innity

pages

Saturday, September 30, 2017

Ahli UMNO 'SERANG" Irmohizam, Pengerusi LKIM, Jamal Mampu Jual Ikan dengan Harga 50% Rendah, Apa LKIM buat



Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk  Seri Jamal Md Yunos mendakwa ada orang tengah berkemungkinan dari parti politik tertentu menjadi punca harga ikan melambung begitu tinggi dan ia sengaja dipolitikkan.
Jamal dakwa ada pihak 'politikkan' harga ikan oleh sinartv

Ahli UMNO menyerang Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan mempersoalkan apakah peranan beliau sebagai Pengerusi LKIM dalam menyekat kegilaan orang tengah yang mengaut untung berlebihan dalam penjualan ikan.

Beliau juga mempersoalkan peranan Penguatkuasa KPDNKK.

"Bila Dato' Sri Jamal boleh membuat jualan ikan kembung dengan harga RM5 sekilo...kita mula terfikir, kenapa harga ikan jenis sama dijual dengan harga RM14 sekilo" soal beliau.

Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami]

[MENGGERUNKAN BN] Video Rakyat Harungi LUMPUR demi PH, Tun M



Pelancaran Pakatan Harapan Johor malam semalam tetap meriah walauapun keadaan sekeliling berlumuran lumpur.

Walaupun tenggelam dalam lumpur , kehadiran tokoh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas memberi impak untuk menarik penyokong yang sanggup bersama memenuhi ruang.

Perasmian Pakatan Harapan Johor dilakukan oleh Pengerusinya, Mahathir dan turut dihadiri sebilangan pemimpin negeri antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang. - MK









[VIDEO] Ceramah PAS 'DISAMBAR PETIR" : Petanda Kemurkaan Allah?



Hujan lebat disusuli kilat disertai detuman kuat guruh menghentikan seketika perhimpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus malam ini (malam semalam).
Kira-kira 10 minit sebelum jam 11 malam, tiba giliran Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan ucapan.
Ketika menyampaikan ceramahnya, Mohd Nassuruddin yang juga exco Kelantan terganggu apabila bekalan elektrik terputus.
Digelar sebagai "singa PAS" oleh pengerusi majlis, Mohd Nassuruddin sedang menjawab dakwaan dibuat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.
Kata Mohd Nassuruddin PAS "tidak sepatah pun" membincangkan kerjasama dengan BN.
Dia (Husam) kata PAS berbincang nak berpakat dengan Umno, nak masuk BN, padahal dalam program (berkenaan) sepatah pun tak bincang hal berpakat dengan Umno," katanya.
Gangguan mula terasa selepas angin kencang bertiup bersama hujan serta kilat dan guruh.
Selepas guruh berdentum kuat suasana menjadi gelap gelita apabila bekalan elektrik terputus.
Dalam kelam-kabut itu dapat didengar kanak-kanak menjerit menjerit dipercayai kerana terkejut.
Bagaimanapun keadaan kembali dapat dipulihkan kira-kira 10 minit kemudian.
Mohd Nassuruddin kemudian mengetuai bacaan doa meminta perlindungan daripada malapetaka selepas itu.
Sebelum ini Husam - yang kini menjadi Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa ada cubaan membawa PAS bekerjasama secara rasmi dengan Umno.
Bagaimanapun usaha itu terhalang oleh tentangan salah seorang panel penasihat PAS.
Pada 26 September lalu Malaysiakini melaporkan Husam sebagai berkata wujud perbincangan mengenai langkah PAS menghadapi pilihan raya umum ke-14 ketika pemimpin kanan parti itu mengadakan pemukiman di Pulau Pangkor, Perak.
Namun, kata Husam, cadangan kerjasama itu mendapat bantahan daripada panel penasihat PAS dan ia dinyatakan melalui sepucuk surat ditulis bekas pemimpin kanan parti itu kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - MK

