innity

pages

Saturday, August 5, 2017

Tanah Rizab Melayu berkurangan, negeri tak ganti


PUTRAJAYA, 12 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Unit Perancang Ekonomi (EPU) perlu membuat kajian jumlah keseluruhan Tanah Rizab Melayu yang masih ada ketika ini, kata Mantan Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof.
Ini kerana, katanya, terdapat Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan oleh beberapa negeri.
“Masa saya jadi KSU dahulu, tugas saya adalah untuk memeriksa Tanah Rizab Melayu. Ada negeri-negeri tertentu yang tidak menggantikan tanah yang diambil.
“Walhal, mengikut Artikel 89(3)(C) Perlembagaan Malaysia menyatakan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) perlulah diganti dengan merizabkan satu kawasan yang sama luasnya sebagai Tanah Rizab Melayu,”
“Menteri Besar kata, pihaknya tiada nit untuk menggantikan tanah rizab kerana nilainya rendah. Justeru, saya cadangkan EPU untuk membuat kajian semula tentang Tanah Rizab Melayu ini,” katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang diadakan selama dua hari bermula hari ini di Hotel Marriott, Putrajaya, di sini.
Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak terlibat untuk ada kemahuan politik bagi meningkatkan rasa kebertanggungjawaban menggunakan peruntukan yang sedia ada bagi menambah Tanah Rizab Melayu.
“Kita perlu ambil tindakan tertentu supaya rakyat Malaysia dapat merasai pembangunan yang saksama,” tegasnya.
Konvensyen ini adalah satu konvensyen anjuran Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU), Majlis Dakwah Negara.
Ianya julung kali diadakan dengan hasrat membuka ruang wacana tentang peranan institusi diraja menurut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara.
Konvensyen ini turut disertai beberapa pakar lain seperti Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Mohd Fauzi Shaffie, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato Dr Teo Kok Seong dan Pengerusi Lembaga Yayasan Amanah, Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com