innity

pages

Sunday, August 13, 2017

Orang Selangor ini 'gila' ke apa? - Ku Nan


Rakyat Selangor digesa sedar dan menilai semula pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada negeri itu selama ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan BN mempunyai hala tuju dan landasan yang betul dalam memperjuangkan pembangunan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata projek pembangunan sedia ada termasuk rizab negeri itu kini menjadi milik pembangkang.

"Saya amat sedih dengan Selangor ni. Lepas kita (BN) beri pembangunan, senang-senang rakyat beri kepada pembangkang termasuk dengan rizab berbilion-bilion (ringgit), diberi kepada pembangkang.

"Orang Selangor ni gila ke apa?

"Saya hendak merayu kepada Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban (termasuk) segala etnik yang ada dalam negara ini, tolong sedarlah. Bangun, fikir dan renung balik siapa kita dahulu dan bagaimana kita dapat capai ini semua?

"Kalau tidak mempunyai kerajaan Barisan Nasional, percayalah, kita tidak akan dapat capai apa yang kita capai hari ini kerana kita mempunyai perancangan dan hala tuju dan landasan. Kita tahu mana kita nak sampai," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Petaling Jaya Utara (PJU) Tahun 2017, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kepimpinan serta seluruh jentera UMNO dan BN Selangor perlu mengenal pasti punca mengapa BN tewas sebanyak dua penggal semasa pilihan raya umum walaupun telah menyingkirkan pemimpin yang memburukkan imej parti itu.

"Hari ini saya beri nasihat, khususnya kepada UMNO PJU dan juga UMNO Selangor, supaya mereka mencari punca mengapa mereka telah mengalami kekalahan. Mesti ada sebab kekalahan ini berlaku.

"Salah satu masalah yang berlaku pada dua pilihan raya yang lepas ialah apabila menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo dia ada masalah dengan kuil dan sebagainya, termasuk bagi penyapu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Jadi salah satu sebab kita kalah, apabila Khir Toyo telah tidak jadi menteri besar, kenapa kita masih kalah lagi pada PRU13? Cari punca dan mesti ada sebab," tambah beliau semasa sidang media ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan beliau itu.

Justeru beliau mahu kepimpinan UMNO dan BN Selangor menawan semula hati rakyat Selangor bagi memastikan BN merampas semula negeri itu. - Astro Awani

6 comments:

  1. Yang jadikan rizab selangor makin bertambah ialah pakatan. Khir toyo tinggalkan rm500 juta lebih sahaja masa jatuh 2008.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Rakyat Selangor giler ke atau pun hang yang giler Babi??

      Delete
  3. Ku nan marah sangat pasal apa. Private jet pun dah ada dengarnya. Melingkup bn nanti naik jet dia tu dan cabutlah ..

    ReplyDelete
  4. Biar kami dikata gila di sisi manusia, asal kami dianggap mulia di sisi Allah azzawajall... yang pasti lepas PRU14 ramai mentri2 akan jadi gila.... sebab hilang kuasa

    ReplyDelete
  5. negara ni negara demokrasi.bila demokrasi,suka hati orang selangor la nak pilih siapa yang jadi kerajaan negeri.orang yg pilih BN waras, orang yang pilih pembangkang dikatakan gila,ini ke demokrasi?mungkin ini lah demokrasi terpimpin cara BN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com