innity

pages

Monday, September 4, 2017

Murahnya Maruah Melayu dimata UMNO, Nak Beli Ikan Kembung Sekilo TAK LEPAS

Nilai maruah Melayu hanya beberapa ringgit


SEMUA bangsa mengaku ia bermaruah. Begitu jugalah dengan Melayu.

Malah kalau kita dengar ketua-ketua Umno bercakap, jalan ceritanya amat menakutkan - Melayu akan hilang maruah dan jadi bangsat kalau parti mereka kalah pilihan raya.

Tetapi berapakah nilai maruah dan kebumiputeraan Melayu?

Jawapan yang sepatutnya ialah “tidak ternilai” (priceless). Maruah dan kebumiputeraan Melayu tidak boleh atau tidak akan dijual beli.

Tetapi ketua-ketua Umno dan konspirator bukan Melayu mereka dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP telah meletakkan tanda harga kepada maruah dan kebumiputeraan Melayu dalam  beberapa bentuk.

Ikut nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), harganya di antara RM450 hingga RM1,200 satu kepala setahun. Bagi yang tertinggi, jumlahnya RM100 sebulan atau bersamaan RM3.33 sehari.

Kalau di Lembah Klang, ikut harga runcit Fama, bolehlah beli dalam 800 gram kangkung dan 500 gram daging ayam.

Tapi ikan kembung nampaknya tak mampu. Kalau harga RM20 sekilo, bolehlah beli hanya 166.5 gram sehari.

Itu nilai maruah dan kebumiputeraan orang Melayu ikut ukuran BR1M yang kononnya dicadangkan oleh Bank Negara.

Tapi sekarang ada satu lagi ukuran iaitu penanak nasi (rice cooker).

Hal ini menjadi tular dalam media sosial apabila tiga orang ketua Umno Perlis – (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk) Zahidi Zainul Abidin dan (Datuk) Rozabil Abdul Rahman – dikenakan saman oleh seorang peniaga kelengkapan elektrik, Florence Lee Jye Wen, atas tuduhan mungkir janji.


Lee mendakwa tiga watak itu membuat tempahan dengannya bagi membeli 60,000 unit penanak nasi elektrik ukuran 1.8 liter dengan logo “DSSK” dicetak di atasnya.

Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut di sini. Mohon maaf pautan dalam bahasa Inggeris. Tak jumpa berita dalam bahasa Melayu.

Kalau ikut butir dakwaan wanita Cina itu, harga maruah dan kebumiputeraan Melayu hanyalah RM74. Itulah harga seunit penanak nasi tersebut.

Itu pun untuk tempoh empat atau lima apabila berlaku pilihan raya umum (PRU).

Tetapi oleh kerana Melayu yang hendak dipertahankan maruah dan kebumiputeraannya oleh Umno itu banyak yang miskin, melarat dan diperbodohkan oleh media terkongkong, maka mereka gembira menerima dedak dan serdak ekonomi yang kononnya pesat terkembang itu.

Realitinya rakyat jelata semua peringkat tidak sesenang dulu lagi, kecuali kucing-kucing gemuk dan anjing-anjing atasan. Rujukan kepada kucing dan anjing itu adalah daripada ungkapan Inggeris "fat cats" dan "top dogs".

Maka tidak hairanlah kalau dalam ibadah korban tahun ini, bilangan haiwan korban berkurangan tapi bilangan fakir miskin yang mendaftar untuk dapat habuan meningkat.

Wallahuaklam.

2 comments:

  1. Melihat gambar najib memberi wang memperlihatkan, benarlah konsep cash is king yg diamalkan najib.

    Jika najib ingin menolong golongan susah bukan begini caranya, sebaliknya berilah joran untuk membantu orang2 kampung.

    Agama menyuruh kita berusaha dan bukan bantuan wang tunai kecuali kepada golongan asnaf dan yatim piatu.

    Sebaliknya najib menabur br1m kepada 7 juta penerima dan tidak memberi apa2 faedah, sumbangan jangka panjang dan tidak memberi masa depan yg lebih baik.

    Begitu jugalah pelbagai habuan diberikan kepada pengundi PRK sg besar dan k.kangsar. Terbaru rakyat negeri perlis disajikan dengan habuan periuk nasi.

    Inilah cara najib, tidak memberi sebarang manafaat jangka panjang kepada rakyat.Jika dibandingkan dengan Tun, pelbagai kaedah, program, latihan, pelajaran dan bantuan kewangan diperkenalkan untuk memperkasakan kaum bumiputra dengan tujuan berdikari, berdiri atas kaki sendiri.

    Islam sendiri membenci pelbagai habuan dihulur, digula gulakan hanya apabila menjelang Pilihan Raya.

    Kepada pengundi PRU, ambil, terima dan ucapkan terimakasih, anda tidak berhutang satu sen pun dengan umno najib dan bn, kerana habuan diberikan asalnya datang dari Tuan2 sekalian.

    Tiba waktu mengundi, pangkah hanya untuk Pakatan Harapan kerana tujuan kita adalah demi menyelamatkan negara dan demi masa depan anak2 kita.

    Pentadbiran najib ini merompak, menyamun,menyeleweng,salahgunakuasa, melakukan penipuan bersiri dan sudah terlalu korup!

    Ya Allah selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete
  2. Tn Admin

    Cerita priok nasi ini bukan cerita baru . Pada PRU yang lepas , MB N9 bersama Mr. Fantastic , KJ telah pun menghadiahkan periok nasi dan juga mesin pengisar kepada para penduduk N9.

    Berkenaan dengan BRIM . Betulkah agihan antara 450 ringgit ke 1200 ringgit itu untuk satu kepala , bukannya satu isi rumah ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com