innity

pages

Thursday, September 7, 2017

Dr Mahathir TIDAK PERNAH JEJAK KAKI ke bilik urus niaga forex di London


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke bilik urus niaga tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM), kata seorang bekas pedagang Forex dengan bank pusat itu.
Azman Mat Ali yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian dalam perdagangan forex BNM hari ini berkata, kebanyakan pedagang biasanya kurang bersosial dengan orang luar.
Azman berkata demikian ketika ditanya anggota RCI Saw Choo Boon sama ada beliau menerima kunjungan daripada mana-mana VIP atau perdana menteri ketika terlibat dalam urus niaga forex di sana.
"Saya tidak ingat apa-apa kunjungan," katanya yang menjadi pedagang forex bank negara sejak 1988 hingga 1998.
Beliau kemudian disoal peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla sama ada pengerusi Pakatan Harapan itu pernah memasuki bilik urus niaga.
"(Beliau) tidak pernah, saya pasti," katanya. - MK

3 comments:

  1. Memang la x masuk. Tapi dia ada remote controlnya Chief Dealer. (Lu tahu Gua pun tahu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eleh..lu pulak pandai tuduh org remote control pulak..lu pon blom lahir lg bai time kes ni berlaku..

      kalau baru setahun jagung, duduk diam2 laaa...pegi masuk dlm itu court dgr RCI bersidang..baru lu tau apa yg sebenar berlaku

      yg duit KBS kena songlap tu, duit jabatan air sabah kena balun berjuta tu, dan paling byk sekaliiiiii duit 1MDB tu sapa pulak yg remote control nya pulak?kih..kih..kih..

      Delete
    2. Pi duduk diam2. I am older than you. Lahir sebelum merdeka lagi tau. Kau tahu apa. Apa kena duit KBS dengan kes RCI ni. Lesap 30 bilion begitu aja. Guna nama sendiri pun takut.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com