innity

pages

Friday, September 8, 2017

[CINTA TERLARANG] Nikah atau Tidak, Tak Penting Buat UMNO, Nikmat Telah Mendapat


Tiada siapa yang arif politik, boleh menafikan perubahan gaya berpolitik PAS pada hari ini. Lebih-lebih lagi apabila perubahan itu dicanang oleh PAS sendiri. Matang dan sejahtera.
Perubahan itu dihebahkan sebagai ke arah menghayati ukhuwwah Islamiah umat Islam, demi kebaikan dan bukan bermatlamat politik. Itu kata dulu-dulu.
Sebagai parti politik, apakah PAS langsung tidak meneliti posisi dan pulangan politiknya ketika mula bersalam dan berlaga pipi kanan dan kiri dengan Umno?
Jika PAS masih mahu mendakwa silaturrahimnya dengan Umno tiada kaitan politik-inilah yang dipercayai oleh pemuda-pemuda PAS - ia adalah antara dua; PAS (pasca 2015) naif berpolitik atau PAS sedang berbohong di siang hari.
Sama ada silaturrahimnya dengan Umno diambil kira atau tidak (gagal berunding), PAS makin terdesak dengan jalan-jalan berliku yang diambilnya.
Cuma ia beruntung kerana ramai pimpinannya di kalangan ustaz-ustaz yang dipercayai anak muda mereka, 'menerima' warkah rabbani dalam parti itu. Keputusan politiknya 'dibimbing' dari langit. Jauh lebih terpimpin.
Justeru anak-anak muda PAS tenang, yakin, wala, sabat, istiqamah dan berterusan dengan tarbiah, tidak akan rebah. Tanpa tarbiah, pasti rebah.
Sedang pemimpin mereka mengakui parti itu boleh rebah hanya dengan berlakunya tiga penjuru di mana-mana tempat ia bertanding. Maka pemimpin PAS mula terdesak berhujah. Sebenarnya terdesak mencipta persepsi kambing hitam.
Label khianat adalah pelan paling awal dalam mencari kambing hitam. AMANAH punca runtuhnya kerajaan Islam Kelantan. Itu canangnya nanti.
'DAP menguasai Pakatan Harapan' adalah hujah yang membawa kepada fasa baharu silaturrahim PAS dan Umno. Untuk kekal memburukkan HARAPAN, DAP dimomokkan dengan sekularisme dan Kristian evangelis. Mesti dijauhi.
Owhh, apa yang berlaku di Selangor adalah pengecualian. Ulama Fiqh memang biasa berbuat demikian. Hukum tidak mutlak. Titik. Jangan membantah.
Akhirnya situasi persenyawaan PAS dan Umno mula selesa. Sama ada perkahwinan itu menjadi kenyataan atau tidak, itu tidak penting bagi Umno. Umno sudah mendapat. Berbaki PAS, tanpa persenyawaan itu, PAS akan mula kehilangan. Cumanya, PAS pemalu. Malu besar.
Apa lagi hujah PAS untuk menghalalkan persenyawaannya nanti? - MK

6 comments:

  1. Bukankah lebih molek PAS menyertai HARAPAN? sejak penubuhan parti PAS, antara matlamat utama mereka adalah menumbangkan parti sekular UMNO, setiap gurkha PAS sudah ditanam dengan doktrin kebencian terhadap umno. malahan terdapat tadika PASTI anak2 yg masih kecil diajar membenci umno.

    Hari ini apa yg sudah terjadi?

    HARAPAN mengajak PAS berkongsi kuasa, sebaliknya PAS dengan angkuh dan bongkaknya mahu membolot kerusi parlimen pada PRU akan datang.

    Arwah tok guru nik aziz pasti sedih melihat keadaan PAS hari ini kerana jika arwah boleh terima Tun jika nak sertai Pas atau parti pembangkang, kenapa PAS hari ini bersikap begitu jumud dan dangkal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik sudah tiada.... PAS adalah parti yang dinamik.....

      Delete
  2. boleh tanya ustaz nasyarudin broker atau orang tengah yg mengendalikan urusan diantara ketua penyamun dan penerima laba habuan hasil rompakan terhadap rakyat.

    Urusan perbankan elektronik dan buku cek pula, pasti boleh "bercakap" jika ingin pengesahan di akhirat.

    ReplyDelete
  3. boleh tanya ustaz nasyarudin broker atau orang tengah yg mengendalikan urusan diantara ketua penyamun dan penerima laba habuan hasil rompakan terhadap rakyat.

    Urusan perbankan elektronik dan buku cek pula, pasti boleh "bercakap" jika ingin pengesahan di akhirat.

    ReplyDelete
  4. Biaq pi la depa nk bergabung, hgpa sakit kat mana.bila pas dgn dap hgpa marah, bila pas dgn umno pun marah, bergabung tu cantik dah sb kukuh sikit org islam dan melayu kat msia ni.pasal depa mentedarah duit biaq depa jwb dgn allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUI..BETUI..HANGPA MEMANG CERIDIK.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com