innity

pages

Sunday, August 13, 2017

Penjahat BERNIAT CEDERAKAN Tun M: KETATKAN Keselamatan Tun M Selepas Ini


SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN

Kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam petang tadi, walaupun tidak dihadiri oleh Najib Razak, ia adalah manifestasi ketakutan UMNO dan BN terhadap kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang.


Dalam konteks tersebut, ancaman terbesar yang paling ditakuti sudah tentu ialah Tun Mahathir Mohamad. 

Tun Mahathir, dengan aura dan pengaruhnya yang tersendiri bukan saja ditakuti kerana kemampuannya menarik sokongan rakyat, tetapi juga keupayaannya menukar musuhnya selama ini seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain menjadi sahabat untuk sama-sama sehati sejiwa menyingkirkan Najib.
Ketidakhadiran Najib dalam Nothing To Hide 2.0 memang sudah dijangka daripada awal, malah ketika Armada Bersatu mahu menghantar jemputan kepada beliau pun telah dihalang sehingga  berlaku pertembungan dan kekecohan kecil dengan Pemuda UMNO.

Maka, berlakunya kekecohan di Shah Alam petang tadi, apa pun hujah untuk menafikannya, sukar untuk menyisihkan daripada dikaitkan dengan kekecohan ketika menghantar jemputan kepada Najib, kira-kira dua minggu yang lalu.

Setelah menghantar jemputan pun dihalang dengan kekerasan dan meski tanpa kehadiran Najib, kemudian Armada Bersatu tetap ingin meneruskan program Nothing To Hide 2.0 itu dengan Tun Mahathir bersedia menjawab apa saja soalan yang ditanyakan kepadanya, menimbulkan kekecohan adalah pilihan terakhir untuk menggagalkan program tersebut.
Strategi Buat Kecoh Untuk Padamkan Jawapan Tun M

Jika program itu berjalan dengan lancar dan sudah tentu, seperti biasa, apabila Tun Mahathir mampu menjawab dengan penjelasan yang baik dan meyakinkan, kelebihan akan berpihak kepada Pakatan Harapan sama ada oleh kalangan mereka yang menghadiri program tersebut ataupun yang menontonnya secara live melalui Facebook.

Dengan mencetuskan kekecohan, semua jawapan dan penjelasan Tun Mahathir akan terpadam dengan sendirinya kerana semua orang akan lebih ghairah bercakap mengenai apa yang berlaku itu.

Kemungkinan kekecohan berlaku sebenarnya dapat dirasai apabila muncul beberapa soalan provokasi yang dikemukakan kepada Tun Mahathir, antaranya berkaitan penyingkiran Anwar pada 1998, mengungkit peristiwa Memali dengan mempersoalkan mengapa Ibrahim Liba dibunuh, bolehkah Anwar yang dikaitkan dengan kesalahan liwat menjadi Perdana Menteri, kenapa seorang Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip yang disiasat SPRM baru-baru ini masih dikekalkan dan benarkah penentangan Tun Mahathir terhadap UMNO adalah demi cita-cita politik anaknya, Mukhiz.
Soalan-soalan tersebut jelas berbentuk provokatif dan tidak mungkin mereka yang menganggotai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau penyokongnya akan bertanyakan soalan sedemikian kepada Tun Mahathir.

Soalan seperti itu, sama ada hanya ditanya oleh ahli dan penyokong UMNO atau oleh mereka yang memang diarahkan berbuat demikian kepada Tun Mahathir.

Di kalangan penyokong Pakatan Harapan, semua perkara tersebut tidak lagi menjadi isu kerana keutamaan  mereka kini ialah untuk sama-sama  mengukuhkan persefahaman bagi memenuhi objektif yang lebih besar iaitu menyingkirkan Najib.

Dalam kekecohan tersebut, dengan banyak kasut, selipar, botol dan kerusi berterbangan dan bom asap dilemparkan secara serentak, sebahagiannya dibaling ke arah pentas,  dengan jelas memperlihatkan kejadian itu bagaikan dirancang sebagai mengiringi soalan-soalan provokatif yang dikemukakan kepada Tun Mahathir.

Terlihat seolah-olah selain untuk menimbulkan kekecohan, huru-hara dan menjadikan program gagal, sasarannya ialah Tun Mahathir sendiri.
Selepas kekecohan di Shah Alam ini, semua pihak dalam Bersatu haruslah lebih memikir dan mengutamakan tentang keselamatan Tun Mahathir. 

Jika kekecohan boleh dicetuskan dalam program Nothing To Hide 2.0, tidak mustahil program-program beliau yang diseterusnya juga bakal diancam dengan kekecohan yang serupa.

Mereka tidak akan berhenti menimbulkan kekecohan dan menakut-nakutkan rakyat lantaran sedar kuasa semakin hampir terlepas daripada genggaman. (ShahbudinHusin 13/08/2017)


21 comments:

  1. Ameno mmg xde telur...cakap berdegar2 tp takut hadapi kenyataan. Selepas pru14 harap2 ameno terus mampos..jom sokong bersatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko.nak hisap telur ke?

