innity

pages

Monday, August 7, 2017

PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB, Namun tetap cadang tubuh RCI



PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang bertujuan membantu syarikat bermasalah itu mengurangkan hutangnya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata aset 1MDB yang telah diletakkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan melalui MOF Incorporated perlu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Beliau berkata demikian selepas sidang perbincangan meja bulat pagi ini yang melibatkan delegasi dari pasukan pengurusan 1MDB yang diketuai oleh CEOnya, Arul Kanda Kandasamy.
 
"Kita berpuas hati dengan penjelasan yang telahpun dibuat oleh saudara Arul, khususnya pelan rasionalisasi yang dicandangkan oleh beliau bagi mengatasi kemelut yang dihadapi oleh 1MDB. Cuma dalam perbincangan tersebut, kita melihat isu yang berlaku hari ini, Kementerian Kewangan telahpun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB.

"Jadi apa yang dalam hasil perbincangan tersebut kita dapati bila aset diserahkan kepada MOF Incorperated, kita perlu monitoring terhadap isu-isu yang melibatkan aset-aset tersebut sebab bila aset diambil alih oleh kementerian, kita bimbang akan mencetuskan masalah baru kalau tidak dikawal.

"Kita harapkan isu-isu begini di pantau direct melalui parlimen. Maknanya ahli-ahli Kementerian Kewangan, pihak menteri, perlu melaporkan kepada Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan supaya tidak timbul masalah baru," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

http://www.kinitv.com/video/51080O74 - Arul Kanda 'jumpa' PAS

Terdahulu, Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini hadir dalam sidang meja bulat anjuran PAS di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Arul ketika diminta komen mengenai kehadirannya walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada PAS untuk memberikan kenyataan.


8 comments:

  1. PAS sekarang ni apa pun puashati. Yg jumpa arul kanda dapat elaun ke tak tu. PAS tak guna. Ni rakyat yg merana ni yg nak tau cerita 1mdb. Arul kelentong pun bukan panel PAS paham. Nak tanya pun taktau apa nak tanya. Jgn ini PAS puashati rakyat semua ikut. Bodoh betul spinner kerajaan ni.

    ReplyDelete
  2. Janji .. jadi Wala Unta ..

    ReplyDelete
  3. Arul menerangkan pelan rasionalisasi kepada ahli agamawan dan ostat PAS. Jika kita perhatikan anggota PAS yg menghadiri meja bulat ini, ternyata mereka seolah olah terpinga pinga ;

    1.tidak faham mengenai skandal 1mdb.
    2.telah diberi arahan "tutup mulut" dan "jangan cakap banyak"
    3. Bekalan Dedak 90juta yg diberi masih mencukupi.

    Dan lebih teruk ahli PAS ini adalah;

    4.minda ahli PAS ini telah dicabul dan dirogol berulangkali oleh Arul kanda dengan ungkapan perkataan "Rasionalisasi"...dalam erti kata lain ahli PAS langsung tidak memahami maksud perkataan rasionalisasi ini.

    Sepatutnya pak lobai nih ditanya...apa maksud rasionalisasi?

    Maka tidak hairanlah pak lobai mengeluarkan kenyataan "puas hati" apabila maksud rasionalisasi itu sendiri mereka tidak fahami.

    Pasni ostat2 semua sila google....

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya Arul Kanda ditanya kenapa hutang 1mdb hari ini melebihi 40 Billion.?

    Kenapa 1mdb harus bayar ipic?

    Kenapa MOF menjadi guarantor? Penjamin?

    Kenapa DOJ mengesahkan terdapat kleptokrasi, rompakan, penyamunan penyelewengan terbesar dalam sejarah dunia?

    Adakah benar rosmah mempunyai berlian berwarna merah jambu bernilai ratusan juta? Jika berita ini palsu sila saman, mana didikan islam? Mana maruah kamu?

    Adakah benar najib berbelanja berjoli sakan diluar kemampuan beliau?

    Adakah benar anak tirinya berbelanja ribuan juta berjoli sakan membeli pelbagai aset?

    Kenapa najib mengaku menerima "hadiah" dan anak tirinya pula mengaku menerima "hadiah" ribuan juta ringgit(Billion)? Adakah ini kebetulan?

    Kenapa keluarga najib tidak dikenakan cukai lhdn? Jika ada sila tunjukkan?

    Dan kenapa skandal 1mdb ini di OSAkan?

    Kenapa perlu berahsia? Jika kamu golongan yg benar?

    Selain dari maksud rasionalisasi, pak lobai PAS faham ke maksud kleptokrasi? Tu pasal ada google, jangan jadi hj hadi, video itu besi...

    Adakah mufti, ulama dan ahli agamawan hanya tahu menjatuhkan hukuman halal, haram, syirik dan murtad kepada umat islam negara ini sahaja kah?

    ReplyDelete
  5. Did these PAS goons asked the REAL HARD QUESTIONS.....YES, NO?

    So, on one side PASgoons gave the 'thumbs up' but,

    On the other still insisting the RCI to UNCOVER 1MDB...

    PAShit...its very very very clear...do not play both end games...1MDB is a complex CORRUPTED VEHICLE to milked the country and you still cannot see it??? Dalam kopiah tuh banyak habuk ke?

    ReplyDelete
  6. Pembetulan***

    Kenapa najib mengaku menerima "DERMA" dan anak tirinya pula mengaku menerima "HADIAH" ribuan juta ringgit(Billion)? Adakah ini kebetulan?

    p.s

    Orang gila mana pak arab gila mana mampu beri wang BERBILLION BILLION RINGGIT dalam bentuk derma mahupun hadiah?

    ReplyDelete
  7. puas hati dengan penjelasan 1MDB konon.sebenarnya depa bukan faham pun isu2 sebenar pasal 1mdb,orang 1mdb tu cakap apa pun depa kata puas hati.1mdb ni pun satu hal juga,buat apa diterangkan 1mdb tu kat PAS?baik pergi jumpa Mahathir,bagi penjelasan sebenar-benarnya kat dia biar dia puas hati.bila dia puas hati, dia pun sokonglah najib balik.yang takut sangat kat mahathir pasal apa? berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..explain la kat mahathir..abes cita..kalau ada hrd evidence mmg takda salah tadbir dalam 1mdb kompom mahathir akan sokong balik kjaan..

      tak payah nak pening..pikir balik kenapa mahathir skrg berada di pihak pembangkang skrg?..pasal isu ketirisan biliun riinggit 1mdb ni laa..kalau tak, sure dia akan tlg kempen utk BN lg bg pru 14 ni mcm yg dibuat pada PRU13..

      sorg buat hal n songlap abes satu negara kucar kacir!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com