innity

pages

Monday, September 11, 2017

[HIMPUNAN SAYANGI M'SIA] 100,000 akan sertai demo anti kleptokrat, sasar HARAPAN



Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung 14 Oktober depan.

Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, berkata himpunan itu terbuka kepada semua rakyat dengan memilih baju merah sebagai warna tema.

“Setakat ini terbuka kepada sekalian rakyat tak kira atas apa parti kita rakyat yakin hadir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, himpunan berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.

Himpunan itu akan berlangsung di Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam. - MK

4 comments:

  1. Tumpang lalu Tuan:

    RM60 kalau disimpan tidak akan jadi kaya.
    Kalau dilabur, tidak mungkin rugi.
    Kalau diwakafkan lagilah banyak hasilnya.

    Sila layari:

    Wakaf RM60


    ReplyDelete
    Replies
    1. Program 60 bersifat piramid..berhati hati

      Tiada jaminan pdndapatan seperti yang dijanjikan, menguntungkan org atas..

      Berbeza dengan multilevel, walau piramid tetapi orang bawah boleh dapat income lebih dari orang atas jika usahanya lebih, tetapi TIDAK dalam program 60

      Delete
  2. Anggap je 7 orang dari keluarga saya hadir dalam himpunan itu. Saya dan keluarga tidak dapat hadir kerana outstation aras urusan kerja yg penting pada tarikh tersebut.

    Dan jangan risau. Undi kami akan beralih kepada PH next GE. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. salute lu bro!terbaeks..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com