innity

pages

Wednesday, September 13, 2017

Patut Tarik Pelaburan Asing, BUKAN Guna Duit KWSP Bantu Ekonomi Kuasa Besar



 
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion atau RM100 billion) di Amerika Syarikat.

Azmin mempersoalkan pelaburan yang kononnya untuk "mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat" tatkala ekonomi negara sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia.

Jelasnya, Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang negara keluar dari negara ini.

Azmin berkata adalah sukar dipercayai bahawa KWSP, mengikut Najib, akan membelanjakan antara 3 bilion hingga 4 bilion US Dolar ke atas pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.

Tanya Azmin, adakah Perdana Menteri cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa membantu Amerika Syarikat membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air.

Menurut Azmin, wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

3 comments:

  1. Selagi kita tidak mengubah pentadbiran kerajaan pusat sedia ada selagi itulah rompakan dan strategi perancangan yg salah berterusan akan berlaku dinegara ini.

    Apabila kepentingan dan hal ehwal kebajikan rakyat sepatutnya diutamakan, najib memilih untuk melabur menggunakkan wang rakyat dan membeli kapalterbang di amerika.

    Disaat rakyat di himpit dengan pelbagai kesusahan seperti gst, barang naik, petrol naik sehinggakan kertas a4 murid perlu bawa ke sekolah.

    Najib menambahkan lagi beban sedia ada di bahu masyarakat dan rakyat negara.

    Tidak cukup dengan rundingan berat sebelah menguntungkan negara china, Najib bawa masuk lagi satu bala dari negara amerika.

    Tidak ada satu pun pentadbiran najib membawa kebaikan kepada rakyat malaysia.

    Rakyat perlu buat keputusan yg tepat apabila tiba PRU akan datang, samada undi pakatan harapan ataupun umno/PAS.

    Fikirkan masa depan anak2 dan negara wahai pengundi sekalian.

    ReplyDelete
  2. Tk nmpk pulak rosmah kat Amerika tu....

    ReplyDelete
  3. Najib semakin lama semakin rakus guna dana awam rakyat Malaysia utk kepentingan beliau.....pelik juga Najib yg kononnya pahlawan bugis jadi lembik bila jumpa pemimpin negara lain baik Singapore, China terbaru US.... setiap perjumpaan ade je MOU yg berat sebelahkan negara asing tu....contoh HSR dgn Singapore, ECRL dgn China, sekarang ni dgn US pulak.... kalau dh tahap x mampu uruskan ekonomi negara, silalah letak jawatan, bg mereka yg berkelayakan, jangan sbb kepentingan diri, habis satu Malaysia jadi mangsa!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com