CEO baharu Proton tragedi kepada negara


Pelantikan Li Chunrong dari negara komunis China sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton yang baharu, merupakan satu tragedi kepada aset negara.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pelantikan itu adalah satu lagi penghinaan kepada anak Malaysia kerana seolah-olah menggambarkan tidak ada individu daripada kalangan rakyat negara ini yang layak memegang jawatan itu sehingga dengan sewenang-wenangnya menyerahkan tanggungjawab kepada warga asing.
“Aset negara yang besar kini akan ditentukan oleh orang asing yang tidak ada kepentingan kepada negara. Jadi isu kepentingan Melayu dan Bumiputera pasti akan terpinggir.
“Ramai pengusaha-pengusaha Melayu yang menjadi vendor Proton selama ini akan berkubur,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melantik Chunrong sebagai CEO Proton berkuat kuasa esoki mengantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali.
Lantikan itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar dalam sidang akhbar Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, meskipun beliau tidak menentang pelaburan langsung asing (FDI), namun penguasaan China ini membuktikan kerajaan tidak dapat menentukan syarat-syarat pelaburan asing yang boleh melindungi kepentingan rakyat sendiri.
“Walaupun kerajaan masih menguasai peratusan majoriti tapi kita tidak yakin ia dapat menghalang pihak pengurusan baru menukar polisi-polisi yang mengetepikan kepentingan rakyat Malaysia,” keluhnya.
DRB-Hicom memegang 50.1 peratus pegangan dalam Proton, yang juga memegang 100 peratus pegangan dalam PONSB, yang bertanggungjawab dalam pengeluaran utama, operasi, pembuatan dan pemasaran kumpulan automotif itu.
Manakala 49.9 peratus daripada pegangan di dalam Proton telah dijual kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd. - ismaweb

(MENGGERUNKAN) 14 Gambar Majlis pelancaran PH Negeri Johor


Majlis pelancaran Pakatan Harapan Negeri Johor di Taman Dahlia, Johor Bahru.












 




Trump lawat Asia tapi Putrajaya tidak termasuk kunjungan balas


Enam belas hari selepas Datuk Seri Najib Razak bertentang mata dengan Donald Trump, hari ini diumumkan presiden AS itu akan berziarah ke Asia pada November ini.
Reuters melaporkan lawatan berkenaan dijadual berlangsung antara 3 hingga 15 November.
Destinasi yang dituju Trump: Tokyo, Seoul, Beijing, Hanoi, Manila dan Hawaii. Namun Putrajaya tidak termasuk dalam jadual lawatan Trump
Sejak mengangkat sumpah sebagai presiden ke-45 AS pada minggu ketiga Januari lalu pelbagai pemimpin asing sudah menjejakkan kaki ke Rumah Putih.
Mereka termasuk ketua-ketua eksekutif Jepun, Korea Selatan dan Vietnam. Presiden China Xi Jinping pula bertemu Trump di pusat perangian Mar-a-lago di Florida pada Julai lalu.
Bagaimanapun - tidak seperti kebanyakan pemimpin lain - Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak jemputan Rumah Putih.
Duterte memang dikenali seorang pemimpin yang ranggi dan tidak menapis kata-katanya kepada sesiapa saja termasuk presiden AS.
Kelihatan lawatan Trump ke negara-negara terpilih di Asia itu adalah kunjungan balasnya, kecuali untuk kes Filipina.
Untuk kunjungan ke Filipina Trump akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-31 yang berlangsung dari 10 hingga 14 November.
Lawatan amat berjaya
Najib berkunjung ke Washington ketika namanya menjadi sebutan pembangkang kerana skandal 1MDB dan pihak berkuasa AS mengambil tindakan undang-undang bagi merampas semula aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana syarikat pelaburan milik Malaysia itu.
Sesetengah pengkritik mendakwa Najib sengaja berkunjung ke AS untuk membuktikan beliau tidak terbabit dalam saman Jabatan Keadilan AS bagi mendapatkan semula aset berkenaan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menganggap lawatan itu memalukan rakyat Malaysia.
Semasa bercakap di depan Trump, Najib memberitahu bertujuan Malaysia meningkatkan pelaburan di AS sebagai langkah membantu mengukuhkan ekonomi negara berkenaan.

