innity

pages

Wednesday, September 13, 2017

APA JADAH nak bina ECRL Pinjam RM55b, kita pi ‘bantu perkukuh ekonomi AS’


Kenyataan pembukaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perjumpaannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang bidasan dan memberangkan pengkritik di tanah air.
"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.
"Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya pada pertemuan itu di Rumah Putih, Washington DC hari ini.

Antara lain, Najib berkata Malaysia komited untuk membeli 25 Boeing 737 Max 10 dan lapan Boeing 787 Dreamliners.
“Ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.
"Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga itu akan bernilai melebihi AS$10 bilion," katanya.
Najib juga mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$3 hingga 4 bilion sebagai membantu "pembangunan semula infrastruktur di AS."
"Keduanya, kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia.
“Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.
Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang Malaysia membidas ikrar Najib itu di Twitter dan mencadangkan agar perdana menteri memberi tumpuan kepada ekonomi negara sendiri, bukannya membantu negara kuasa ekonomi itu.
Berikut adalah antara tweet itu:


6 comments:

  1. bila org kritik marah..tp inilah kalau salah pilih pemimpin..pandang2lah sama..ramai lg graduan kita yg masih menganggur..wujudlah peluang pekerjaan..rakyat didahulukan ni slogan temberang ameno ja..

    ReplyDelete
  2. Bodoh mukriz neh...... dia ingat semua duat negara nak kena labur beli oampers bapak dia aja ker.... tak boleh labur ke tempat lain. Lahanat pun bekas timbalan UMNO.... patutlah orang UMNO tak.... memang bodoh rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Li rop..kalau komen setakat ckp org lain bodoh itu tandanya org yg komen tu la yg bodoh..

      Patut la P Ramlee ckp alif mim nun wau tu sarkis..kau ni mcm beruk daaa..

      Delete


    2. Apa yang kamu merapu ni Suharli ooiii..
      Macam mabuk ketum je bunyinya.

      Delete
  3. Pelik aku, knp kita pulak yg nk bantu ekonomi AS?kalau nk bodek Trump sekalipun jgn lah melampau sgt. AS tu memang dah kaya,kita je yg miskin...adoii

    ReplyDelete
  4. Hutang negara dah nak cecah 1 trillion!

    Berjuta belia dan graduan universiti tiada pekerjaan.

    Rakyat terus dihimpit kesengsaraan dengan gst, kenaikan harga minyak, harga barang melambung setiap hari, anak2 disuruh bawa kertas a4 ke
    sekolah dan pelbagai kisah menghimpit rakyat.

    Hari ini Najib boleh beli kapalterbang jet?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com