      Delete
    2. Telor najib ada ke lagi?

      Delete
  2. Dengan kejadian ini diharapkan Rakyat buka mata untuk tidak mengundi BN khususnya Umno

    ReplyDelete
  3. Umnu...pengkhianat lagi penjahat.

    Pembela agama bangsa dan negara konon.

    Tanpa apa2 provokasi...bikin onar dalam majlis orang. Phuih !!!

    ReplyDelete
  4. Kenyataan ialah umno memang terdesak dan takut. Itu memang dah jelas. Alhamdulillah tun selamat. Yg tak selamat ialah umno nanti. PASTI KALAH !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Rabb bibarakatil Saidina Muhammad Saw

      Delete
  5. Pelanduk makan dedak mudah lupa jerat.

    ReplyDelete
  6. Penaja umno dah xdak projek. Projek sume dah lepas kat china. Felda pun dah xdak duit. Tinggai projek huru hara ja. Hahah... kesian. Setakat ni huru hara berlaku di selangor saja. Pasai lembu2 umno sume dah takdak projek di negeri pembangkang ni. Depa suma desperate nak menang hati kerajaan. Good luck kat ampa semua.

    ReplyDelete
  7. Salah satu kekuatan DS Najib adalah sifat tenang beliau. Kutukan, makian, cercaan, tohmahan, fitnah dsb tidak akan dapat melemahkan beliau. Bahkan beliau semakin kuat dan yakin.

    Satu langkah politik beliau ialah pasif. Contohnya sepertimana Tun M dengan kemahuannya sendiri keluar daripada UMNO. Dia hanya dapat simpati daripada segelintir ahli-ahli UMNO saja. Bayangkan jika DS Najib pecat Tun M, pasti sebaliknya berlaku kerana SIMPATI.

    Kekecohan yang berlaku di program nothing-to-hide adalah satu rencana yang disengajakan untuk menagih simpati orang ramai terutamanya Melayu dan Bumiputera.

    InsyaAllah, rencana kotor ini gagal.

    ReplyDelete
  8. Dlm insiden kekecohan yg berlaku di nothing-to-hide seolah2 satu sandiwara yg sengaja direka utk memaparkan kejahatan DS Najib dan umno. Tetapi sebaliknya yg berlaku, ramai yg melihat ini adalah matlamat menghalalkan cara Tun M, PPBM dan PH.

    Senjata sudah makan tuan. Simpati kpd DS Najib dp org ramai khasnya ahli2 umno semakin meningkat dan menebal.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Macai 237, stakat tabur air liur kumbahan, buat posting, najib masuk penjara, macai ni apa kisah? Duit haram pemberian najib tu macai fikir boleh senang hidup dunia akhirat ker?

    Najib rompak dan samun duit rakyat pastu dia suruh macai buat keje menaik kan imej dia.

    Hari ni cuba ko fikir? Hasil tulisan ko imej najib bertambah baik tak?

    Stakat menagih simpati masyarakat, tulisan ko macai dah banyak buat rakyat benci sama najib; bukan sama lu macai (ingat lagi kata2 klise ni macai?)

    Blog Putramerdeka ayat ko penuh maki hamun, pantun bodoh, dan menulis style kedaerahan, tapi kat sinin takleh kan3?

    Teruskan la style tulisan ko tu macai.

    Bertaubatlah macai, ko nak taubat dengan Allah tetapi kami tak izinkan duit kepunyaan rakyat di rompak dan disamun sehingga menyebabkan kami dianaiya dan dizalimi.

    Teruskan la keje haram tu macai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ratusan billion duit rakyat hilang masa 22 tahun pemerintahan dia tu kira halal ke?

      Najib setakat dikaitkan dgn 1MDB. Itupun belum tau betul atau tak? IPIC pun dah tarik balik kes dp LCIA menjadikan kes DoJ menjadi lemah.

      Tapi Raja u-turn terlibat dgn skandal-skandal BNM Forex, BMF, Perwaja, Maminco, A4 Skyhawk, IPP, dll yg memerlukan RCI.

      Mengata dulang paku serpih, mengata orang dua yang lebih.

      Poorahhh...

      Delete
    2. 8.27 siapa yg mengesahkan ratusan billion hilang? Hilang atau rugi perniagaan? Ada laporan jabatan Audit negara sahkan? Ada BNM sah kan HILANG atau RUGI BERNIAGA? Ada laporan audit dalaman ada isytiharkan HILANG tak?

      Ada WANG masuk akaun peribadi najib sepertimana laporan DOJ, kenapa najib enggan lawan balik DOJ jika tidak benar?

      Perwaja,bmf, forex, maminco, skyhawk, semua isu ini dibentangkan, dibahaskan di parlimen dan ada kertas putih, rakyat semua mengetahuinya, media cetak, elektronik semua faham, dijelaskan, rakyat tahu, takder disembunyikan, tidak di ISA atau OSA atau kena SOSMA.

