innity

pages

Sunday, August 20, 2017

[RISAU] Ku Nan SAHKAN trend PENURUNAN SOKONGAN kepada BN

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau bimbang dengan trend penurunan sokongan yang dicatatkan sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-11 dan mahu usaha dijalankan bagi memberi penerangan kepada rakyat.
Sehubungan itu beliau yang juga setiausaha agung Umno berkata, jentera kepimpinan Umno dan BN mesti mengamalkan resmi padi yang semakin ‘menunduk apabila berisi’.
Tengku Adnan yang juga menteri wilayah persekutuan itu berkata, beliau percaya sokongan rakyat kepada Umno dan BN akan bertambah sekiranya jentera kepimpinan sentiasa turun padang berjumpa rakyat.
Selepas penurunan sokongan dalam PRU 1999, yang dilangsungkan di sebalik krisis ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, BN mencatatkan prestasi paling cemerlang dalam sejarah semasa PRU 2004.
Bagaimanapun BN mengalami prestasi yang paling terburuk selepas tahun 1969 dalam PRU 2008 dan ia berterusn semasa PRU13.
Dipetik Bernama, Tengku Adnan berkata, jentera Umno dan BN perlu menggiatkan usaha bagi meningkatkan sokongan rakyat dalam usaha mencapai kemenangan besar pada PRU14.
Katanya, jentera Umno masih mempunyai masa untuk menggiatkan usaha berkenaan.
Jelas Tengku Adnan, ahli Umno di peringkat akar umbi juga perlu mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan rakyat tidak mahu menyokong parti sama ada ia disebabkan ada segelintir pemimpin dan wakil rakyat tidak turun ke bawah merasai denyut nadi rakyat.
“Setiap yang berlaku mesti ada sebab. Cari puncanya dan betulkan punca itu. Barangkali, disebabkan perangai kita, lagak kita,” kata beliau ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Tanjung Piai di Pontian hari ini. - FMT

16 comments:

  1. Nak tiru pakatan HARAPAN ke? Nakbuat jelajah sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlambat seluruh kampung dah tau temberang dan belit perompak tegar.

      Delete
  2. memang perangai,lagak dan rasuan yg ameno buat ada kaitan. rakyat dah meluat. terbentang depan mata tak ada tindakan. lepas pru14 harap2 berkuburlah ameno..lg cepat lg baik. titik

    ReplyDelete
  3. Puncanya ialah Najib dan kabinet2nya...
    Lu pikir la sendiri kunan ooi...

    ReplyDelete
  4. Kt selangor bas baru canteek senang budak2 gi sekolah jadi mak bapak tk yah kluar duit no hanat anak.kt kl pun ada gak bas skolah percuma taaapiiii dia orang pakai van buruk jer..klau la rosak tngah jlan sian budak2 la...dua task yg sama tapi berbeza..beza dia satu iklas satu buat keja sambil lewa

    ReplyDelete
  5. Aik nak ikut resmi padi pulak...makin tunduk makin berisi....sejak bila menteri menteri umno ni ade sikap menunduk??yg kita tau diorang ni bukan main bongkak, kalau rakyat tegur sikit mula la keluar kenyataan sombong dan menyakitkan hati.....xnak bayar Gst,duduk dekat hutan, gaji menteri bukan rakyat bayar, macam macam lagi la....memang x bole ubah punya, kalau Najib ckp pun kita boleh nampak betapa bongkaknye dia ni, anak buah pun ikut sekali la.....kan pemimpin Umno perlu dipatuhi......betul tak KU Nan??

    ReplyDelete
  6. bagi SAMAN la..AES sekarang 2 bulan MAXIUMUM RM 2000..

    Tak cukup duit ka??

    Kalau RM 600 makan setahun nak mumpul duit..Bayar RM12 K, lagi baik masuk JAIL.

    Inilah cara SOMBONG JPJ POLIS nak duit..

    ReplyDelete
  7. Apela bingai, masalahnye najib jela..

    ReplyDelete
  8. sokongan menurun kerana adun tak turun dan ahli yang tak ambil kisah. memang ahli umno dalam jawatan majlis tertinggi terdiri daripada denial sindrom. salahkan faktor lain dan bukan faktor yang berfakta,

    ReplyDelete
  9. puncanya bos ko menyamun duit negara..membuat hutang baru utk melangsai hutang lama dan ianya dibebankan kpd rakyat dgn gst dan cukai2 lain

    ReplyDelete
  10. Hai bro...kata ramai sgt yg merayu2 minta jd ahli ameno...xkan cemas dah kot.

    ReplyDelete
  11. Sudah terlambat Tengku,,,setelah air mata Rakyat korang cekek sampai kering,, benaweh betul.......!!!!!

    ReplyDelete
  12. Dah pemimpin UMNO/BN semua hipokrik, kaut kekayaan untuk diri sendiri sahaja. Rakyat dah buka mata. PRU14 jadi penentu segala. Lagi mau bersandiwara dan tunjuk kaya. Makan dihotel 6 bintang bersama pemimpin. Rakyat makan diwarung bawah pokok ceri ja.

    ReplyDelete
  13. Dengan kau2 sekali ,kami rakyat akan BERSATU menghumbankan kau kedalam longkang.....ingat tu Denan woi!!....nasib kamu sudah berada dihujung tandok dah....insaf2lah wahai siDenan pengampu!!.....

    ReplyDelete
  14. Memang bahalul betul menteri2 najib ni...baru perasaan sokongan rakyat pada BN dah menurun..kalau tak faham jugak apa sebab nya, memang semua menteri2 ni bangang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com