional yang akan membuat penilaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje nak buat pelaburan, tetapi bukankah dalam perhimpunan umno mengatakan amerika itu yahudi? Yahudi pula membunuh kaum palestin? Kenapa perlu melabur di amerika?

      Berfikir secara matanglah wahai 9.46 apabila masalah dalam negara lebih besar dihadapi rakyat daripada melabur negara besar, umpama memberi makan seekor gajah yg sudah kenyang.

      Jika negara amerika perlukan pelaburan dari malaysia, kenapa DOJ mahu pulangkan harta dan aset dirompak disamun kepunyaan 1mdb kepada malaysia?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com