innity

pages

Thursday, September 7, 2017

[ISU JUDI] Pemimpin cawangan Umno 'sekolahkan' Jamal


Seorang pemimpin akar umbi Umno menyelar tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berterusan menyalahkan kerajaan Selangor dalam isu pusat judi.
Menurut Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, beliau meminta Jamal menggunakan akal dan menjadi lebih bijak sekiranya mahu menyerang kerajaan Selangor.
Ini kerana, kata Syed Rosli, tindakan Jamal yang menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan lambakan pusat judi di Selangor tidak adil dan tidak tepat.
Jelasnya, untuk melakukan serbuan terhadap sesebuah premis judi ia perlu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya PBT.
"Jikalau hendak menyerang kerajaan negeri Selangor gunalah akal dan lebih bijak.
"Premis judi tanpa lesen yang beroperasi ini sebenarnya tidak pernah diberikan lesen oleh mana-mana pihak pun. Kebanyakan premis judi ini beroperasi secara haram.
"Pihak PBT tidak mempunyai kuasa seorang diri dalam pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga atau pun kafe siber, pihak polis juga ada di dalam jawatankuasa kelulusan lesen.
"Ini kerana pihak PDRM juga mahu memantau premis hiburan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Syed Rosli memberitahu, kuasa untuk memantau atau menyerbu premis berkenaan bukan ada pada PBT sebaliknya hanya PDRM sahaja yang boleh lakukan serbuan, siasatan dan tindakan di bawah Akta Polis.
Semalam, Jamal yang terkenal dengan pelbagai gimiknya memecahkan meja dalam sidang mediaantijudi di Ampang.
Selepas membuat sidang media, ketua Umno Sungai Besar itu kemudian bangun, mengambil tukul besar dan menghentak meja di hadapannya beberapa kali sehingga pecah dan patah.
Sebelum memecahkan meja, Jamal sempat memberitahu media bahawa tindakannya memecahkan meja berkenaan sebagai simbolik ke atas kedai-kedai judi yang ada di Selangor. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com