innity

pages

Wednesday, August 9, 2017

[SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.
"Ya (serbuan yang dikatakan). Bukan hari ini, (tapi berlaku) semalam, "katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah melihat gambar yang dikatakan diambil semasa serbuan.
Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.
Sumber memberitahu, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.
Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Mahathir.
Mahathir mendakwa sejak tahun lalu rakan-rakan dan keluarganya menjadi sasaran LHDN kerana perbalahannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu sering dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme semasa 22 tahun berkhidmat.
Bagaimanapun, Mahathir menafikan dakwaan tersebut termasuk dakwaan anak-anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri.
Dalam senarai Forbes tahun ini, Mokhzani menduduki tempat ke-34 di antara 50 rakyat Malaysia terkaya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bendahari Pemuda Umno.
Gesaan untuk menyiasat keluarga Mahathir semakin meningkat selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas mengenai RM230 juta dalam akaun banknya ketika mengisytiharkan harta kepadanya pada tahun 1996.
Zahid berkata beliau sanggup disiasat dan mendakwa kekayaannya dikumpulkan semasa berada di sektor korporat. - MK

19 comments:

  1. Berlaku adil kepada semua termasuk jugalah lakukan serbuan terhadap keluarga najib, zahid, hisyamudin, nazri aziz, tengku adnan dan seluruh pucuk pimpinan umno.

    Juga lakukan serbuan terhadap keluarga pak lah dan menantunya khairi jamaludin.

    Termasuk jugalah, lakukan serbuan terhadap pucuk pimpinan parti PAS yg diberitakan menerima habuan 90 juta, hutan negeri kelantan yg telah dinodai dan bagaimana pucuk pimpinan PAS boleh menggunakan kereta Alphad? Minicooper? Audi? dll yg setiap satunya berharga ratusan ribu ringgit.

    Berlaku adil lah demi rakyat, boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai...apa bukti PAS terima habuan 90juta ni..?? ko kaki fitnah ni tanpa bukti..

      Delete
    2. Mamat ni sumbat semua sampah pemimpin murahan PH. Bukti belum ada dan tak lg dibuktikan langsung WSJ kau dah jaja sana sini. Tak takut api la ni.

      Delete
    3. Mak kau punya hamput masih nak membela mo1 dengan Jho Low laknatullah,,bodoh punya Melayu

      Delete
  2. Mohon kepada seluruh rakyat malaysia berdoa agar kerjasama antara jho lo dan DOJ amerika membuahkan hasil seterusnya membawa kepada penangkapan terhadap penyamun no 1 negara dan pensyubha2 beliau.

    Mohon juga agar jho lo tidak diletupkan dengan c4, ditembak mati dan lebih tragis adalah apabila di tong simen kan seperti mana yg telah terjadi terhadap mangsa2 sebelum ini.

    Ya Allah selamatkan lah negara ku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do si penipu dan golongan munafik.

      Apakah Allah SWT akan pandang..tuduh fitnah sesuka hati lepas tu main doa2 sebut nama Allah?
      Allah akan beri bala dan azab pedih bg org munafik seperti ko macai ketua perompak negara (dinobatkan oleh pembangkan 1998)

      Delete
    2. Memang MO1 jahat sangat sangat,, beliau the trouble maker do Negara ini

      Delete
    3. AnonymousAugust 9, 2017 at 10:35 PM,
      Ko kata ini doa si penipu dan golongan munafik?bukan kah itu menunjukkan yang ko juga tuduh fitnah sesuka hati ko? camne ko tau yang Anonymous August 9, 2017 at 8:48 PM ni penipu dan munafik sedangkan dia hanya meminta rakyat malaysia berdoa 'agar kerjasama antara jho lo dan DOJ amerika membuahkan hasil seterusnya membawa kepada penangkapan terhadap penyamun no 1 negara' dan dia sebut pun nama siapa penyamun No.1 negara tu..ke sekarang ko pakai akidah siapa yang x sokong MO1 tu semua munafik?