"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.
"Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya.
Mempertahankan dirinya daripada kritikan Najib kemudian menjelaskan lawatan itu sebenarnya amat berjaya.
Katanya beliau tidak pergi ke AS untuk meminta sedekah atau melulut, tetapi bagi menunjukkan bahawa Malaysia telah sampai ke tahap global.
Beliau kemudian menceritakan bagaimana Trump melayan beliau dengan ramah, termasuk bersungguh mahu mengiringinya ke kereta yang berada di tingkat bawah tanah.
Dalam kenyataan dikeluarkan Rumah Putih Trump akan menghadiri beberapa sidang kemuncak serantau serta membincangkan hal berkaitan perdagangan.
Turut tidak ketinggalan ialah perbincangan mengenai ancaman senjata nuklear Korea Utara.
"Pembabitan presiden akan mengukuhkan penyelesaian antarabangsa bagi menghadapi ancaman Korea Utara dan memastikan usaha membebaskan semenanjung Korea daripada ancaman nuklear dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya," kata kenyataan itu. -MK

Friday, September 29, 2017

Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma


Seperti sudah tidak ada isu lebih penting lain, tindakan Kabinet yang turut membincangkan kes kedai dobi khusus untuk umat Islam, amat memalukan, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Katanya, Isma sebagai pertubuhan Islam dan Melayu sederhana melihat kes kedai dobi itu sebagai isu kecil yang menjadi hak peribadi pengusaha dobi, dan tidak sepatutnya dibincangkan pada peringkat Kabinet.
“Ia menunjukkan seolah-olah Kabinet tiada kerja lain. Memalukan bila bincang isu kedai dobi, tapi tak bincang isu masyarakat yang lebih besar. Isu sekolah vernakular yang melebarkan jurang kaum.
“Isu judi, rumah urut, pesta arak, diskriminasi terhadap pekerja Islam, kekerasan, ugutan. Sepatutnya isu macam ini Kabinet kena ambil peduli,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Kelmarin, media melaporkan isu dobi muslim dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Presiden parti anti-Islam MCA, Wee Ka Siong, isu kedai dobi muslim itu dianggap bertentangan dengan pendirian kerajaan.
Ustaz Abdullah yang lantang mempertahan isu Islam dan Melayu berpendapat, pengusaha dobi ‘Mesra Muslim’ yang terpaksa mengubah polisi perkhidmatannya itu, tidak perlu rasa bersalah, meskipun dikecam sesetengah pihak.
Baginya, membuka kedai dobi yang dikhaskan hanya untuk orang Islam bukan esktrem.
“Jadi, dia tidak perlu kesal dikutuk kerana melakukan perkara yang betul. Lagipun, tidak ada sesiapa yang dipaksa untuk basuh baju di kedai dobi itu,” katanya.
Diminta mengulas dukungan wasatiyyah dan maqasid syariah kerajaan dan kaitannya dengan kedai dobi khas untuk umat Islam sebagaimana kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata:
“Ianya tidak kena pada tempatnya.”
Sejak minggu lepas, tular gambar papan tanda yang memaklumkan kedai dobi Elit Laundry di Muar, Johor hanya menerima pelanggan Islam atas faktor kesucian.
Bagaimanapun, pemilik kedai dobi berkenaan mengubah polisinya selepas dipaksa berbuat demikian, dan memohon maaf di atas tindakannya itu. - ismaweb

PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat sebuah video iklan berbaur lucah yang kini tular di media sosial.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya di Internet, tetapi ia sepatutnya dipantau pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.

“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.

“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai iklan yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri yang dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki.

Selain dialog, menerusi video berdurasi 1 minit dan 22 saat itu turut memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi seks, yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum.

Salah satu adegan di dalam sebuah iklan yang berbaur lucah kini tular di media sosial.

Nadzim berkata, selain meneliti kesesuaian iklan tersebut oleh SKMM, satu garis panduan perlu diwujudkan berdasarkan sudut agama, budaya dan sosial.

“Saya berpendapat perlu ada garis panduan dari sudut agama, sosial dan budaya mengenai apa-apa iklan yang hendak dibuat. Asasnya ia harus menepati jangkaan masyarakat secara baik dan tidak keterlaluan sehingga memberi kesan buruk,” katanya.

Sementara itu, penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pula menjelaskan bahawa di dalam Islam mengatakan supaya menjauhkan diri daripada melakukan zina.

