innity

pages

Sunday, September 10, 2017

FAHAMAN CELAKA Pemimpin Agama, Pertahan Rasuah dan Penyelewengan UMNO BN




Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu membidas sikap sesetengah pemimpin Islam yang menyokong BN serta menghalalkan rasuah yang berlaku sehingga tugas memeranginya diambil DAP. “Saya tak faham kenapa pemimpin agama yang pergi pertahankan Umno BN, ini fahaman celaka yang masuk dalam pemikiran, sedangkan rasuah dan penyelewengan tak boleh ditolak ansur oleh orang Islam. “Kenapa DAP pula jadi juara dalam hal melawan rasuah, sepatutnya orang Islam, kerana kita diajar bahawa pemberi dan penerima rasuah masuk neraka,” kata Mohamad dalam ucapannya ketika Konvensyen AMANAH Selangor di Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini. Mohamad yang tidak menamakan pemimpin Islam tersebut berkata, individu berkenaan juga sanggup mencari ayat-ayat dari al-Quran bagi menukar maksud rasuah kepada habuan. Mohamad berkata, AMANAH komited mendidik masyarakat bahawa rasuah adalah perkara yang dilarang, malah parti itu telah bersiap sedia dijatuhkan sekiranya terlibat dengan penyelewengan tersebut.

3 comments:

  1. Dalam politic mana ada pemimpin agama.. kita perlu kan pemimpin yg berlandas kan agama dan mengikut saluran agama.. cuba kita tengok pemimpin agama yg berada dalam politik tak kira lah dari parti mana.. hampir semuanya mengunakan kan agama sebagai modal politik.. terutama PAS dan sedikit dari umno..
    Mustahil pagi mereka untuk menyerang rasuah.. mungkin mereka akan menyerang jika rasuah jika rasuah itu tidak memehak pada mereka atau pasti mereka..
    Kita perlu cari pemimpin yg amanah wlpun bukan dari kelumpuk pemimpin agama.. kerana jika kita dapat pemimpin yg amana insyaallah fair urus Negara akan berada pd landasan yg betul dan sedara langsung akan mengikut suruhan agama..
    DAP sebenarnya tidak menyerang rasuah tapi rasuah adalah satu satunya senjata yg mereka ada untuk menyerang melayu.. DAP sebenarnya menyerang pentabiran melayu yg lemah di samping cuba mendapat kan hak sama rata di antara kaum.. mungkin mereka ada Alasan..mereka juga pembayar cukai yg besar.. mereka tidak di nafikan rajin dan kuat bekerja..
    Tidak salah jika DAP mempunyai kita kita untuk memerintah kerana mereka juga melibat kelemahan dan kepincangan pentabiran melayu yg penuh dgn rasuah dan pembaziran..
    Kita perlu kan DAP dalam pentabiran supaya boleh ada check and balance dan kita juga harus berlaku adil pada kaum lain disamping tidak mengabai kan hak bumiputra dan agama Islam..
    Amanah dan Bersatu harus disatukan menjadi satu parti dan DAP di biarkan menjaga kepentingan cina. PKR di beri pada bansa bangsa lain terutama india. Insyaallah jika ini berlaku kita akan dapat mentabir negara dalam keadaan sempurna.. mungkin ini yg sedang di cadangkan olh TunM... fikirkan

    ReplyDelete
  2. Ini org cakap je berdegar degar. Dulu kena tangkap khalwat dgn bini org. Memang tak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dosa org tak kekal selamanya lepas dia taubat..hatta pelacur bg air kat anjing pon masuk syurga lepas dia taubat..

      tgk diri sendiri jgn nak tgk buruk peribadi org..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com