innity

pages

Wednesday, August 9, 2017

[TAAT MEMBUTA TULI??] 1MDB: Apakah akar umbi Pas pun puas hati?


FIRMA pelaburan negara milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah lama mencemar imej negara dan mencalar perasaan seluruh rakyat Malaysia.

Beberapa negara asing seperti Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika melancarkan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat ini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menjadi pengerusi lembaga penasihat.

Seluruh dunia memberikan pandangan negatif terhadap Najib dan seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Low Taek Jho ataupun Jho Low yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM15.4 bilion) diselewengkan daripada 1MDB.

Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Jho Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu sehingga hari ini belum berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.

Ramai mendakwa 1MDB adalah skandal kewangan paling besar di dunia ketika ini, kalau tidak, mustahil sampai empat negara asing masuk menyiasat. Sudah tentu ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku. 

Sedang pendedahan demi pendedahan dibuat sama ada melalui perbicaraan di mahkamah Singapura ataupun saman yang dikeluarkan DoJ, kerajaan Malaysia masih bersikap tenang bagaikan tiada kena mengena dengan kita.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan nama negara dengan menegaskan tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari 1MDB.

Malahan, katanya, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewengan dana dari 1MDB.

Begitu juga dengan percubaan ahli-ahli parlimen daripada pembangkang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu penyelewengan ini menemui jalan buntu.

Dua minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Harapan mendakwa 30 soalan berkaitan 1MDB untuk diajukan dalam sesi soal jawab dalam sidang parlimen tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Mereka menuduh ia sebagai usaha untuk gelapkan maklumat dan keterangan mengenai 1MDB. Namun, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan tersebut.

Tatkala ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan disekat mendapat penjelasan dengan kerajaan tidak bersedia membongkar tanda tanya, lalu muncul Pas yang sebelum ini cukup senyap dalam isu 1MDB ini.

Kelmarin, rombongan Pas yang diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan pertemuan kira-kira dua jam dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Hasilnya, Pas menyatakan mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang ditanggung dan pelan rasionalisasi hutang dirancang oleh 1MDB.

Nampaknya Pas jauh lebih hebat dan berjaya berbanding Pakatan Harapan dalam menyelesaikan isu 1MDB.

Lihatlah bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan tidak putus-putus menghentam Najib dan 1MDB, sehingga hari ini, rakyat masih tidak tahu ke mana hilangnya wang 1MDB itu?

Barangkali Pas kini sudah boleh diangkat sebagai jaguh 1MDB. Mereka kini sudah puas hati dan menerima segala jawapan yang diberikan Arul Kanda.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sukar hendak buat temu janji dan berbincang dengan Arul Kanda, tetapi Pas sudah buktikan mereka boleh lakukan dengan senang.

Perkataan 'puas hati' yang dikeluarkan Tuan Ibrahim cukup mendalam. Pas sudah faham, setuju dan dapat terima apa yang dinyatakan oleh Arul Kanda. Namun apakah akar umbi Pas pun sudah faham dan puas hati?

Selepas ini, pastinya pemimpin-pemimpin Pas tidak akan membangkitkan isu pasal 1MDB lagi. Tanpa perlu mendesak Najib, Arul Kanda sudah mampu menyelesaikan kerumitan mereka.

DoJ dan mahkamah Singapura berhempas-pulas mencari fail dan menghabiskan begitu banyak masa untuk melakukan dakwaan, tetapi Pas hanya diberi penerangan beberapa jam, sudah lebih daripada cukup untuk akur dan puas hati.

Sesungguhnya perasaan 'puas hati' Pas itu apakah benar-benar jujur serta meyakinkan atau sekadar memenuhi matlamat politik mereka semata-mata? - SH

6 comments:

  1. Pimpinan PAS ni memang betul2 hebat. Cepat betul paham isu 1mdb dan terus puashati. Arul Kanda baru jamu teh tarik dan karipap je dah settle isu 1mdb. Langsung tak tanya apa2. Faham je terus. PRU nanti kita undilah parti hebat ni. Susah nak jumpa pemimpin2 yg hebat macam gini ...takbir !!!!