Biarpun produk ‘tenaga batin’ untuk kebaikan suami isteri, tetapi pendedahan iklan tersebut secara umum mengundang yang belum berkahwin kepada perbuatan zina.

“Sebaik-baiknya carilah jalan yang tidak terlalu memperincikan kegunaan, fungsi atau kesannya, di dalam konteks iklan ini melibatkan hal sulit rumahtangga,” katanya.

Menurut Ahmad Dusuki, jika tiada tapisan, ia akan memberi imaginasi kepada golongan muda dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial.

“Video yang tersebar pastinya akan mengundang kata-kata negatif di laman sosial, sekali gus mengundang dosa buat mereka yang berkata-kata sedemikian,” katanya.

Bersetuju dengan pandangan Nadzim, beliau turut menyarankan supaya pengeluar produk perlu mendapatkan pandangan pakar terutama dari sudut agama bagi memastikan iklan yang dihasilkan bersesuaian untuk tontonan umum. - mStar

Sah Warga China dilantik CEO Proton



Li Chunrong dari Geely telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam sidang akhbar bersama dengan China Geely Holding Group di Glenmarie, Selangor hari ini.

Li sebelum ini memegang jawatan timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co, sebelum menyertai Geely pada 22 Ogos.

Kata-kata akhir Tian Chua sebelum ke penjara



Naib Presiden PKR, Tian Chua berpandangan hukuman penjara sebulan yang disabitkan terhadapnya bukan satu perkara yang besar.

Kata Tian Chua, ini hanya satu titik rehatnya daripada kerja. 

Tian Chua disabitkan di bawah Akta Kawasan dan Tempat Perlindungan 1959 kerana menolak perintah untuk meninggalkan Kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, sehari selepas ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3 di Kuala Lumpur.

Mahkamah sepatutnya mendengar hujah kedua-dua belah pihak hari ini, tetapi menerima penarikan balik rayuan itu, dan mengekalkan hukuman penjara satu bulan, berkuatkuasa hari ini.

Tian Chua kelihatan tersenyum ketika hakim menyampaikan penghakimannya.

Anggota Parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun.

[VIDEO] Richard Riot tiba di SPRM beri keterangan kes penyelewengan PTPK



Saya bertanggungjawab minta durian dieksport ke China



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beliau adalah orang yang bertanggungjawab meminta sektor buah durian dibenarkan untuk dieksport ke negara China ketika kunjungannya ke negara itu. Najib berkata hasil pertemuannya dengan pemimpin China, ramai pengusaha tempatan telah mengeksport durian dengan mendapat harga lebih tinggi. "Kalau kita sebut agro makanan umpamanya, sudah tentu industri ini memerlukan kuasa pembeli. Kalau kuasa pembeli kita rendah, tak ada barang-barang kita tak laku. "Tengok sajalah contoh buah durian. Buah durian satu ketika dahulu, saya pernah lalu Pasar Chow Kit, saya tengok harga bila berlambak durian harga RM1 sebiji pun ada. Masa kemuncak RM1 sebiji. Tetapi hari ini tengok video tadi, harga Musang King melebihi RM100 sekilo kerana kita buka pasaran baru di negara China. "Sayalah bertanggungjawab untuk meminta supaya durian dibenarkan dieksport ke negara China bila saya jumpa dengan pemimpin-pemimpin utama China, saya minta supaya durian diluluskan kemasukkannya. Hari ini sudah boleh eksport durian ke negara China. Ini telah menyebabkan ramai pengusaha kita mengeksport dengan mendapat harga dengan lebih tinggi sebanyak RM100 lebih sekilo ke negara China," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan dan Festival Makanan Malaysia 2017 di Serdang hari ini. - MK

Thursday, September 28, 2017

Di Pekan pun saya boleh menang...: Mat Sabu


KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menzahirkan keyakinan, bahawa beliau mampu menang dimana-mana kerusi sekiranya beliau bertanding pada PRU14 nanti.

Mohammad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu, bagaimanapun berkata, soal di mana kedudukan kerusi beliau bertanding belum masih diputuskan.

