innity

pages

Sunday, September 10, 2017

[AJARAN AYAH DI] Matang & Sejahtera BERSAMA "Perompak" Kleptokrat



Apa sikap dan pemimpin kanan PAS terhadap skandal 1 MDB?
Setahu saya mereka amalkan budaya politik matang dan sejahtera untuk menangani isu ini.
Mula-mula, mereka tidak mahu percaya skandal ini berlaku dan minta penuduh datangkan saksi yang adil, di samping itu kata pula tidak logik Najib masukkan wang itu ke dalam akaun peribadi. Akhirnya mereka terpaksa terima hakikat bahawa skandal ini tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun mereka masih beretorik bahawa tukar kerajaan atau PM tidak akan selesai masalah dan bahawasanya sistem pemerintahan mesti tukar kpd Islam yang mereka anuti barulah boleh selesai masalah.

Ketua mereka pernah nasihat mereka jangan lagi serang UMNO dengan cara maki hamun supaya dapat mendampingi ahli UMNO untuk menang hati mereka.

Dengan DAP dia tidak pula gunapakai formula ini. Mereka tetap menjadikan DAP musuh negara dan musuh Islam nombor 1!
Mereka kemukakan teori KING MAKER, iaitu selepas PRU14 nanti mereka akan sokong pihak yang setuju dgn syarat-syarat yang mereka letak untuk membentuk kerajaan tak kira pihak itu Najib atau Mahathir, UMNO atau PH.
Mereka jadikan diri mereka makhluk ultra suci! Tidak mahu campuri pihak pembangkang melainkan pembangkang sudi menjadikan mereka sebagai ketua.
Allah takdirkan, apabila mereka lihat populariti mereka di kedudukan yang semakin kurang selesa, mereka harap juga ada rundingan dgn pihak PKR untuk elak pertandingan 3 penjuru. Tapi cara mereka mengajak berunding agak kasar, macam cara ugutan samseng!
Mereka umumkan akan bertanding 42 kerusi DUN di Selangor!
Malahan mereka ugut mahu bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dan Kajang untuk menjatuhkan MB Azmin Ali dan Wan Azizah! Begitulah rendah dan kasar diplomasi mereka untuk mengajak PKR untuk berunding selepas mereka sedar jalan di depan mereka semakin sempit dan merbahaya!
Bagaimanapun, akhirnya Allah takdirkan, mereka sedar bahawa pintu rundingan sudah tutup rapat dan mustahil buka untuk mereka!
Di bawah suasana muram ini, Ketua Pemuda PAS membuat serangan putus asa terhadap Pakatan Harapan menggunakan kaedah yg UMNO guna, iaitu membakar sentimen perkauman dan agama! Sekali lagi DAP dijadikan sasaran.

2 comments:

  1. Najib belum dibicarakan jadi masih belum bersalah kan3, kik3

    ReplyDelete
  2. eh, ada yang lagi besar beb. isu forex hilang duit bank negara lebih 30 bilion. kalaulah duit tu tak hilang dan boleh digunakan untuk pembangunan, macam dubai agaknya malaysia ni. tambah lagi duit2 yang digunakan untuk bailout proton, lagi berganda-ganda majunya...hahahaha
    rezeki tak ada beb.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com