    ReplyDelete
  2. Kalu ikut penerangan titm, dah berlaku, terima aje la. Bising pun dah berlaku, nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Apa perlu buat, bayar je la hutang tu. Yang lain tu, kena la kawal dengan kawalan yg ketat, kalu boleh. Jika berkemampuan, kerajaan buat suruhanjaya diraja, siasat diri sendiri. Itu yg saya faham, macam titm terima penerangan anak perempuan mengandung luar nikah la, terima jer la, dah berlaku. Sobarnya mereka, tak marah pun.

    ReplyDelete
  3. Perlu diingatkan pelan rasionalisasi 1mdb najib dan arul kanda adalah menjual aset negara seterusnya membayar hutang 1mdb.

    Aset 1mdb adalah merupakan milik
    rakyat dan negara sebagai contoh tanah trx dan tanah tudm subang yg bakal dibangunkan dengan nama bandar malaysia.

    Siapa yg memberi kebenaran tanah dan aset ini dijual? Adakah kepentingan rakyat dipelihara? Siapakah yg menjadi hak milik aset ini apabila dijual kepada orang asing?

    Lihat apakah yg telah terjadi dengan forest city di johor bahru, Siapakah pemiliknya? Adakah masih milik rakyat malaysia?

    Adakah kita bersedia menjual dan menggadaikan milik kita kepada rakyat dan negara asing?

    Ternyata pelan rasionalisasi ini berjaya "memuaskan hati" hanya untuk pemimpin2 PAS yg telah menerima habuan masing2 dari najib.

    Politik matang adalah menjaga kepentingan rakyat dan bukan menjaga kepentingan najib umno dan pensyubhanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. syabas anon 8.23pm semoga ramai yang berfikiran macam anda.

      Delete
  4. United Kingdom (UK) court REJECTS Clare Rewcastle Brown allegations that Malaysia's judiciary, government, and Prime Minister are corrupted


    1. I refer to a recent statement issued by Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, the political secretary to PAS President Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA) who today updated the Malaysian public on the status of the civil suit that TGHA brought against Clare Rewcastle Brown (CRB) and the recently concluded Case Management hearing.

    2. First of all, i would like to congratulate TGHA for the positive verdict given by the courts which accepted TGHA offer to deposit RM 80,000 as security in the event that TGHA was to lose the case against CRB and would have to pay her legal cost. This was against the ridiculous sum requested by CRB to tune of RM 5 million. Even the UK court thought that this request did not make sense and have no basis whatsoever.


    3. However, what is more shocking is the decision made by the UK court that they (the court) rejected CRB’s claims that the Malaysian judiciary, government and the Prime Minister as corrupted. This in itself proves that CRB is a liar and her main objective is to tarnish the image of this country, our political system and our leaders. Even the UK court did not believe her.

    4. It is also important to note that CRB did not provide a shred of evidence to back up her claims against the Malaysian government, our judiciary and our Prime Minister in the UK court. This was also noted by the UK court when it concluded that these serious allegations made were not supported by any evidence from CRB whatsoever, despite having months to provide. This confirm my suspicions that all her publication and documents in Sarawak Report against the Malaysia government and Prime Minister was fake and fabricated.

    5. Due to these fake documentations that she have, she could not submit these "fake evidences and documents" to the UK court as she will then be charged of lying to the court and would have been punished further. In fact, if she had issued all these "fake evidences and documents" to the court and the court came to know about this, CRB would then expose herself as a fraud.

    6. This latest development in the United Kingdom has major consequences in Malaysia. By not providing any evidence to the court in the UK, this also proves that all these so called evidences that is being referred to by the local opposition leader such as Dr. Mahathir, Tony Pua, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng and gang in Sarawak Report is actually fake and fabricated.

    7. Therefore, in my honest opinion, it is time for the Malaysia government to start legal action against any opposition leader that uses Sarawak Report as a basis to slander and defame the government and its leaders. This is because Sarawak Report has been proven to be a fake news site where even its owner, CRB does not have the courage to share any evidence that she have against the Malaysian government in the UK court.

    Thank You.

    Dr. K
    Bukit Tunku

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB are more related to DOJ rather than CRB..so defamation counter-suit against DOJ would be the apropriate action.

      But how come no legal rebuttal made by the goverment or concerning party untill now?

      As the Malay saying goes "berani kerana benar, takut kerana salah" and "diam tanda setuju"

      So you decide!

      Datuk K
      Bukit Raja

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com