"Saya rasa peluang untuk menang dimana-mana termasuk di Kelantan, Pekan (Pahang).

"Namun apa-apapun parti akan pertimbangkan dan belum diputuskan lagi, jadi ia bergantung kepada keputusan akhir parti," katanya kepada pemberita di sidang medianya di Wisma Amanah, di sini hari ini.

Sebelum ini, memetik laporan portal mendedahkan parti Amanah berkemungkinan meletakkan Mat Sabu sebagai calon PRU14 untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dun Taman Templer.

Ini dipercayai sebagai sebahagian daripada langkah meletakkan pemimpin parti itu yang lebih dikenali di Selangor bagi menempatkan kedudukan parti itu sebagai pengganti Pas dalam kerajaan negeri.

Awal bulan ini, Amanah Selangor telah mencadangkan membawa Mat Sabu yang berasal dari Kedah, untuk mengetuai cabaran di negeri mereka.

Menurut data Pilihanraya Umum 2013, Kota Raja, yang merangkumi sebahagian bandar Klang, mempunyai 44 peratus pengundi Melayu diikuti oleh India (29 peratus) dan Cina (25 peratus).

Dalam pada itu, jelas Mat Sabu lagi permintaan untuk beliau masuk bertanding pada PRU14 nanti datang dari banyak pihak dalam parti pimpinannya itu.

"Permintaan untuk saya masuk bertanding itu datang dari Amanah Selangor, saya juga diminta Amanah Kedah, Pulau Pinang," katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya lagi beliau juga akan akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau dimana-mana kerusi.

"Parti akan menilai dimana kesesuaian  presiden... atau presiden tak perlu bertanding itu pun saya akan patuh kepada keputusan parti, jadi parti akan pertimbangkan," katanya. - SH

Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan




Tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia miskin atau merempat sebaliknya ada pihak tertentu memberikan maklumat salah untuk mengelirukan rakyat, kata Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu ada banyak peluang terhidang di negara ini.
Justeru katanya tiada sebab untuk rakyat Malaysia menjadi miskin kecuali individu terbabit sendiri mahu hidup begitu.
"Saya tak tahulah, orang kata Malaysia ekonominya mundur, (ada) orang miskin.
"Salah semua (tu), mana ada kita merempat, hutang macam Bangladesh... kita bukan macam Filipina.
"Ada orang mengelirukan rakyat," katanya semasa berucap di majlis penyampaian diploma Akademi 1Malaysia Entrepreneurship (1MeT) di Putrajaya hari ini.
Kalau orang itu miskin, kata Irwan, beliau berpendapat individu terbabit sendiri yang membuatkan keadaannya begitu.
"Kalau ada kaki, ada tangan, boleh jalan, (bolehlah) hidup di Malaysia," katanya
Untuk menjelaskan kenyataannya itu Irwan berkata ketika ini ada kira-kira empat juta rakyat asing hidup berniaga di Malaysia.
Antara kawasan utama mereka, katanya, ialah di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Orang Malaysia kuat makan
"Chow Kit tau? Kalau pergi Chow Kit dulu, orang kita (tempatan) yang berniaga, sekarang separuh daripada peniaga di Chow Kit itu orang Indonesia.
"Kalau orang Indonesia boleh hidup di Malasia, (sepatutnya) orang Malaysia lebih maju," katanya.
Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (Magic) itu turut memetik aktiviti pasal malam sebagai contoh keusahawanan yang baik.
Peniaga pasar malam, kata Irwan, menyediakan pelbagai jenis makanan dan orang ramai membelinya walau apa pun yang ditawarkan di pasaran.
"Kalau pergi pasal malam, penuh (dengan orang).... orang Malaysia ni kuat makan. Jual apa pun dia (pengguna) beli.
"(Misalnya) letak dalam satu (bahan dalam) minuman baru, bagi tahu kalau minum, badan jadi sihat, darah berjalan (lancar), semua berjalan, tak ada penyakit - terus orang beratur beli," katanya.
Beliau juga menamakan beberapa sudut perniagaan yang berpotensi diceburi rakyat negara ini supaya boleh lebih berjaya.
Antaranya kata Irwan ialah kelapa.
"Kelapa ini kerajaan nak promosi (sebagai) bahan bermanfaat untuk kesihatan.
"Kelapa dara, air kelapa - macam-macam. Kalau kelapa boleh dibuat produk, kawasan pertanian (milik) ayah, datuk, boleh buat bisnes kelapa yang bagus," katanya.

