innity

pages

Thursday, August 10, 2017

[VIDEO] "Serbulah," "Serbu juga Najib, Isterinya, Anaknya, Anak Tiri, Hishamudin" kata Mahathir



Lakukan lebih banyak serbuan - itu kata Tun Dr Mahathir mengulas tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat anaknya kelmarin.

Kata bekas perdana menteri itu, pihak berkuasa seperti LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan membuat siasatan.

"Saya fikir kita patut adakan serbuan lebih kerap kerana kita juga perlu serbu (Datuk Seri) Najib (Razak), keluarganya, isterinya, anak lelakinya, anak tirinya - semua mereka perlu diserbu.
"Seluruh dunia menyebut tentang Najib tapi (di sini) tak ada serbuan," katanya kepada wartawan dalam sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Harapan di parlimen hari ini.

Bekas perdana menteri itu diminta media mengulas mengenai serbuan agensi kerajaan terhadap syarikat anaknya sejak beberapa hari lalu.

Antara syarikat yang disasarkan LHDN setakat ini ialah Crescent Capital Sdn Bhd yang diketuai Mirzan Mahathir.

Opcom Holdings Bhd yang diasaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tidak terlepas daripada siasatan.

Syarikat gentian optik itu diketuai adik Mukhriz, Datuk Mokhzani.

Sumber yang rapat dengan kem Mahathir pula memberitahu Malaysiakini semalam, Kencana Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang dimiliki oleh Mokhzani, turut diserbu pada Selasa lalu.

Malaysiakini telah cuba menghubungi LHDN mengenai laporan itu dan sedang menunggu maklum balas mereka.

5 comments:

  1. Agensi 'itu' seperti babi menyondol atas arahan pengkhianat yang memberi arahan.

    Nampak sangat agensi2 yg ada skrg ni bias. Langsung takde integriti.

    ReplyDelete
  2. Tak dapat tanduk telinga dipulas!

    ReplyDelete
  3. tu yang pelik tu...da bertahun-tahun kompeni tu beroperasi takkan baru sekarang dapat tahu yang kompeni ni takde bayar cukai??
    hehehe tak dapat tanduk
    telinga dipulas
    hebat hebat.....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah bongkar segala bencana najib.hapus umno

    ReplyDelete
  5. Zahid nak tunjuk taring. Dia disepak Tun M, jadi dia tak berani, dia suh samseng agensi bawah kuku dia hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com