      Pembangkang anwar ibrahim, lim kit siang dan mat sabu boleh sahkan perkara ini.

      Berkenaan isu 1mdb, pembangkang tidak seorang pun setuju 1mdb sudah selesai, rakyat bertambah susah dizalimi dan dianaiya memang ada.

      Khairudin dan mathias chang buat laporan polis berkenaan skandal 1mdb di penjarakan tanpa alasan, kenapa?

      Kenapa najib tidak pernah bersuara?

      Bukankah beliau ahli MT umno dan sebahagian dari kabinat mangkuk TUN?

      Delete
    3. Ya memang ada dibawa ke kabinet tapi setakat melepaskan batuk di tangga. Berlawanan dengan 1MDB dimana ada laporan audit dan PAC, dibawa ke LCIA, dan 2 kali ke DoJ.

      Disebabkan sekatan-sekatan untuk membahaskan skandal-skandal ini LKS telah menghasilkan 2 buah buku khas untuk skandal BNM Forex (sila baca). dan
      DSAI telah berceramah keseluruh negara tentang skandal-skandal yang berlaku semasa pemerintahan 22 tahun itu (sila tengok balik petikan video ceramah tersebut)

      Sekarang RCI untuk BNM Forex sedang berjalan. Diharapkan RCI-RCI yang lain ditubuhkan untuk setiap satu skandal-skandal tersebut supaya wang rakyat dapat dikembalikan untuk rakyat.

      Delete
    4. Kita tengok keputusan saman DoJ samada DS Najib disabitkan atau tidak! Atau ia akan terpalit kembali kepada pihak yang mengadu.

      Pihak mana yang mengaku ada kehilangan duit samada IPIC atau 1MDB? Kenapa IPIC sebagai pengadu tidak meneruskan kes di LCIA sedangkan 1MDB sedia berhadapan dengan mereka dengan dokumen arahan IPIC/Aabar PJS supaya deposit itu dimasukkan ke Aabar BVI?

      Kita juga tunggu siasatan DoJ ke atas Loretta E. Lynch, McCabe dan seterusnya Clinton Foundation yang mungkin berkaitan dengan 1MDB dan seterusnya mengetahui duit siapa yang hilang (samada IPIC atau 1MDB) dan siapa dalang di Malaysia yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan diri dan kroni-kroni.

      Delete
  10. makin sah umno berkubur kalau buat mcm ni, tak cedik, TIDAK bijak nak buat huru hara
    1. kami tahu tujuan UMNO buat semua ni
    2. untuk polis ambil tindakan dan jadikan alasan untuk tidak benarkan program mcm ni selepas ini.
    3. kerana program nothing to hide ni sangat tidak mampu dilawan oleh Najib
    4. program ni Tun M dengan selamba jawab semua soalan
    5. kalau mcm ni susah lah umno nak guna tv3suku untuk kelentong

    cuma:
    1. yang ko bawa suar pi bakar dalm dewan tu apa ke jadahnya (aku tahu lah ko nak buat kecoh)
    2. tu kan jelas mmg rancang nak buat kecoh (UMNO ni pon satu pi upah mamat bodoh)
    3. pastu pakai tshirt armada (bangang tahap cipan)
    4. yg paling best, yg umno upah ni semua muka2 ni kaki pengkhianat dan berpaling tadah (ko ingat gambar diorang ni tada orang amik ke, lain lah ko pakai topeng)
    4. sekarang dah tersebar muka penjahat yang tanya soalan provokasi dan geng mencetuskan kekecohan

    ReplyDelete
  11. Dah ramai orang bangkit mempertahankan DS Najib dan UMNO sekarang adalah disebabkan simpati. Kami merasakan DS Najib khasnya dan UMNO amnya teraniaya dengan onar dan fitnah pembangkang.

    Kami yakin DS Najib dan UMNO di pihak yang benar yang ikhlas bekerja untuk kemakmuran negara dan semua rakyat.

    Atas simpati kami bangkit!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Macai 8.18. Ramai orang bangkit pertahankan jibby dan umno-no-no kerana simpati???

      HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!

      Pigi daaa. Kirim salam sikit.


      Delete
    2. Kebangkitan kami akan terjawab di PRU-14.

      Delete
  12. SOPANIK !!
    Pakai baju Armada.
    Provok soalan.
    Baling Flare ala ninja.
    Dalam suasana PANIK
    Buka baju cepat2,
    Lari.
    UMNO memang PANIK.
    Alamak sekoq dua kena tangkap.
    backfire !!
    Fallback plan:
    a) Ulang canang naratif Armada yg mengamok.
    b) Tun tak jawap soalan
    c) Ulang a dan b sampai Rakyat penat dan lupa.

    Alamak, 1mdb rakyat tak lupa.
    31/8 Along datang lagiii.
    Sept nnt USA nak keluar kes jenayah pulaak.
    Hadoooi, J, Kojola..mcm mana nii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com