innity

pages

Sunday, September 10, 2017

'HARAPAN bakal tawan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, Kerajaan Negeri Johor dan Melaka'


Dengan spekulasi pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) semakin dekat, pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang menggariskan tiga matlamat beliau buat gabungan pembangkang Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Saya ada tiga matlamat peribadi dalam PRU14 iaitu bagi HARAPAN menguasai Putrajaya, Johor dan Melaka," kata Lim dalam ceramah di sebuah kedai kopi di Melaka pagi tadi.
Lim turut mengenang apabila beliau meninggalkan negeri itu untuk bertanding parlimen Tanjong, sasaran DAP hanyalah mencuba untuk menawan kerajaan Pulau Pinang.
"Ia merupakan cita-cita politik paling besar DAP tiga dekad lalu
"Tapi kami tidak berjaya menawan kerajaan negeri Pulau Pinang pada pilihan raya 1990 dan 1995, walaupun kami menyediakan asas kemenangan DAP pada pilihan raya 2008 dan 2013," kata beliau.
Hanya sepuluh tahun lalu, kata Lim adalah mustahil untuk membayangkan Umno dan Barisan Nasional dapat ditumbangkan semasa pilihan raya.
"Namun terdapat perubahan dalam landskap politik di Malaysia dan kami mensasarkan bukan hanya untuk perubahan kerajaan persekutuan di Putrajaya tetapi juga bercakap tentang perubahan kerajaan di beberapa negeri," tegas beliau.
Parlimen ke 13 ini akan dibubarkan secara automatik pada 24 Jun tahun hadapan tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih berteka tekiberhubung tarikh PRU14.
Beliau berkata pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

3 comments:

  1. Sembang kencang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar sembang kencang daripada rembat duit laju..

      Delete
  2. Matlamat adalah satu, tumbangkan kerajaan umno najib yg penuh dengan korup sehingga menyebabkan rakyat odianaiya.

    4 golongan melayu dan bumiputra perlu diberi perhatian jika pakatan harapan ingin menang iaitu golongan belia, peneroka felda, kakitangan kerajaan
    dan golongan pesara.

    Menangkan hati mereka, insya Allah kemenangan itu bakal tercapai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com