      Delete
  3. lagi ko pressure TDM lagi bungkus la BN dlm PRU14..tunggu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.” (QS. An Nisa’ [4] : 59)

      Delete
    2. Ulil amri Malaysia ialah YDP Agong, bukannya PM

      Delete
    3. Bro 10:31...ayat "..bukan PM.." tuh aku sokong, tapi YDP Agong buat der Deklarasi Rakyat 1 Juta lebih kumpulan tanda tangan rakyat tuh!!!

      Terbaru, melanggar perlembagaan lantik Ketua Hakim (USED BY DATE) tak hirau wakil rakyat yang membawa suara rakyat...51% wei...lebih separuh dari semua undi...boleh pakai lagi ke raja-raja nih? Setakat duduk dalam astana tak merasa perit jerih rakyat dan tidak peduli luahan rakyat...its a fair question is it not?

      Delete
  4. Brapa tahun jawa tu dlm dunia,korporat yg blh kumpul 230juta,tu....mana rakaman..penipu punya,jawa

    ReplyDelete
  5. Anak penyamun ni tk boleh disentuh langsung
    ingt ni zaman Madey ke agensi kerajaan buat kerja ikut telunjuk kaki jahat Madey?

    Skrg semua zaman atas talian, rekod dan bukti tax semua tak boleh lari. Taksiran semua komputer yg lakukan bukan lagi boleh tipu bawah meja macam zaman madey

    Bila tak bayar cukai LHDN cari.. tak kira anak mamak ke anak cina ke. anak Melayu ke. Kenapa obses sgt macai Madey dengan undang2?

    Apakah ini pembalasan Tuhan kerana banyak buat zalim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa penyamun?????siapa makan dedak??????jawabnya yang madey...
      Siapa jual negara pada Cina????
      Siapa isteri Tomei gemukk?jawapnya yang madey....lebih baik jika Tun tak jadi PM selama 22thn.....biar padan muka melayu.....

      Delete
  6. Orang yg sanggup disiasat sepatut nya sanggup juga digantung jawatan sementara siasatan di jalankan,Zahid komedi sanggup tak? Sanggup di siasat ,tapi masih duk pegang jawatan ? Mana aci macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDARA EKAU YANG DAH DITUDOH DIMAHKAMAT TU BILA NAK LETAK JAWATAN CM?

      Delete
    2. Lanunajibugisonglapenyamun dah kena CHARGE SHEET wei tapi dia sailang nya Ghani Patail, senyapkan TASK Force Tan Sris, kecutkan kerandut KPNajib dengan kes GOPI, diGANTI nya banyak SENGIH Zulkifli dengan Abu Kassim yang heboh buat SOLAT HAJAT bagai....sengal 4:09 lagi nak kelentong apa ahh?

      Delete

  7. Malaysia ku kah ini?

    Apa erti merdeka jika

    Kesemua institusi kerajaan digunakan untuk tujuan politik, menindas dan balas dendam.

    Penguatkuasaan undang-undang hanya untuk melindungi penyamun, pencuri dan perasuah.

    Harta negara dijual kepada negara lain yang pasti akan membawa bala dan kesengsaraan.

    Khazanah negara disamun oleh mereka yang diberi amanah untuk mentadbir.

    Sementara rakyat ditindas dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

    Ekonomi negara yang konon bertambah baik hanya atas kertas tapi hakikatnya adalah sebaliknya.

    Sana sini perniagaan dan kilang ditutup, pekerja dibuang, diberhentikan.

    Peluang pekerjaan baru amat terhad.

    Nilai ringgit entah kemana.

    Dan Hari Kemerdekaan tahun ini disambut dengan membayar hutang 1MDB berbillion ringgit kepada IPIC yang telah tertangguh dua kali.

    Dan rakyat akan terus ditipu dan disamun.



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com