innity

pages

Wednesday, August 9, 2017

TIADA BENDERA M'SIA, BANNER SEMUA BAHASA CINA:Majlis Pecah Tanah ECRL oleh Najib




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) tampil membidas Majlis Pecah Tanah Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan hari ini yang didakwa menghilangkan identiti negara.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, majlis itu membuktikan membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.
"PERKASA sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada.
"Apakah tidak dibenarkan bendera Malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?" soal beliau dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, majlis pecah tanah projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut perkara itu, Syed Hassan berkata, lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China.
Menurut beliau, hal ini merupakan permulaan penafian bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
"Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. PERKASA mahu tahu apakah pemandu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China?
"Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk untuk bekerja di projek ECRL ini?" katanya.
Tambah beliau, pihaknya dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut seperti bukan di Malaysia susulan dipenuhi dengan bendera-bendera tulisan Mandarin.
"PERKASA menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan.
"Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar Formula One, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.
"Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang," tegas beliau.



Majlis dikendalikan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin? Bahasa Melayu hanya sebut sekali sekala? Namun ucapan Najib dalam Bahasa Melayu


12 comments:

  1. bolgger BN dok pertahan ada bendera, memang salah la kalau kata tiada satupun bendera malaysia, ada lah 3 helai tapi tu pon sbelah 3 helai bendera China, maksud PERKASA tu, di jalan laluan tu langsung tiada bendera, kalau bendera sebelah bendera CHina tu dah macam projek di China

    ReplyDelete
  2. Jati diri x penting dah...yg penting duit..duitkan raja?

    ReplyDelete
  3. Cantek lah tu. Lepas ni bauksit bleh korek sekali dgn balak. Org kampung semua bleh lari masuk utan la cari tanah lain. Untungla china, cargo pun dah bleh shortcut dr pantai timur ke barat. ecrl pun selagi kita xdpt bayaq hutang kira masih depa yang punya puluh tahun.
    Kontraktor tempatan dpt 30 peratus bahagian, tapi hat yg buat keja separuh mai dari bangla. Cantekla tu.
    Lepas ni ekonomi singapore pulak merudum pasai kargo xdak bisnes, budak kita xdak keja, kilang2 company singapore sume pindah pi vietnam. Rakyat kita jugak yg xdak keja nanti. Cantek lah tu.
    Bukan kami x setuju tapi cara dan timing xkena langsung. Duit kita tgh kecik, kalau ada peluang utk kita pun kita takbleh nak sambut. Nak suruh anak2 kita keja dengan depa memang xbleh lama pun, pasai value diri depa hancuq. Ini bukan negara depa. Depa xkan respect value kita.
    Kita xdak kekuatan langsung dlm projek ni. Kita nak supply barang pun xbleh nak lawan dgn harga depa. Ampa nak set polisi lagu mana? La ni rakyat mau nilai dr duit yg ada.
    Kalau kita dlm keadaan lemah, satgi depa mai sumbat duit dlm mulut ampa abih la sume polisi ampa.

    ReplyDelete
  4. Apabila najib nembawa masuk pelabur dari negara China, mereka akan membawa bahan pembinaan, peralatan bermula dari besi hinggalah ke pekerja.

    Negara China melakukan perkara ini bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia jika membabitkan syarikat dan negara mereka.

    Tujuan mereka lakukan sebegini, adalah mengawal ketirisan kewangan mengalir keluar dari negara mereka.

    Perhatikan juga syarikat china akan menggunakan bursa saham negara ini untuk membiayai kewangan syarikat mereka.

    Manafaat diperolehi oleh najib adalah dengan melambungkan nilai projek ECRL berkali ganda dari anggaran asal 30 billion kepada 55 billion.

    Begitu jugalah bencana ciptaan najib yang bakal terjadi apabila projek pelabuhan melaka, keretapi laju HSR, Bandar Malaysia dan TRX bakal dibangunkan oleh syarikat negara China.

    Penghujungnya adalah, Rakyat Malaysia lah yg akan menanggung segala beban hutang piutang dilakukan oleh najib, umno dan pensyubha2nya.

    Sri Lanka satu contoh yg jelas.

    Ya Allah selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete
  5. Projek kebanggaan negara. Bukan Malaysia tapi China. Tunggu dan lihat:-
    1. Berapa ribu peluang pekerjaan utk rakyat Malaysia?
    2. Berapa peratus bahan2 pembinaan keluaran dlm negara akan diguna pakai?
    3. Berapa tambang setelah siap?

    ReplyDelete
  6. rakyat china didahulukan rakyat malaysia dikemudiankan...takpe macai akan bertepuk sorak pasal hal ni.

    ReplyDelete
  7. lu apa hat?? itu tanah bikin rel wa sulah beli lo..!!!!
    wa punya sukak apa mau bikin .. sulah angkat wa punya loit lagi mau bising ka..??

    ReplyDelete
  8. Dah la yg dok ada dlm negada ni pun sangat anti kpd bahasa Melayu, ditambah lagi yg asli dari sana... apa la nak jadi dengan tanah air?

    ReplyDelete
  9. PRU akan datang kita bagi "ubat" cukup cukup kat rejim pencuri dan penyamun ,benamkan terus sampai mampus

    ReplyDelete
  10. waang sulah angkat lagi mau bising kaa?ini macam talak baik looo....

    ReplyDelete
  11. TERBALIK KOT DAA..,PHOTO YANG REAL ITU FAKE,DAN YANG FAKE ITULAH YANG REAL

    ReplyDelete
  12. slogan baru bn pru 14
    rakyat china diutamakan
    rakyat malaysia diberakkan....
    lol...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com