innity

pages

Tuesday, August 8, 2017

'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng



Lim Guan Eng berkata beliau tertanya-tanya sama ada PAS benar-benar faham penjelasan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkaitan rancangan penyelesaian hutang syarikat itu.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata Arul Kanda masih belum menjawab banyak soalan DAP berkaitan syarikat sarat hutang itu, terutama daripada anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

“Saya tidak tahu sama ada mereka benar-benar faham apa yang Arul cakap kerana masih banyak persoalan belum dijawabnya.

“Saya rasa PAS patut jelaskan bagaimana mereka puas hati sedangkan kita sudah bayar banyak tetapi tidak ada apa-apa,” kata setiausaha agung DAP itu dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

http://www.kinitv.com/video/51081O74 - PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk Arul.

Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.

Sementara itu, Lim bertanya sama ada PAS berpuas hati dengan kegagalan 1MDB membayar AS$602.725 juta dan faedahnya kepada syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) sebelum tarikh akhir tengah hari hari ini.

IPIC dilaporkan memberikan tarikh akhir baru 31 Ogos.

Lim juga berkata beliau ragu jika PAS benar-benar faham itu berkaitan 1MDB dan penangguhan bayaran kepada IPIC.

“Jadi saya hendak tanya jika rombongan PAS tahu apa yang Arul Kanda cakap.

“Adakah mereka tanya soalan yang betul atau sama ada mereka dapat jawapan memuaskan?” soal Lim.

9 comments:

  1. Ko pun bukan la cerdik sgt. Kalau ko cerdik ko tak sembah berhala. Sembah salib. PAS kata depa faham. Korang tak faham korang pergilah jumpa dengan baik bukannya nak kutuk2. Sbb tu depa tak nak korang.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Apa kena mengenanya kepercayaan dan anutan seseorang itu dengan tahap kecerdikan?

      Sembah berhala ke, sembah salib ke, itu antara dia dengan Tuhan.

      Habis tu orang Islam yang menyamun, mencuri, melanun, merasuah, berzina, membunuh, menC4, menyimen dalam tong drum cerdik dan suci sangat ke?

      Delete
  2. Ketua menteri bongkak..ko xfaham jgn la anggap yg lain sama bodoh mcm ko..ko klu faham pun akan buat2 xfaham juga kan sbb itu musuh ko...sudah lah ketua menteri bongkak oii..meluat dah..klu cerdik xde la sampai nilai hartanah yg ko nak beli pun ko xtau kan..kan bagus biar pas dengan cara dia ko berjuangla dgn pakatan harapan ko..dah rasa xselamat ke nl pas dah xkawan ngan ko..klu rasa selamat pasti ko xkisah pas nak ckp apa pun kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro 7:46..kalau kau paham, cuba terangkan kat sini sket..

      btw kenapa arul tak nak terang kat semua pembangkang?kenapa terang kat pas ja? nampak sgt permainan politik kat situ..semua ada political mileage intention..

      Delete
  3. Macai 6.45 adalah punca najib,umno,bn bakal ditumbangkan.

    Najib bayar guna duit curi 1mdb, suruh macai terangkan beri pemahaman kepada rakyat mengenai skandal 1mdb.

    Cer baca komen macai 6.45 nih...

    Apa kena mengena sembah berhala? salib? Dengan skandal 1mdb?

    Tak kan sumbat duit haram sampai berpinar kena ketum tak boleh fokus topik?

    ReplyDelete
  4. ape kata kita sebagai penyokong2 pas minta buat satu sessi penerangan dgn lebai2 yg hadir dlm perbincangan meja bulat

    ReplyDelete
  5. ape kata kita sebagai penyokong2 pas minta buat satu sessi penerangan dgn lebai2 yg hadir dlm perbincangan meja bulat

    ReplyDelete
  6. ape kata kita sebagai penyokong2 pas minta buat satu sessi penerangan dgn lebai2 yg hadir dlm perbincangan meja bulat

    ReplyDelete
  7. Pemimpin pas pandai belaka dan amat mudah faham dengan penerangan arul sebab pengurusan 1mdb mungkin sama dengan cara pas menguruskan kerajaan dan partinya. Pemimpin pas tidak mengambil kesempatan tetapi hanya mengambil mana yang sempat sebelum terlambat. Yang kurang cerdik hanyalah pengundi pas yang sering kena tipu setiap kali pru..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com