innity

pages

Friday, September 8, 2017

Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu di Selangor dengan nisbah 4:3:3:2 antara empat parti komponennya.
Empat jawatan diisi oleh pemimpin PKR, manakala pemimpin BERSATU diberikan dua jawatan dalam struktur kepimpinan baru itu.
Azmin melantik empat timbalan pengerusi yang terdiri daripada Tony Pua (DAP), Ir. Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid Asari (BERSATU) dan Sivarasa Rasiah (PKR).
Selain Azmin dan Sivarasa, pemimpin PKR dalam barisan baru itu ialah anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai setiausaha dan ADUN Seri Andalas, Xavier Jeyakumar selaku pengarah pilihan raya.
Sementara itu, speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dari DAP dilantik sebagai bendahari manakala Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebagai pengerusi biro undang-undang.
Dari parti AMANAH, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dilantik sebagai penolong setiausaha dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa manifesto.
Anggota majlis kepimpinan BERSATU, Datuk Dr Sukiman Sarmani pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Barisan kepimpinan baru itu diumumkan selepas mesyuarat antara pemimpin HARAPAN Selangor, awal hari ini.
"Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
"Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," tambah Azmin.
Azmin sebelum ini dikritik sekutu dalam HARAPAN kerana didakwa enggan mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu di peringkat negeri.
Ini kerana PAS masih merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri hasil daripada kerjasama dalam gabungan terdahulu, Pakatan Rakyat.
Imbangan kuasa ini dijangka berubah dalam pilihan raya akan datang apabila PAS memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti-parti HARAPAN. - MK

Berikut adalah senarai Jawatankuasa HARAPAN Selangor:
Pengerusi: YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR)
Timbalan Pengerusi: YB Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid (PPBM), YB Sivarasah Rasiah (PKR)
Setiausaha: YB Zuraidah Kamaruddin (PKR)
Penolong Setiausaha: Kamarul Hisham (AMANAH)
Bendahari: YB Hannah Yeoh (DAP)
Pengarah Pilihanraya: YB Dr Xavier Jayakumar (PKR)
Pengarah Penerangan: Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM)
Pengerusi Manifesto Negeri: YB Saari Sungip (AMANAH)

Pengerusi Biro Guaman: YB Gobind Singh (DAP) 

1 comment:

  1. Terbaik! Pakatan harapan! Kita gembelingkan fokus ke arah PRU! Fokus perlu diberikan kepada kepada ceramah agama disetiap solat jumaat dengan tajuk:

    "HAPUSKAN KLEPTOKRASI! JAUHKAN DIRI KITA DARI ROMPAKAN, PENYAMUNAN KEZALIMAN, DAN PENGANAIYAAN TERHADAP RAKYAT. BUANG PEMIMPIN YG KERAP KALI MELAKUKAN PEMBOHONGAN BERSIRI. TEGAKKAN KEPIMPINAN BERSIH CEKAP AMANAH BERINTIGRITI DAN BERKHIDMAT HANYA UNTUK RAKYAT"

    kerajaan negeri selangor perlu ambil perhatian, seperti sedia maklum, khutbah jumaat disediakan oleh parti PAS yg masih menganggotai kerajaan negeri dan MAIS.

    Parti PAS amat jarang mengeluarkan khutbah seperti tajuk huruf besar diatas dan kenapa?

    Adakah ianya perkara sekumit permasalahan? apabila setiap hari rakyat dizalimi dan dianaiya? adakah hanya kerana hj hadi dan najib razak bercelomot, berpimpin tangan di stadium tasik titiwangsa maka isu masalah rakyat dalam negeri tidak perlu diberi perhatian?

    Jika hj hadi dan najib ikhlas berhubung isu rohinghya, lakukan sepertimana Tun Dr Mahathir lakukan, hantar tentera pengaman, seperti Tun lakukan di Bosnia, sehingga hari ini rakyat Bosnia amat menghargai apa yg telah Tun dan Rakyat Malaysia hulurkan bantuan kepada mereka, kami rakyat turut merasa bangga dan terharu.

    Kerajaan negeri Selangor perlu menggiatkan lagi kempen menyedarkan rakyat melalui khutbah jumaat, lakukan dengan kebih kerap! dan apa yg lebih penting adalah menggantikan parti Pas dengan parti amanah dalam penyediaan khutbah jumaat bersama sama dengan MAIS, strategi perlu diubah semula!

    Ayuh PKR! Ayuh Pakatan! masa semakin tidak mengizinkan, jangan lalai, PAS kelihatan khianat,musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, tidak perlu bercakaran sesama kamu!

    fokus!fokus!fokus! tumbangkan umno najib!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com