innity

pages

Sunday, September 10, 2017

[PAS DALAM SELIMUT PH] Azmin perlu pertimbang kedudukan exco PAS - AMANAH Ampang





Ketua AMANAH Kawasan Ampang Mohd Anuar Mohd Yusof membawa usul supaya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mempertimbangkan kedudukan Exco dari PAS.

Anuar ketika membahaskan usul politik itu berkata, dengan adanya PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor, mereka boleh membantutkan usaha Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Memandangkan tarikh pilihan raya semakin hampir, maka Konvensyen AMANAH Selangor mengusulkan agar Menteri Besar Selangor menimbang semula kedudukan PAS di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

“Ia supaya keberadaan mereka yang terus di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak menjadi seperti duri dalam daging yang boleh mencacatkan usaha-usaha mempertahankan HARAPAN di Negeri Selangor pada PRU14 akan datang,”
katanya.

Anuar berkata demikian ketika membacakan usul itu pada Konvensyen AMANAH Selangor di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Sementara itu, Anuar ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu mengesahkan usul berkenaan telah diluluskan ketika konvensyen dan ia kini dibawa di peringkat negeri.

Ia susulan daripada tindakan Majlis Syura Ulama PAS pada Mei lalu yang memutuskan kerjasama dengan PKR namun PAS Selangor mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor kerana ia merupakan mandat rakyat pada PRU13 lalu.

Tiga exco berkenaan ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.

Yang turut dikekalkan ialah Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

2 comments:

  1. PAN mana penah menang pilihan raya .. suma atas tiket PAS yg dok kalut malut pasai apaa...!!
    Assmin tunggu masa nak oust. ..!!! MB paling singkat di Selangor.....!!

    Tunggu.....

    ReplyDelete
  2. Hang mabuk ketum ker...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com