innity

pages

Thursday, September 7, 2017

[PAS=BN] Mengundi PAS sama macam mengundi BN, Dr M jawab PAS

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seorang pemimpin PAS semalam yang menyifatkan satu undi kepada Pakatan Harapan seperti satu undi kepada DAP.
Sebaliknya, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata memberi undi kepada PAS sebenarnya memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Undi kepada PAS sama dengan undi kepada BN sama juga,” kata bekas perdana menteri itu kepada wartawan ketika menghadiri prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) di Istana Kehakiman di sini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata mengundi untuk PH sama seperti memberikan undi kepada DAP, yang menurutnya dibayangi “evangelis Kristian” yang mahu menawan negara ini.
“Tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu,” kata Khalil.
Kenyataan itu di sebalik perdebatan di kalangan beberapa pemimpin PKR sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PAS, sesuatu yang ditentang keras oleh Dr Mahathir. - FMT

5 comments:

  1. Lebeh selamat beri undi kepada PAS hujung2 pun melayu Islam dari kasi undi kepada HP belum tentu nya selamat.Apa jadi di Pineng,Selangor tak ada rasuah ka?.Apa Tun M tu parti wali ka? dah tua maseh lagi banyak chakap bohong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan saja hang punya komen bodoh tu.

      Delete
    2. DULU SIBUK DOK KATA ORANG NI KAFIR TAPI LA NI,PUSING KATA ORANG NI X KAFIR PLAK.ITU BUKAN CAKAP BOHONG KE?

      Delete
    3. undi kpd parti yg jual agama utk kelangsungan politiknya lg selamat? kot mana hg belajaq?

      tak payah la nak pusing ckp nak ckp tun tu wali ka dak..masalah polok org PAS sendiri yg kerja dgn DAP selama 2 pilihanraya..time tu karpal singh mmg dah ckp takkan benarkan hudud dilaksanakan..over my dead body -> exact word of karpal..tp awat diaorg still kerjasama dgn DAP? 2 penggal pulak tu..awat skrg baru nak ckp DAP tu avengelist kristian la..nak jatuhkan Islam la..awat time tu tak ckp pon???

      piraahhh..apa yg selamatnya kalau undi org mcm ni??mana akhlak islam hg?

      Delete
    4. Bagusla bila Tun sudah beranggapan begitu sebab setidak tidaknya kita sudah tahu bahawa 2 kumpulan bangsa Melayu yang dahulunya berpecah dan memutuskan silaturrahim kini sudah berbaik semula. Penyatuan ini pasti akan mengerunkan orang bukan Islam yang memang anti kepada ajaran Islam.

      Mereka telah menjadi berani untuk kurang ajar mencaci maki ajaran Islam sebab umat Islam berpecah belah. Sekarang orang Melayu Islam sudah sedar betapa pentingnya mengikuti Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW, Alhamdulillah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com