Jiran terkejut polis tiba di rumah Mat Sabu

Dr Mahathir tiba di rumah Mat Sabu di Seksyen 19, Shah Alam
Kawasan perumahan yang diduduki Mohamad Sabu malam tadi bertukar kecoh selepas beberapa kereta polis tiba di rumah presiden Amanah itu, menyebabkan ramai tertanya-tanya sama ada ahli politik lantang itu sekali lagi menjadi sasaran pihak berkuasa.
Bagaimanapun, suasana “tegang” itu menjadi riang apabila mereka mendapati anggota keselamatan sebenarnya menemani bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali, menziarahi Mat Sabu sekeluarga.
Mat Sabu sibuk memasak untuk meraikan Dr Mahathir dan isteri di rumahnya (Foto Mohd Nazri Abdullah)
Dan seperti mana layanan yang diberikan kepada tetamunya yang lain, Mat Sabu memasak sendiri lauk-pauk yang dihidangkan.
“Ada nasi daging kambing, ada salad, ada kambing goreng nampla, gulai ayam, juga ikan masin goreng,” kata Mat Sabu kepada FMT, menceritakan lawatan Dr Mahathir yang pernah menjadi musuh ketat politiknya ketika masing-masing berada dalam Umno dan PAS.
Mat Sabu berkata lawatan Dr Mahathir dan isteri itu dicadangkan kepada beliau oleh Datuk Abdul Malik Mydin, perenang kelahiran Pulau Pinang yang mencatatkan rekod sebagai orang pertama dari Asia Tenggara berenang merentasi Selat Inggeris pada 2003.
Bagaimanapun, menurut Mat Sabu, beliau memberitahu Malik yang rumah teresnya sangat kecil dan tidak sesuai dilawati seorang tokoh seperti Dr Mahathir.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah menjamu selera bersama Mat Sabu sekeluarga. (Foto Mohd Nazri Abdullah)
“Saya beritahu dia, rumah saya kecil,” katanya. “Kalau makan, saya masak. Saya tak ada duit nak catering (tempah makanan).”

Malik berkata ia tidak menjadi masalah, dan Mat Sabu sekeluarga membuat persediaan menjemput tetamu ternama itu ke rumahnya, tanpa mahu menghebohkan kepada umum.
Menurutnya, hanya beliau sekeluarga serta seorang lagi sahabat rapat berada di rumah mengalu-alukan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
Tetapi rahsia itu tidak mudah disimpan.
“Saya tak mahu ada publisiti. Siapa pun tak diberitahu,” katanya.
Mat Sabu berkata ia bukan kali pertama rumahnya didatangi anggota polis.
Suasana teruja di kawasan kejiranan Mat Sabu menyambut ketibaan Dr Mahathir.
“Mungkin jiran menyangka saya kena tangkap lagi,” kata Mat Sabu, yang pernah ditahan 2 kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
“Rupa-rupaya mereka dapati, Tun datang. Mereka pun tunggu di luar rumah nak bergambar. Saya pun panggil masuk, dan mulalah mereka ambil gambar. Ketika itu, setiausaha politik saya menasihatkan saya, makan malam saya dengan Dr Mahathir tidak boleh dirahsiakan lagi,” katanya sambil ketawa.
Mat Sabu berkata sepanjang lawatan pengerusi Pakatan Harapan itu selama 2 jam di rumahnya, perbualan mereka banyak berkisar mengenai hal keluarga dan jarang menyentuh politik.
“Saya beritahu Dr Mahathir, rumah ini dibeli masa saya dalam ISA, waktu tu harga RM90,000. Saya juga perkenalkan anak saya yang lahir masa ditahan ISA,” kata bekas ahli Parlimen yang lantang itu.
Mat Sabu, 62, pernah mewakili PAS sebagai ahli Parlimen di Nilam Puri, Kubang Kerian dan Kuala Kedah, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. - FMT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com