innity

pages

Sunday, September 10, 2017

[HANYA MAHU GAMBAR BERBAJU LOKAP UNTUK DISALAHKAN] RCI ditubuhkan Bukan Untuk KEBENARAN




 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ketika ini bukanlah mencari kebenaran sebaliknya mempunyai matlamat lain.
Kata bekas perdana menteri itu jika ada sesuatu laporan polis dibuat ke atas anggota atau penyokong pembangkang, polis akan menjalankan siasatan dengan segera, malah menubuhkan RCI dengan tergesa-gesa.
"Tetapi sebenarnya bukanlah kebenaran dikejar, tetapi gambar (seseorang) memakai pakaian lokap yang diutamakan," katanya di Muar, Johor malam tadi.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berucap di depan kira-kira 2,500 orang penyokong yang menghadiri majis sambutan ulang tahun pertama parti berkenaan.
Johor dianggap satu daripada negeri yang berpotensi menyediakan tapak kepada pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), terutama dengan pembabitan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden BERSATU.
Muhyiddin juga adalah bekas menteri besar Johor.
Turut hadir di majlis itu beberapa pemimpin kanan HARAPAN.
Hilang dari muka bumi
Kata Dr Mahathir dengan langkah itu rakyat ditakutkan walaupun mereka tidak bersalah.
Pada masa sama katanya isu yang yang sudah diselesaikan berpulih-puluh tahun lalu diungkit dan "dikorek" semula.
"Sebaliknya jenayah yang dilakukan sekarang bebas daripada siasatan, bahkan (dilindungi) daripada perbincangan secara terbuka," katanya.
Sebuah RCI kini sedang mengendalikan siasatan isu kerugian Bank Negara daripada aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) yang berlaku pada akhir 1980-an hingga awal 1990-an.
Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika aktviti forex itu berlaku, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan.
Sementara itu dalam ucapan sama Dr Mahathir juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memusnahkan "nilai-nilai mulia" di negara ini dengan falsafah "cash is king" - suatu dakwaan yang berulang kali disebut beliau sebelum ini.
Dengan keadaan itu katanya ada kemungkinan negara ini akan dijajah semula dengan keadaan begitu.
"Akan hilanglah Malaysia dari muka bumi ini jika Najib menang pilihan raya umum ke-14 dan terus menjadi perdana menteri.
"Mungkin (Najib) menjadi perdana menteri boneka yang bergerak dan bertutur kata mengikut kehendak dalangnya," kata Dr Mahathir. 
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut kenyataan tersebut. - MK

8 comments:

  1. Suma muka yg hadir otai kerepot... yg dulu masa 22 tahun brrada dlm umno muka muja kaw tim rasuah.. skg dah muka muka kerepot kaki sakau dah berambus brrsama tua renta haramjadah... alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa mencerminkan bangsa.
      Kenapa perlu ada maki hamun?
      Biar apa pun pegangan agama dan fahaman politik.
      Berbicaralah dgn bahasa yg sopan agar pembaca dapat menilai kebenaran.
      Jika pembuka kata dipenuhi maki hamun, masyarakat akan menilai diri kamu dan bukannya penulisan kamu.

      Delete
    2. Macai 12.16,
      Yang dalam umno-no dan pas pis pus itu muda belia belaka ke?


      Delete
    3. caci orang... pastu ending dgn alhamdulillah... bongok dah tu betullah tdm kata nilai2 mulia hilang...

      Delete
  2. Apasal susah hati kee? .klau muda pun nk buat apa bodo .pencuri pun gi bela

    ReplyDelete
  3. Orang muda memang tak datang.
    Mereka cuma mengundi je bila sampai masanya.
    Yang penting, mesej yang nak disampaikan tersebar luas di WASSAP-WASSAP.

    ReplyDelete
  4. 1. Mengakhiri maki hamun dgn zikrullah....????
    2. Lebih mulia tua kerepot yg mahu memperbaiki kerosakan dari muda remaja yg berterusan melakukan kerosakan..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya yg tua kerepok ni lah fix deposit umno BN yg buat BN memang pada pilihan raya 13..kerana yg tua kereput ni lah akar umbi sejati umno.. tapi sekarang akar umbi yg tidak didendang olh umno ini telah lari dari dari umno.. org lama dalam umno tentu sudah faham tentang gerakan ini dan apa akan berlaku pd PRU14. Tiba masa cash is king tidak akan ada nilai .. sama sama kita saksi kan ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com