innity

pages

Monday, September 11, 2017

[MUSUH DALAM SELIMUT] PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan Amanah selepas gesaan perwakilan Amanah Selangor baru-baru ini untuk mengkaji semula penyertaan PAS daam pentadbiran negeri.

“Saya telah berbincang dengan jawatankuasa kepimpinan parti, mereka akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman,” kata Azmin yang juga pengerusi PH Selangor itu.

Menurutnya, beliau menunggu kenyataan pimpinan Amanah pusat berhubung perkara itu.

Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.

Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu, berkata ia sejajar dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah.

Anuar berkata usul itu kerana PAS bukan lagi dalam pakatan pembangkang selepas pemansuhan Pakatan Rakyat.
PAS memutuskan kerjasama politik selepas PR runtuh pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud.
Gabungan itu digantikan PH yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.
Begitu juga di Kelantan, ahli PKR masih lagi memegang jawatan dalam kerajaan negeri.
Azmin pernah berkata PR masih wujud dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Rabu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata tiada arahan daripada pusat untuk menamatkan rundingan dengan PKR.
“PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Yunus.
Gabungan pembangkang mentadbir Selangor sejak 2008. 
PAS ketika ini mempunyai 13 Adun di Dewan Negeri Selangor, 3 exco di majlis mesyuarat kerajaan negeri, seorang timbalan speaker dan ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. - FMT

2 comments:

  1. Mandat rakyat hanya memilih calon PAS itu diatas dasar mereka adalah dari parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya mandat untuk melantik mereka menjadi EXCO Semenjak bila dan di manakah terdapatnya undian rakyat yang memberi mandat kepada mana-mana ADUN untuk dilantik menjadi EXCO, ahli majlis mesyuarat dan sebagainya itu?

    ReplyDelete
  2. kacang putih jek... azmin sack exco2 pas, ganti org pas dlm glc selangor. esok lusa diorg akan lompat parti. diorg pun manusia biasa, org pas bukan wali. diorg pun mau gaji mau makan. itu pasal diorg still pegang jawatan dlm selangor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com