innity

pages

Thursday, August 10, 2017

[PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB


Pendirian Pas tegas bahawa isu hutang dan aliran wang 1MDB ini adalah suatu yang mesti disiasat secara telus dan menyeluruh bagi menghukum semua individu atau pihak yang disabit salah.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ketegasan parti itu berlandaskan kepada tidak perlu campur tangan asing atau politik dalam menangani isu ini.

"Pas konsisten menggesa dan mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu ini secara bebas dan berwibawa.

"Hutang 1MDB ini mesti diselesaikan dengan cepat dan wajar supaya pesalahnya segera dihukum," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Namun begitu, beliau menjelaskan Pelan Rasionalisasi 1MDB perlu diberi peluang untuk dijayakan tanpa sebarang campur tangan politik.

Ujar Nasrudin, meskipun berdepan pelbagai kritikan, sekurang-kurangnya itulah pelan yang ada dan sedang berjalan bagi mengawal kerosakan telah berlaku.

“Pelan penyelesaian ini wajar, dan menjadi tanggungjawab semua bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan pelan ini sentiasa ditambah baik melalui kuasa semak dan imbang yang kita miliki,” katanya.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja mahu agar tidak wujud lagi pemimpin melakukan mungkar, bahkan amat mengalu-alukan perubahan sistem agar ruang dan peluang melakukan jenayah juga tertutup rapat.

Katanya, ia penting bagi mengenal pasti dan mengesahkan wujud salah laku yang didakwa, justeru dapat dihukum semua individu atau pihak yang disabit salah.

"Inilah cara Pas dan ia adalah lebih selamat untuk semua, negara dan rakyat. Jika berterusan menyalahkan pihak lain, ia tidak dapat menyelesaikan masalah," katanya.

4 comments:

  1. cakap berbelit-belit barua dedak ni, sikit2 setuju dengan BN, nak teruss sokong BN ahli akar umbi mengamuk, so sikit2 tipu ahli sendiri
    bebalnya PAS, dah mcm bukan parti islam dah, macam parti pejuang kemungkaran

    ReplyDelete
  2. dulu jadi syaitan bisu sebab takut nak tegur kemungkaran najib, sekarang dah sokong maka jadi kawan syaitan

    ReplyDelete
  3. Lebai oi lebai...1MDB ditubuhkan pun ada campurtangan POLITIC! Siap dengan kuasa mutlak Article 117 kemudian REMBAT....BERBILLION wei bukan sikit sikit....lepas tuh dorang tabur kat anak bini belanja sakan jadi BILLIONAIRE sekelip mata...

    Apa ler punya keldai PAShit lebai nih ahhh!

    ReplyDelete
  4. Gampang anak haram penjilat hadi awe
    Tgk muka macam suka tgk blue film(pay per view)
    Celanat punya org

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com