pages

Tuesday, August 22, 2017

[SERANGAN DITERUSKAN] Selepas Unisel, SPRM serbu pejabat SUK Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) milik kerajaan Selangor bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah membabitkan RM10 juta.
Sepasukan 5 anggota SPRM dari Putrajaya berpakaian seragam tiba dengan 2 kenderaan rasmi di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan SUK di sini kira-kira 10.50 pagi tadi, sebelum naik ke tingkat 14.
Kunjungan SPRM ini hanya kurang sejam selepas serbuan di Unisel di Bestari Jaya dan Shah Alam, serta pejabat Jana Niaga.
Sumber memberitahu FMT, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kini di Mekah untuk mengerjakan haji, menyebabkan SPRM mengambil butiran daripada pegawai MBI yang lain.
Pada 25 Julai, MBI mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.
MBI sebelum ini menafikan membuat bayaran RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun Unisel berlaku salah.
Menurutnya, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu melanggar perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar.
Susulan itu, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mempersoalkan MBI bila proses timbangtara dengan Jana Niaga akan dilakukan.
Ia selepas MBI menyatakan terdapat proses untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pembayaran kepada syarikat itu.
Rizal meminta MBI menyatakan siapa yang terlibat dalam timbangtara itu, sambil berkata Unisel tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga, merujuk kepada dakwaan sebuah blog. - FMT

2 comments:

  1. Pkr dan Dap jadi mangsa dan mendapat tekanan dari pentadbiran najib, Tak salah tak perlu takut, berani kerana benar, korek, sama rata sama rasa sehingga dapat balik berlian warna merah jambu bernilai beratus juta ringgit, adil dan saksama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERLIAN MERAH JAMBU TU ADA KAT DALAM BUAH KERANDUT MUNG.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com