innity

pages

Tuesday, September 12, 2017

[KAFIR BN WARNING] PAS Perlu Gugur Agenda Hudud Sebelum Sertai BN - Tiong Lai


Perkara berhubung PAS dibenarkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) perlu dibawa ke mesyuarat bersama semua parti komponen, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Anda tahu pendirian MCA. Kita sudah pasti membantahnya semasa mesyuarat itu - melainkan mereka menggugurkan agenda hudud," kata presiden MCA pada satu forum 'Meningkatkan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Melalui Malaysia' pada Selasa.

Tiong Lai berkata demikian sebagai merujuk Umno yang ketika ini sedang bekerjasama dengan PAS dalam mempromosikan pendidikan Islam sederhana, sambil menambah bahawa MCA tidak akan campur tangan dengan hal dalaman pentadbiran parti itu.

"Jika mereka (PAS) mahu masuk Barisan, ia merupakan hal lain. Kita tidak sepatutnya mencampurkan dua isu ini," katanya.

Mengakui bahawa MCA "berwaspada" selepas menerima berita mengenai kolaborasi antara Umno dan PAS, Tiong Lai berkata, ia akan terus memantau "perkembangan lanjut".

Terdahulu dilaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 minggu lalu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

- mstar.com.my

6 comments:

  1. patut le Pas dah tak bercakap pasal hudud dah sekarang, negara Islam pon dah tak wujud dalam Quran, aduiii
    Dulu Ibrahim Libya sanggup 'mati syahid' demi menegakkan negara Islam, lawan perlembagaan kafir (perlembagaan persekutuan) aduii

    ReplyDelete
  2. setakat budak2 hingus pas yg muda2 ni tak yah sembang le, kami otai2 ni lalu bersama pas,

    ReplyDelete
  3. syariat islam ke syariat pencuri...

    ReplyDelete
  4. Eloklah kalau MCA, gerakan keluar Barisan, ada pun tak menambahkan undi memandangkan majoriti org cina sekarang adalah penyokong kuat dap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com