innity

pages

Tuesday, September 26, 2017

Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz

Mahfuz berkata walau dipinggirkan parti namun perjuangan terhadap rakyat dan negara mengatasi segalanya. ― Foto oleh Yusof Mat Isa
ALOR SETAR, 1 Mei — Datuk Mahfuz Omar kecewa dengan keputusan muktamar PAS kali ini apabila mengambil keputusan "berpisah" dengan PKR.
Bekas naib presiden PAS itu berkata perwakilan gagal memulihkan imej parti di kalangan pengundi Islam dan juga bukan Islam.
"Imej PAS telah tercalar. Sejak dari mula muktamar hingga penuh, makin keruh keadaan apabila dibuat usul putus hubungan dengan PKR," katanya.
Mahfuz, wakil rakyat PAS yang semakin tersisih daripada parti itu atas sikapnya yang propakatan pembangkang, tidak yakin parti mampu menang jika sendirian.
"Melayu mana yang hendak sokong PAS? Orang-orang bekas ahli PAS pun sudah beralih arah kepada Parti Amanah, Parti Pribumi Bersatu dan PKR.
"Kalau kita harap undi [penyokong] Umno dahulu akan sokong PAS, tetapi mereka dah sokong Bersatu. Melayu mana lagi hendak undi PAS," katanya.
Mahfuz bagaimanapun menyatakan kesetiaan kepada parti itu walau tidak dijemput menghadiri muktamar, lapor mStar Online.
Tambahnya, walau dipinggirkan PAS, perjuangannya untuk rakyat dan negara mengatasi segalanya.
"Bagi saya, kedudukan [dalam parti] tidak penting tetapi yang lebih penting adalah rakyat dan negara," katanya.
"Tidak salah bagi ahli mendukung dan menyokong blok pakatan demi menolak Umno tanpa perlu keluar parti."

- themalaymailonline, 
May 1, 2017

5 comments:

  1. Mahfuz nak tau melayu mana yg nak sokong PAS, tengok la PRU pokok sena. Jadilah calon kat sana. Melayu yg faham asas asas berpolitik cara matang dan ikut jaluran syariat Allah.

    ReplyDelete
  2. Budak mahpos ni dah sewel... duk lam PAS makan berak kencing lam PAS bole tibai PAS balik... kikiki..
    Mme next election jadi calon bebas ler... kikiki.. sah tak jadi calon PAS.... PAN pun silap ari bolan pun tak mahu .... gara2 baiah talak 3.... skg gilo meroyan...kikikiki...bodosss

    ReplyDelete
  3. Patut Tanya, Melayu mana nak sokong mahfuf lagi... 'Hang pi mana, pi mana, pi mana... Masa banjir....'

    ReplyDelete
  4. PAS kini sudah tidak relevan lagi dalam arena politik Malaysia, boleh blah!

    ReplyDelete
  5. Aku rase pas makin ok semenjak putus dgn dap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com